Apabila bercuti ke Johor, pada kebiasaannya saya akan memilih untuk menginap di hotel sekitar bandaraya Johor Bahru. Tetapi kali ni saya inginkan kelainan dan cuba mencari keunikan di kawasan Nusajaya iaitu di Puteri Harbour. Di kawasan ini sangat terkenal dengan Sanrio Hello Kitty Town dan The Little Big Planet Club. Kalau saya nak bawa keluarga menonton Hello Kitty, takkanlah saya perlu duduk hotel di JB.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Hotel Jen Puteri Harbour bersebelahan dengan Hello Kitty Town

Saya diperkenalkan dengan Hotel Jen Puteri Harbour yang dikatakan bukan saja berhampiran dengan 2 taman tema antarabangsa ini, malahan menawarkan pengalaman yang berbeza. Mari ikuti pengalaman sebenar saya bermalam di Hotel Jen.

 

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Kawasan Puteri Harbour

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Suasana di belakang Hotel Jen

Hotel Jen ini dahulunya adalah Trader Hotel yang telah dijenamakan semula pada awal tahun ini. Apabila pertama kali menjejakkan kaki di lobi hotel saya dapat lihat rekaan dalaman yang begitu unik dan sangat menenangkan. Lobinya dilengkapi dengan sofa yang banyak namun masih terasa luas. Beberapa bahagian pada siling lobi hotel ini dihiasi dengan rekaan ombak bagi menyesuaikan dengan mood laut. Terasa seperti beralun-alun perasaan ketika proses check in dilakukan.

Advertisements

Lokasi bilik-bilik di Hotel Jen ini agak berbeza kerana semua bilik-bilik berada pada 3 blok yang berlainan. Setiap blok ini disambung dengan bridge bercermin dan mempunyai pemandangan di luar bangunan. Dapatlah saya intai Hello Kitty dan juga DC Comics Super Heroes Cafe ketika menuju ke bilik. Walaupun saya kena berjalan kaki agak jauh sikit ke bilik, tapi tak rasa penat kerana terlalu banyak pemandangan menarik untuk dilihat.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Suasana di lobi hotel

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Handphone charging station

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Pemandangan melalui jambatan menuju ke bilik

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Jambatan ataupun connection menuju ke bilik

Hotel Jen menggabungkan elemen semulajadi seperti kayu dan air di dalam rekaan dalaman mereka. Terdapat beberapa kerusi dan perhiasan di beberapa bahagian hotel yang diperbuat dari batang kayu sebenar dan direka kelihatan seperti arca. Ianya sangat unik dan cantik.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Kerusi yang unik

Bilik saya untuk saya bermalam pada malam ini adalah Deluxe Harbour View yang mempunyai pemandangan paling cantik di sini. Bila buka tingkap saja, saya dah boleh nampak bot-bot mewah dengan pemandangan yang luar biasa. Terasa seperti berada di luar negara pula.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Bilik Deluxe Harbour View

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Yay! Luas betul katil dia

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Buah potong khas untuk saya beserta nota

Bilik ini sebenarnya tidaklah terlalu besar tetapi tak pula terasa terlalu kecil. Mungkin kerana semua ruang di dalam bilik boleh digunakan untuk meletakkan barang dan direka begitu efisien. Untuk bilik ini juga, langsir yang digunakan adalah jenis automatik. Terdapat 2 layer iaitu night curtain dan day curtain yang boleh dikawal melalui tepi katil. Tak perlu bangun dari tilam yang empuk untuk tutup langsir. Memang BEST!.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Pemandangan dari dalam bilik

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Pemandangan di dalam bilik Deluxe

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Bilik Premier Room yang lebih luas

Keseluruhannya bilik di sini menggunakan warna kayu ataupun warna semulajadi. Secara jujurnya saya memang suka dengan warna kayu kerana ianya memberikan perasaan seperti berada di rumah sendiri. Terdapat beberapa ekor ikan menghiasi dinding bilik dan terasa seperti berada di dalam laut. Hotel Jen juga pandai mencuri hati pengunjung dengan meninggalkan nota terima kasih bersama buah potong di dalam cawan. Walaupun ianya hanyalah sekeping nota yang mempunyai nama saya, tapi saya rasa sedikit elemen human touch sebegini memang memberikan kelainan.

Saya rasa sangat selesa berada di dalam bilik sehingga rasanya seperti tak mahu keluar.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Suasana bilik yang cantik dan selesa

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Complimentary toiletries

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Rupa di dalam bilik air

Antara pilihan bilik yang terdapat di Hotel Jen adalah Deluxe Room, Premier Room, Executive Suite dan khusus untuk ahli kelab iaitu Club Room dan Club Harbour View Room. Pada kebiasaannya Hotel Jen ini sering dikunjungi oleh keluarga dan kumpulan yang besar kerana biliknya sangat luas dan mempunyai connected room.

Selain itu, oleh kerana kemudahan seperti bilik meeting dan conference yang baik, Hotel Jen juga kerap menerima kunjungan oleh ahli perniagaan dan dalam dan luar negara.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Dekorasi di dalam Club Lounge

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Bilik meeting pun ada

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Macam-macam ada di vending machine

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Swimming pool di tingkat atas

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Boleh mandi sambil tengok pemandangan

Ketika saya berjalan-jalan sekitar Hotel Jen ini, saya perasan pihak pengurusan meletakkan banyak vending machine di sekitar kawasan hotel. Item seperti minuman tin, kabel USB, klip rambut, topeng muka sehinggalah kepada card reader juga turut dijual. Terasa seperti berada di Jepun pula. Mungkin ini salah satu konsep yang diperkenalkan di Hotel Jen.

Selain dari itu, saya juga dimaklumkan Hotel Jen Puteri Harbor merupakan satu-satunya rangkaian Hotel Jen yang menyediakan perkhidmatan sewaan basikal untuk tetamu mereka. Bukan saja basikal, perkhidmatan ini juga termasuk dengan sewaan GoPro. Wah, memang saya tak lepaskan peluang mengayuh basikal di sekitar Puteri Harbour memandangkan dah berbelas tahun tak naik basikal. Berikut adalah kemudahan lain yang terdapat di Hotel Jen Puteri Harbour

  • Swimming Pool
  • Gym
  • Rooftop Garden
  • Perkhidmatan Dobi
  • Vending Machine
  • Phone Charging Station
  • Free room WIFI
  • Bicycle + GoPro
  • Free Shuttle ke LegoLand
Hotel Jen Puteri Harbour Review

Dekat je dengan Legoland

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Petang-petang boleh naik basikal

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Harbour Cafe

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Chef ucap selamat pagi

Saya bersarapan pagi di Harbour Cafe seawal jam 8 pagi. Pada pintu masuk cafe dah ada 2 teddy bear menanti dengan kunjungan saya. Kedua-dua teddy bear ni memang comel dan dah jadi macam trademark untuk Hotel Jen. Selain sarapan pagi yang didatangkan bersama pakej bilik, Harbour Cafe juga ada menawarkan buffet makan tengahari dan juga makan makan. Menurut pihak pengurusan, kanak-kanak yang lebih rendah dari teddy bear ini akan tidak dicaj untuk buffet makan tengahari. Tak sangka ada juga fungsi lain teddy bear ni.

Sarapan pagi di sini memang sangat sedap. Selain dari makanan sarapan yang biasa seperti nasi lemak dan roti, kat sini juga mengutamakan makanan yang sihat. Bayangkanlah ada pelbagai pilihan jus buah-buahan dan sayuran yang diblend segar seperti  celery juice, carrot dan banyak lagi. Mereka juga menghidangkan pelbagai jenis bijirin sarapan pagi termasuklah bijirin fitness dan juga susu low fat.  Memang sihat betul

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Diantara menu sarapan pagi

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Pilihan jus segar

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Smoothie Station

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Cereal sarapan pagi

Walaupun saya cakap menu seperti nasi lemak adalah sebahagian dari menu sarapan pagi yang biasa dihidangkan, tapi saya tak sangka nasi lemak di sini amat sedap lebih-lebih sambalnya yang cukup rasa dan pedas. Rasa sambalnya seolah-olah sambal yang dimasak oleh orang-orang dulu.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Waffle pun ada

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Nasi Lemak Rendang ayam yang sedap

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Pilihan roti

Pada waktu tengahari pula, beberapa kaunter makanan telah ditukar kepada menu yang baru. Diantaranya adalah menu sushi yang sangat menjadi kegemaran saya.  Sushi kat sini sangat fresh lebih-lebih lagi sashimi yang disediakan di hadapan pelanggan. Selain itu juga, saya suka kaunter sushi di sini sebab mereka turut menyediakan pilihan kicap manis yang biasanya memang menjadi rutin saya untuk dicampur bersama wasabi.

Terdapat juga pelbagai pilihan makanan laut seperti ketam dan udang.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Kaunter Sushi

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Pilihan Sushi

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Makanan laut

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Ketam memanggil-manggil

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Kaunter Mi

Dalam banyak-banyak menu di sini, salah satu menu yang tak berubah dari pagi hingga malam dan menjadi trademark makanan di sini adalah Mee Kari Johor. Rasa Mee Kari kat sini memang berbeza dan ada sedikit rasa manis. Kuahnya agak berlemak namun rasanya akan lebih kick kalau ditambahkan sambal.

Selain itu juga, Harbour Cafe mempunyai dessert yang sedap dan unik. Mereka menghidangkan pelbagai pilihan creme brulee dari perasa coklat hinggalah kepada perasa nescafe.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Inilah Mee Kari Johor yang menjadi trademark di sini

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Diantara pilihan dessert

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Sushi lagi

Setiap setiap hujung minggu pula, Hotel Jen menawarkan buffet makanan berkonsepkan makanan laut. Tak sangka pilihan makanan laut pada waktu malam lebih banyak. Dari udang, kerang, sotong, kupang, oyster, ikan semuanya ada pada waktu malam. Seolah-olah sedang ada party barbeque, bau makanan laut yang sedang digrill boleh dihidu dari lif lobi lagi.

Patutlah ramai orang yang datang pada waktu malam sebab pilihannya memang sangat banyak dan sedap. Bukan saja tetamu hotel, malahan ramai orang dari JB dan Singapore juga turut makan malam di sini.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Udang pula

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Kupang

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Pilihan makanan laut lain

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Sedapnya dessert ni

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Semuanya sedap

Secara keseluruhannya, makanan di Hotel Jen ini semuanya sedap-sedap. Pendek kata selain dari bilik yang selesa dan tilam yang empuk, saya pasti akan merindui makanan di sini.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Sashimi segar

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Chocolate fountain bertingkat-tingkat

Hotel Jen Puteri Harbour bukan sahaja pilihan hotel yang baik sekiranya berhajat untuk berjalan-jalan di Hello Kitty dan Legoland. Tetapi, sebenarnya Hotel Jen merupakan lokasi strategik untuk ke Singapore melalui Tuas dan juga tidak jauh dari Johor Premium Outlet (JPO). Selain itu juga, lokasinya sangat cantik dan mempunyai pemandangan yang “mahal” sesuai untuk seisi keluarga. Staff Hotel Jen juga sangat peramah dan suka membantu.

Walaupun baru beberapa hari saya di Hotel Jen, boleh dikatakan beberapa staff Hotel Jen dah kenal saya dan sering bertanyakan mengenai keselesaan saya. Saya sendiri pasti akan ke Hotel Jen Puteri Harbour lagi selepas ini kerana bagi saya Hotel Jen merupakan satu-satunya hotel yang memberikan layanan terbaik setakat ini.

Alamat :

Persiaran Puteri Selatan,
Puteri Harbour,
79000 Nusajaya,
Johor Darul Takzim, Malaysia
Nombor Telefon : +60 7 560 8888

Website : https://www.hoteljen.com/johor/puteriharbour/about/
Facebook : https://www.facebook.com/hoteljenputeriharbour

book-now

 

 7,992 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

4 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.