Perjalanan saya dari Hong Kong diteruskan ke Shen Zhen iaitu sebuah daerah di China. Walaupun jarak antara dua negara ini tidaklah begitu jauh, namun proses untuk melepasi kastam di sini amatlah merumitkan. Baca kisah semasa saya di Hong Kong sebelum teruskan membaca.

hk22

Hotel di Shen Zhen

hk23

Pemandu pelancong di Shen Zhen

Saya dibawa menaiki bas yang berbeza apabila sudah berada di Shen Zhen. Pemandu pelancong saya pula sudah bertukar dan kali ini giliran Mr George pula melayan kerenah kami. Mr. George ni banyak pengalaman melayan tetamu dari Malaysia, jadi dia selalu menggunakan beberapa perkataan Melayu yang dia pun tak sure betul atau tidak. Tapi apa-apapun dia ni memang sporting. Seperti yang kita tahu, negara China telah menghadkan akses ke laman sosial Facebook. Oleh itu, ketika berada di sini saya langsung tak dapat update Facebook. Aa-ala Shila Amzah gitu~

hk24

Di hadapan kedai Jed

hk27

Buah dalam Ice Age

hk28

Masjid terbesar di ShenZhen

Alhamdullilah, saya menginap di hotel 4 bintang yang disediakan oleh Poto Travel. Hotelnya bersih dan amat selesa. Pada keesokkan harinya, saya dibawa meronda-ronda disekitar Shen Zhen termasuklah tempat-tempat yang terpaksa dilawati seperti kedai Jed dan kedai ubat. Ini adalah kerana dah menjadi prosedur travel agensi untuk membawa kita ke tempat-tempat macam ni untuk membantu industri tempatan mereka.

Advertisements

Yang menarik sekali adalah saya berkesempatan untuk menunaikan solat di masjid terbesar di sini iaitu Masjid Meilin. Dapatlah juga saya melihat bagaimana kehidupan masyarakat muslim di sini.

hk29

Window of the World

hk30

Gambar wajib di hadapan pintu masuk

hk31

Sesi bergambar

Tak banyak sangat tempat yang saya lawati di Shen Zhen memandangkan tujuan utama saya ambil pakej percutian kali ni adalah untuk ke Disneyland Hong Kong. Petang hari yang sama, saya dibawa ke satu pusat tarikan pelancong di sini iaitu Window of the World. Secara ringkasnya, di sini menempatkan pelbagai replika dunia berskala kecik. Ala.. lebih kurang macam Taman Tamadun Islam di Terengganu. Dari Piramid, Eiffel Tower, Niagara Fall dan banyak lagi yang tak tahu nama, semuanya ditempatkan di sini. Kawasan di sini sungguh luas sehingga kami mengambil keputusan untuk naik tramp saja. Basically, aktiviti di sini hanyalah bergambar sewenang-wenangnya.

hk32

Tangga untuk menaiki kawasan utama

hk33

Ketua pemandu pelancong dari Poto Travel

hk34

Di hadapan salah satu replika bangunan China

hk35

Banyak replika

hk36

Replika buah gergasi

hk37

Piramid

hk38

Niagara Fall

hk39

Best

Hampir sama seperti Disneyland, Window of The World juga membahagikan kawasan mereka dengan “dunia” masing-masing seperti Asia, Amerika, Afrika, Eropah dan banyak lagi. Setiap kawasan ini terdapat satu replika utama yang menjadi landmark bagi “dunia” masing-masing. Setiap replika dihasilkan dengan begitu cantik dan terperinci sekali. Tak payah pergi ke Paris untuk bergambar dihadapan Eiffel Tower.

Sampai di sini sajalah perkongsian perjalanan saya ke Hong Kong dan Shen Zhen. InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan kisah saya semasa di Jepun pula. LIKE Facebook Fanpage saya di http://fb.com/mohdzarindotcom sekiranya anda suka blog saya. Terima kasih sekali lagi.

……………….
Facebook Fanpage : http://facebook.com/mohdzarindotcom
Instagram : http://Instagram.com/mohdzarin
Email : z@mohdzarin.com

 5,434 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.