Bila bercuti ke Jepun, salah satu concern orang ramai adalah berkaitan dengan makanan halal. Sebenarnya, di Jepun ada banyak lokasi makanan halal lebih-lebih lagi dalam setahun dua ini kerana negara Jepun sangat mementingkan keperluan halal pelancong Islam. Dari Japan Halal Expo sehinggalah beberapa kemudahan lain seperti surau dan masjid ianya memang amat memudahkan bagi pelancong Islam ke Jepun.

Kalau berkesempatan ke Tokyo, bolehlah berkunjung ke Ippin Halal Teppanyaki yang terletak di Ebisu. Restoran halal ini berkonsepkan watak kembar terkenal Malaysia iaitu Upin & Ipin. Sebagai duta halal di Jepun, watak Upin & Ipin sememangnya sinonim dengan produk makanan halal. Nama Ippin digunakan bagi mengantikan Upin & Ipin kerana Ippin bermaksud sangat baik bagi masyarakat Jepun.

Ippin Restaurant Ebisu

Restoran Halal Ippin di Ebisu

Ippin Restaurant Ebisu

Saya di pintu masuk

Ippin Teppanyaki terletak di kawasan Shibuya dan train station yang paling hampir adalah Ebisu Station. Lokasinya agak sukar untuk dicari kerana kita harus berjalan ke dalam kawasan perumahan sedikit. Pastikan rujuk pada peta atau google map sebelum ke sini.

Sebaik sahaja sampai di pintu restoran yang terletak di tingkat atas bangunan, papan tanda “Selamat Datang” terpampang di pintu masuk.  Bendera Jepun dan Malaysia beserta gambar Upin & Ipin seolah-olah menyambut kedatangan saya ke sini. Di dalam restoran ini pula mereka menggunakan dinding berwarna merah dan lampu kuning bagi menimbulkan rasa tenang ketika menjamu selera. Terdapat satu lagi gambar Upin & Ipin berlatar belakangkan kampung yang dilukis dengan stroke lukisan ala-ala Jepun. Terdapat watak-watak seperti Opah, Tok Dalang, Kak Ros, Uncle Muthu dan ramai lagi. Memang sangat cantik dan bangga sebagai rakyat Malaysia sebab pasti dah ramai orang Jepun yang datang tengok gambar kampung saya ini.

Ippin Restaurant Ebisu

Staff yang akan menunggu kedatangan pengunjung

Ippin Restaurant Ebisu

Rekaan dalam Ippin Restaurant

Ippin Restaurant Ebisu

Dinding utama dengan lukisan kampung Upin Ipin

Sudah pasti restoran Ippin ini HALAL kerana terdapat sijil halal dari NAHA Nippon Asia Halal Association di kaunter bagi rujukan pengunjung. NAHA adalah organisasi yang bertanggungjawab bagi persijilan Halal di Jepun. Restoran Halal di Jepun pada kebiasaannya lebih mahal kerana setiap bahan mentah seperti ayam dan daging diimport dari negara Islam bagi memastikan status Halal.

Menu Makanan Halal

Diantara menu yang terkenal di sini adalah makanan berasaskan grill seperti salmon dan daging wagyu selain makanan Upin & Ipin iaitu ayam goreng Jepun yang dipanggil Tore Karage. Selain itu, saya juga mencuba beberapa menu makanan Jepun yang pertama kali saya rasa seperti Gyoza dan Udon.

Ippin Restaurant Ebisu

Sijil Halal dari NAHA

Ippin Restaurant Ebisu

Makanan sedang dimasak

Ippin Restaurant Ebisu

Pot antik yang berunsurkan Jepun

Ippin Restaurant Ebisu

Persediaan makanan secara terbuka

Pada awalnya, kebanyakkan pilihan makanan di sini adalah makanan Jepun sahaja. Ini adalah kerana sukar untuk mencari menu makanan Jepun yang halal. Tetapi lama kelamaan, mereka cuba menyerapkan menu masakan Melayu seperti Mee Goreng, Nasi Goreng, Mee Kari dan sambal. Mungkin rasanya tak sama seperti Mee Goreng di kedai Mamak, tapi rasanya agak unik dan agak sedap.

Kesemua chef di sini adalah orang Jepun sendiri yang telah dilatih masakan halal dan menu makanan Melayu.

Ippin Restaurant Ebisu

Tore Karage

Ippin Restaurant Ebisu

Nasi Goreng

Ippin Restaurant Ebisu

Sayuran

Ippin Restaurant Ebisu

Mee Goreng

Ippin Restaurant Ebisu

Daging grill

Ippin Restaurant Ebisu

Bersama Chef dan staff Ippin Restaurant

Macam mana? Nampak sedap tak? Jadi kalau nak datang ke sini seperti yang saya dah maklumkan, sila rujuk peta terlebih awal.

Alamat :
Ippin Teppanyaki Restaurant,
2 Chome-13 Ebisunishi, Shibuya-ku,
Tōkyō-to 150-0021, Japan
Facebook : https://www.facebook.com/ippin.ebisu
Laman Web : http://ippin-halal.jp/


—————————————

Bagi yang ingin bercuti ke Jepun dengan pakej Muslim dan dengan harga yang berpatutan, silalah layari laman web http://japanbudgettrip.com/ kerana mereka sedang mengadakan beberapa promosi percutian ke Jepun. Jangan lupa untuk isi daftar segera tempat anda ke Jepun.

Baca entri saya yang lain mengenai Jepun :

Disneyland Tokyo (Part 2) : The Parade
http://mohdzarin.com/blog/disneyland-tokyo-part-2-the-parade/

Disneyland Tokyo (Part 1) : The Park
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-disneyland-tokyo-part-1/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-part-3/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 2)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-part-2/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-bahagian-1/

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama
http://mohdzarin.com/blog/jepun-sebagai-destinasi-pelancongan-utama/

Jom Jalan Jalan Jepun : Odaiba
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-odaiba/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-harujuku-part-3/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 2)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-part-2/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 1)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-part-1/

3,452 total views, 3 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to Kenali Blogger MohdZarin.com | Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge