Siapa kata ramen Samyang tu pegas gila? Sebenarnya ada lagi yang lebih pedas dari Samyang. Jom ikut saya ke Jakarta untuk mencari Indomee yang dikatakan pedas gila.

IndoMee ni dipanggil IndoMee Pedas Mampus (Pedes Mampus) yang dikatakan kepedasannya tahap pedas nak mampus. Warung yang menjual IndoMee ni adalah warung Abang Adek dan ianya terdapat beberapa cawangan di Jakarta. Warung Abang Adek ni memang famous dan tak susah nak cari. IndoMee Pedas Mampus ni merupakan salah satu menu makanan yang ditawarkan kat sini selain pecel lele dan roti bakar. Sudah tentulah saya nak mencuba sendiri IndoMee Pedas Mampus ni.

IndoMee Pedas Mampus

Warung Abang Adek menawarkan IndoMee Pedas Mampus

IndoMee Pedas Mampus

Banyaknya cili padi

Tapi kenapa pedas sangat? Apa yang ada kat dalam IndoMee ni?

Nak menangis saya tengok bila mereka menyediakan IndoMee yang saya baru order tadi. Mana taknya, rupanya mereka mencampur cili padi yang dipanggil cabai setan di Indonesia ke dalam campuran asli IndoMee. Jumlah cili padi yang dicampurkan bergantung kepada level yang kita order. Contohnya :

IndoMee Pedas Mampus = 100 batang cili padi
IndoMee Pedas Gila = 75 batang cili padi
IndoMee Pedas Garuk = 50 batang cili padi
IndoMee Pedas = 25 batang cili padi
IndoMee Sedang = 10 batang cili padi

Cili padi tersebut kemudiannya dilenyek menggunakan batu penyisar seakan-akan gaya membuat sambal ayam penyet sebelum dicampur dan digaulkan bersama-sama dengan ramuan paket IndoMee. Senang je kan cara membuatnya? Kita pun boleh buat sendiri kat rumah kalau teringin. Sebelum saya masukkan IndoMee ni ke dalam mulut saya, saya dapat tengok peniaga warung ni gelak-gelak dari jauh seperti menunggu reaksi saya ketika makan IndoMee ni. Rasa macam kena prank pulak.

IndoMee Pedas Mampus

Paste IndoMee asli dicampur dan dijaul bersama cili padi yang telah digiling

IndoMee Pedas Mampus

Cili padi dilenyek terlebih dahulu

Pedas? Memang tak payah tanya pedas ke tak. Dalam gambar ni adalah IndoMee Pedas Gila tau, belum lagi yang Pedas Mampus. Jumlah cili padi serta bijinya yang terlalu banyak sehingga rasa ramuan IndoMee tadi dah tenggelam dengan rasa kepedasan yang melampau. Setiap suapan ke mulut bagaikan menelan biji-biji cili dengan rela hati. Memang rasa sangat pedas sehingga mampu menitiskan air mata tanpa disedari. Kepedasannya bukan saja terasa dibibir malahan terus menusuk ke dalam perut setelah membuatkan bibir merah dan tebal seperti Angelina Jolie.

Sebenarnya saya ni jenis yang suka makan pedas, tapi kali ni saya surrender. Saya tak tau apa yang sangat dah lakukan ni. Terasa seperti tiada erti kehidupan.

Oleh kerana IndoMee ni semata-mata pedas, jadi tiada rasa lain yang wujud di dalam menu makanan ni. Saya tak boleh nak bagitahu sedap atau tidak, kerana ianya semata-mata PEDAS.

IndoMee Pedas Mampus

Jom makan

IndoMee Pedas Mampus

Nampak tak cili tu

IndoMee Pedas Mampus ni sesuai sekiranya inginkan cabaran merasai tahap kepedasan yang tinggi. Tiada rasa lain dan seni di dalam menu makan ni kerana ianya hanyalah melahirkan rasa pedas yang melampau. Sekiranya dibandingkan dengan Ramen Samyang, dah tentu Samyang lebih sedap dimakan walaupun ianya pedas. Orang kata, pedas tapi sedap. Perasaan yang sama tak wujud pada IndoMee Pedas Mampus. Terasa seperti sedang menghukum diri sendiri ketika sedang makan IndoMee Pedas Mampus ni.

 

1,789 total views, 3 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge