Selepas persembahan Ultraman Live di Genting Highland pada beberapa bulan yang lepas, kali ini Resort World Genting membawakan satu lagi persembahan antarabangsa yang pertama kali dipersembahkan di Malaysia. Persembahan ini sebenarnya berasal dari program realiti America’s Got Talent dan telah menjadi salah satu persembahan yang sangat viral pada beberapa tahun lepas. Persembahan yang sama juga pernah digunakan oleh artis terkenal antarabangsa seperti The Black Eyed Peas, Chris Brown, Christina Aguilera dan MTV Video Music Awards.Ya, inilah persembahan tarian lampu oleh iLuminate. Jom kita tengok apa yang menarik.

ILuminate Genting

Saya di Genting Highland untuk menotong iLuminate

ILuminate Genting

“Amazing, Electrifying, Fantastic, WOW !”

Iluminate sebenarnya adalah kumpulan tarian yang diasaskan oleh Miral Kotb. Miral mempunyai bakat di dalam bidang tarian dan juga mempunyai kemahiran di dalam software engineering. Menggabungkan kedua-dua kepakaran ini, Miral menghasilkan satu hasil seni yang sungguh luar biasa. Konsep tarian iLuminate adalah menari di dalam suasana gelap dan penari akan memakai suit yang dilengkapi dengan lampu yang diperbuat dari EL Wire yang berfungsi untuk menghasilkan imaginasi tarian ala filem “Tron”. 

EL Wire ini dihubungkan dengan sistem komputer yang kemudiannya dikawal oleh seseorang ketika persembahan. Cahaya lampu pada penari bertukar-tukar warna mengikut rentak dan jalan cerita. Setiap pergerakan penari nampak sangat bertenaga dari awal hingga akhir persembahan. 75 minit persembahan iLuminate ini di Genting Highland seolah-olah sedang menonton siaran TV masa hadapan.

ILuminate Genting ILuminate Genting ILuminate Genting ILuminate Genting

ILuminate bukan sekadar tarian biasa tetapi iLuminate merupakan satu teknologi masa depan di dalam persembahan pentas. Ketika menonton persembahan ini, saya sangat kagum dengan persediaan rapi dan saya yakin mereka telah menjalani latihan yang lama. Pada kaca mata penonton pun kita dah tak dapat bayangkan macam mana penari boleh bertukar-tukar posisi, memegang props dan mengawal timing pergerakan di dalam keadaan yang gelap.

Persembahan iLuminate ini juga telah dikoreograf dalam satu bentuk penceritaan. Ianya dipersembahkan tanpa dialog tapi masih boleh difahami. Keseluruhan persembahan penuh dengan tarian moden dengan lagu-lagu rancak dari genre pop, dance hinggalah kepada lagu remix Michael Jackson.

ILuminate Genting ILuminate Genting ILuminate Genting ILuminate Genting

Secara keseluruhannya, persembahan iLuminate ini merupakan satu persembahan yang sangat berbaloi untuk ditonton. Persembahan seperti ini tidak pernah dipersembahkan di Malaysia dan peluang untuk menonton persembahan seperti ini memang tidak patut dilepaskan.

Selain menonton iLuminate, Resorts World Genting juga ada menjual beberapa merchandise yang berasaskan lampu seperti gelang dan cermin mata. Kedua-dua aksesori ini akan menyala setiap kali mengesan bunyi berhampiran. Memang canggih betul. Saya juga sarankan untuk beli aksesori ini sebab ianya sangat unik dan berkualiti. Setiap pembelian boleh dapat diskaun dengan menunjukkan tiket iLuminate.

ILuminate Genting

Cermin mata dan gelang berlampu

ILuminate Genting

Cermin mata iLuminate

Tiket iLuminate boleh dibeli melalui laman web Resorts World Genting dengan harga RM198 (VIP), RM138 (PS1) dan RM88(PS2). Persembahan iLuminate ini sudah mula dipersembahkan pada 3 April sehingga 28 Jun 2015. Sila layari http://rwgenting.com ataupun hubungi 0327181118 untuk info lanjut.

Video Preview iLuminate

copyright

2,421 total views, 3 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge