Assalamualaikum semua. Alhamdullillah, di dalam kesibukkan kerja sempat jugak saya dan Zarith merancang percutian 5 hari 4 malam ke Hong Kong dan Shen Zhen. Sebenarnya holiday ni dah pun lama dirancang iaitu lebih kurang 6-7 bulan sebelum tarikh percutian hasil dari jalan-jalan cuti mata di Matta Fair. Kami berdua telahpun mengambil pakej percutian dari Poto Travel. Actually, ini adalah 1st time kami melancong menggunakan travel agent. Reason kami memilih Poto Travel semasa tu adalah kerana pakej percutian khas untuk Muslim yang menarik dan memudahkan semasa kami di sana nanti. Selain tu, pakej yang kami ambil ni adalah pakej bersama Utusan Malaysia. Saya pun taktau apa bezanya pakej bersama Utusan ni masatu jadi kami pun setuju sajalah. Bercuti dengan travel agent ni okay sebenarnya dan banyak memudahkan kita.

Bergambar bersama kumpulan A di KLIA

Jadi pada tarikh yang dinanti-nantikan, kami berdua menjejakkan kaki di KLIA seawal jam 6pagi. Walaupun ada banyak masa lagi sebelum takeoff, tapi itulah calltime yang diberi oleh Poto Travel sebab mereka harus mengendalikan check in dan sebagainya untuk ramai peserta. Rupanya, kami berdua adalah diantara 180 peserta lain yang turut akan bercuti ke Hong Kong. Ramainya jugak tu kan?

Saya dan Zarith berada di dalam kumpulan A yang mana setiap kumpulan terdapat lebih kurang 30 orang peserta dan seorang tour guide. Lebih kurang 4 kumpulan terbang menaiki Cathay Pacific manakala 2 kumpulan lagi menaiki MAS pada waktu yang berbeza. Kesemua kumpulan ni akan berjumpa semula di Hong Kong dan akan menginap di hotel yang sama. Berada di dalam kumpulan masing-masing, sudah tentulah kita bersama-sama dengan orang-orang yang kita tak kenal. Mula-mula rasa macam susah nak berkenalan sebab semuanya adalah datang dari latar belakang yang berbeza. Tapi percaya atau tidak, selain pengalaman berada di Hong Kong, pengalaman bersama-sama semua ahli kumpulan merupakan salah satu pengalaman paling berharga. Pendek kata, macam sedang sertai team buildinglah. Mula-mula malu, lepas tu tak malu~

Tiba di Airport Hong Kong
Harbour Plaza Resort City
Di luar hotel di Hong Kong

Perjalanan ke Hong Kong menaiki Cathay Pacific mengambil masa lebih kurang 5 jam saja. Saya pun pertama kali menaiki Cathay Pacific dan pendapat saya perkhidmatannya oklah, walaupun tak sama macam MAS. Apa-apapun MAS adalah yang paling best. Setibanya di Hong Kong, kami ditemukan dengan Tour Guide dari Hong Kong yang bernama James. Jadi ketika tu dah ada 2 Tour Guide iaitu seorang dari Poto Travel dan seorang lagi dari Hong Kong. James ni yang akan bawa kami pusing-pusing Hong Kong dan tempat-tempat menarik yang lain. Di Hong Kong walaupun ianya adalah sebuah pulau, tapi kat sini negara dorang sangatlah maju. Pendek kata, macam Singapore. Walaupun kekurangan tanah, tapi dorang pandai gunakan semua tanah yang ada dan banyak menggunakan jambatan besar untuk menghubungkan diantara satu tempat. Mata wang yang digunakan adalah Hong Kong Dollar. Walaupun bila kita tukar duit, macam kita dapat lebih jumlah duit dari duit Malaysia, tapi nilai duit dorang lagi tinggi. Hampir semua barang-barang asas dorang sangat mahal. Jadi tak heranlah benda paling mahal di Hong Kong adalah rumah. Sebijik rumah sebesar macam rumah flat lama tu boleh mencecah sehingga 2-3 juga ringgit. Di sini, hampir 80% rakyat Hong Kong boleh berbahasa Inggeris, jadi tiada masalah untuk berkomunikasi.

Share Info Sikit

3 Sumber Pendapatan Utama Hong Kong :

1. Banking

2. Pelabuhan

3. Pelancongan

Banyak jambatan sebagai penghubung
Perlabuhan di Hong Kong

Hotel yang kami duduk adalah hotel Harbour Plaza Resort City. Hotel ni adalah hotel bertaraf 5 bintang. Walaupun Poto Travel maklumkan pada awalnya mereka hanya menyediakan hotel 3 bintang, tapi bila dah dapat hotel 5 bintang tu macam sangat-sangat diluar jangkaan. Jadi, aktiviti pertama di Hong Kong adalah untuk checkin hotel dan berehat saja.

Sesi penerangan oleh Tour Guide
Ladies Market
Antara barang yang dijual
Ladies Market

Selepas selesai makan malam, kami dibawa ke tempat shopping paling terkenal di Hong Kong iaitu Ladies Market. Sebelum datang ke Hong Kong dah banyak kali saya dengar pasal Ladies Market ni. Ianya ala-ala Petaling Street yang menjual pelbagai barangan dari handbag, baju, cenderamata, kasut dan macam-macam lagi. Kat sini boleh dikatakan semuanya adalah barang tiruan pun sama macam Petaling Street. Cuma di sini kawasannya lebih besar dan lebih sesak. Pelancong macam kita ni, biasanya akan dibuka dengan harga yang sangat tinggi kadang-kadang lebih dari 300% harga asal. Salah satu teknik nak beli barang di sini adalah dengan menawarkan harga lebih rendah dari yang ditawarkan dengan meletakkan pengurangan sebanyak 70% dari harga asal. Nanti dia akan counter offer semula dan kita cubalah dapatkan harga yang kita nak. Biasanya harga asal adalah sekitar 30-40% dari harga yang diletak. Oklah, tapi kalau taknak beli, jangan pula tanya harga suka-suka sebab nanti kena marah. ­čÖü

Pada hari kedua, tibalah masanya untuk kami ke Hong Kong Disneyland. Nak tau apa yang ada kat dalam tu? Nantikan sambungannya blog ni nanti.

3,177 total views, 1 views today

            

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge