Baru-baru ini pengeluar jenama komputer ternama iaitu Dell baru saja melancarkan satu lagi komputer terbaru mereka. Set komputer terbaru ini berkonsepkan All-in-One Desktop yang sesuai digunakan untuk sebarang tujuan termasuklah untuk permainan ataupun pembelajaran. Set komputer ini diberi nama Dell Inspiron 23 7000 All-in One Touch Screen Desktop yang lengkap dengan fungsi skrin sesentuh.

Saya bakal mencuba sendiri Dell Inspiron 23 7000 ini di acara Dell InnoLifestyle Boot Camp yang akan berlangsung tak lama lagi. Tapi sebelum itu, jom kita tengok apa-apakah ciri-ciri menarik pada komputer ini.

Dell Inspiron 23 7000

Dell Inspiron 23 7000

Design

Dell Inspiron 23 7000 ini mempunyai rekaan dan design yang sangat cantik. Skrinnya yang bersaiz 23″ sangat memuaskan namun ianya sangat nipis dan menjimatkan ruang. Base pada monitor ini merupakan CPU yang berkuasa tinggi yang dilengkapi dengan pemprosesan Intel® Core™ i7 processor and Intel® RealSense™. Semua port seperti USB 3.0, HDMI dan audiojack diletakkan pada base ini dan anda tidak perlu lagi risau mengenai kabel yang berselerak.

Dell Inspiron 23 7000 sesuai diletak pada ruang yang kecil dan terhad. Tidak perlu lagi memikirkan ruang untuk CPU yang besar yang pada kebiasaannya diletakkan di lantai ataupun di atas meja. Dell Inspiron 23 7000

Ianya diperbuat dari aluminium dan besi yang pastinya memberikan kualiti yang premium. Skrinnya sangat fleksibel dan boleh dipusingkan sehingga 180 darjah bagi memberikan pengalaman yang berbeza. Tak kira apa juga angle yang kita inginkan, Dell Inspiron 23 7000 boleh memberi kepuasan kepada pengguna.

Dell Inspiron 23 7000

Dell Inspiron 23 7000

 

Teknologi

Dell Inspiron 23 7000 bukan saja cantik malahan ianya adalah sebuah komputer untuk semua keadaan. Sesuai dengan konsep All-in-One, komputer ini sangat sesuai digunakan untuk menonton video kerana ianya turut dilengkapi dengan paparan Full HD (1,920 x 1,080) dengan TrueLife LED dan IPS. IPS merupakan teknologi pada LED skrin yang mengekalkan warna serta visual pada skrin walaupun dilihat pada angle yang berbeza.

Dell Inspiron 23 7000 juga dilengkapi dengan built-in sound card yang mampu memberi kualiti audio yang memuaskan.

Ciri touch screen merupakan salah satu kelebihan buat Dell Inspiron 23 7000. Ianya sangat seronok digunakan apabila menggunakan bersama Windows 8.1 serta apa-apa aplikasi yang lain yang didatangkan bersamanya. Bayangkanlah kita dapat menggunakan jari kita sendiri apabila sedang bermain “Fruit Ninja” ataupun ketika memilih koleksi gambar.

Dell Inspiron 23 7000

 

Dell Inspiron 23 7000

Dell Inspiron 23 7000 mempunyai 4 USB 3.0 port dan 2 HDMI port. Dengan kuasa pemprosesan Intel® Core™ i7, 12 GB memori serta kad grafik AMD Radeon™ HD 8690A 2GB GDDR5 , komputer ini sangat berkuasa samada untuk penggunaan harian ataupun buat mereka yang gemar bermain games.

Overall

Dell Inspiron 23 7000 merupakan sebuah komputer untuk semua orang. Ianya merupakan komputer untuk bekerja dan untuk bermain. Skrin sentuh 23″ dan boleh dipusingkan merupakan salah satu kelebihan utama pada komputer ini.

Ianya dijual di dalam lingkungan RM4663 sehingga RM5599 pada empat pilihan spesifikasi.

Dell Inspiron 23 7000

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, sila layari laman web rasmi Dell. Saya akan kongsikan pengalaman sebenar saya nanti di Dell InnoLifestyle Boot Camp apabila dapat mencuba sendiri komputer Dell Inspiron 23 7000 ini.

1,267 total views, 2 views today

   

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge