Pada setiap tahun, antara video yang kita nantikan adalah video ataupun iklan Hari Raya oleh syarikat seperti TM ataupun Petronas. Video Iklan Raya sering mendapat perhatian kerana pada masa inilah orang lebih ramai menonton TV dan iklan-iklan ketika hari raya. Syarikat-syarikat besar pula mengambil peluang ini untuk menjenamakan syarikat mereka dengan iklan-iklan raya.

Ada iklan raya yang betul-betul berjaya dan sangat menyentuh hati penonton. Tapi dah lama rasaya kita tidak disajikan dengan video iklan seperti itu. TM juga tidak ketinggalan melancarkan video iklan raya mereka. Dengan tajuk #pakcikmisteri konsep iklan raya TM 2015 kali ini sungguh berbeza.

tm08 tm09 tm07Dengan menggunakan watak seorang gadis, topik dan subjek yang diketengahkan amat mudah. Secara ringkasnya, iklan ini mengisahkan seorang gadis yang ingin membalas budi dan jasa baik seorang pakcik yang tidak dikenali kerana membantunya meminjamkan wang pada waktu malam dia kehilangan beg duit. Siapa sangka, rupanya pakcik yang membantunya pun serba kekurangan namun masih sudi membantu.

Jalan ceritanya sungguh mudah dan tidak perlu tonton 2 hingga 3 kali bagi memahaminya. Seperti biasa elemen teknologi diselitkan sedikit oleh TM sebagai medium komunikasi namun ianya tidak nampak “kuat”.  Apa yang menarik dalam video ini saya rasa hanyalah perwatakan gadis yang comel dan mempunyai banyak reaksi muka. Video iklan Raya TM kali ini bagi saya tidak memberi sebarang kesan mendalam.

tm03 tm02 tm01Memang bukan senang nak buat video iklan seperti ini. Mungkin orang akan nampak video pendek 3 minit takkanlah susah sangat nak buat jika dibandingkan dengan filem 2 jam. Sebenarnya, video pendek adalah lebih sukar dihasilkan kerana dengan masa yang terhad semua mesej harus disampaikan kepada penonton. Kos rakaman dan penerbitan iklan juga sebenarnya bukan murah. Namun yang paling penting adalah mesej dan jalan cerita yang ingin disampaikan.

Jom kita tengok video Iklan Raya TM dan anda menilainya sendiri.

#PakcikMisteri

Rupanya dalam diam TM telah memulakan promosi video iklan raya mereka lebih awal. Cabaran #suspendedmeal yang dibuat oleh #pakcikmisteri di beberapa buah bazaar Ramadhan sedikit sebanyak telah memviralkan kempen tersebut sebelum ianya ditayangkan lagi. #suspendedmeal adalah di mana pemberian makanan percuma diberikan sebagai juadah berbuka puasa kepada pengunjung bazaar Ramadhan
11014861_933264943407191_5651400347542469707_n 11692689_1462568234043349_4456235101721385772_nSelain itu juga, pihak TM turut melancarkan laman web rasmi https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/ yang mana membolehkan pelawat menonton video iklan raya secara interaktif sambil menderma.

4,965 total views, 1 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge