Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasa macam sekejap je kita berpuasa di bulan Ramadhan dan sekarang dah pula nak menyambut Hari Raya. Seperti biasa pada minggu-minggu terakhir macam ni mesti ramai sedang sibuk untuk membuat persiapan raya seperti beli baju raya dan macam-macam lagi. Saya juga seperti pada tahun-tahun sebelum ini, masih setia bersama dengan pakaian raya JAKEL dan memilih memakai Baju Melayu Jakel di pagi Raya nanti. Tahun ini Jakel dengan tema “Jakel Barulah Raya” sekali lagi mempromosikan rekaan baru tahun ini bersama Duta Raya Jakel iaitu Aaron Aziz. Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Lara Alana, Ayda Jebat, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusof Iskandar, Harith Iskander  dan Upin Ipin.

Satu sesi beramah mesra bersama semua Duta Raya Jakel yang dipanggil Sembang Santai telah diadakan di Jakel Mall Kuala Lumpur dan Shah Alam seterusnya mengadakan jualan lelong HAPPY HOUR sehingga 85%. Terdapat juga baucer pembelian bernilai sehingga RM70,000 diberikan kepada 1,000 pelanggan yang terawal. Saya sendiri mewakili Upin & Ipin kali ini akan berkongsi mengenai suasana sambutan yang meriah di acara Sembang Santai “Jakel Barulah Raya“.

Baju Raya Jakel 2018

Awal, Scha dan Lara kelihatan cantik sedondon dengan pakaian raya Jakel

Baju Raya Jakel 2018

Hairul, Hanis dan Yusof juga keliru sungguh menawan dengan koleksi pakaian raya Jakel

Baju Raya Jakel 2018

Ayda Jebat dengan baju rayanya

Jakel Mall KL

Acara Sembang Santai “Jakel Barulah Raya” diadakan diruang legar berhadapan Jakel Mall KL pada jam 1 tengah hari, namun begitu kesemua Duta Raya Jakel ditemuramah oleh rakan media terlebih dahulu di tingkat atas bangunan Jakel. Kesemua Duta Raya Jakel mengayakan baju raya masing-masing yang direka khusus untuk mereka pada tahun ini. Ayda Jebat contohnya menjadi duta bagi pakaian wanita Ready To Wear (RTW) yang mempunyai pelbagai rekaan dan pilihan warna.

Scha, Awal serta Lana pula mengayakan pakaian sedondon keluarga namun masing-masing mempunyai rekaan unik yang tersendiri. Awal pula mengayakan rekaan baju melayu slim fit yang direka khusus bagi mereka yang ingin kelihatan sentiasa kemas dan segak di pagi raya. Baju Melayu Awal Ashaari ini tidak mempunyai jahitan ditepi seperti baju melayu biasa dan rekaannya seakan-akan baju kemeja bagi membuatkan pemakai baju melayu ini nampak slim dan fit. Selain itu, baju melayu ini juga digayakan dengan rekaan sapu tangan dipoket yang turut didatangkan sekali berserta set baju melayu.

Baju Raya Jakel 2018

Saya mempromosikan pakaian Baju Melayu Upin & Ipin

Baju Raya Jakel 2018

Scha dan Awal ketika ditemuramah oleh media

Baju Raya Jakel 2018

Ayda Jebat berkongsi mengenai baju rayanya

Manakala Lara Alaana dan Yusof Iskandar masing-masing mengayakan pakaian raya bagi kanak-kanak perempuan dan lelaki. Yang menariknya kesemua rekaan pakaian raya Lara diinspirasi dari baju raya Scha sendiri bagi menyerlahkan imej pasangan ibu dan anak dipagi raya. Apa saja rekaan baju raya Scha, ada juga versi buat si comel Lara. Yusof Iskandar pula menggayakan pakaian raya bagi kanak-kanak lelaki yang nampak ringkas dan selesa. Ianya adalah set  baju melayu moden beserta seluar yang sesuai dipakai bagi kanak-kanak lelaki yang bergerak aktif. Bagi yang kanak-kanak lelaki yang sudah dewasa sikit, bolehlah memilih Baju Melayu Upin  & Ipin.

Saya yang menjadi wakil cakap bagi Upin & Ipin pada hari tersebut pula turut berkongsi tentang kelebihan Baju Melayu Upin & Ipin keluaran Jakel di Sembang Santai. Sebenarnya ini merupakan tahun ke 4, Upin & Ipin bekerjasama dengan Jakel dan setiap tahun baju melayu ini mendapat sambutan hangat yang luar biasa. Baju Melayu Upin & Ipin didatangkan dengan pelbagai pilihan warna dan sampin percuma yang mempunyai rekaan kepala Upin & Ipin. Setiap pembelian Baju Melayu Upin & Ipin juga diberi butang baju melayu dengan gambar Upin & Ipin secara percuma. Ramai yang mencari baju melayu Upin & Ipin setiap tahun dan baju Melayu Upin & Ipin ni dah menjadi sebagai salah satu kemestian buat semua peminat setia Upin & Ipin.

Baju Raya Jakel 2018

Datuk Hj Mohamed Faroz, Pengarah Urusan Jakel bersama kesemua Duta Raya Jakel di Sembang Santai

Baju Raya Jakel 2018

Aaron Aziz dengan baju melayunya

Turut berkongsi pada hari tersebut adalah Duta Raya Jakel yang pertama iaitu Aaron Aziz. Aaron mempromosikan Baju Melayunya buat tahun ke 7 dan sehingga kini Baju Melayu Aaron Aziz menjadi salah satu Baju Melayu yang paling popular dipakai oleh ramai lelaki di hari raya termasuklah diri saya sendiri. Kualiti fabrik baju melayunya sangat berkualiti dan tebal. Ianya tidak panas namun selesa dipakaian. Saya sendiri memiliki beberapa warna Baju Melayu Aaron Aziz kerana terdapat terlalu banyak pilihan warna yang menarik. Baju Melayu ini juga tahan lama dan sehingga kita saya sudah mempunyai 10 pasang Baju Melayu Aaron Aziz pelbagai saiz dan warna hasil dari pembelian sejak beberapa tahun lepas.

Baju Raya Jakel 2018

Suasana di Sembang Santai

Baju Raya Jakel 2018

Saya berkongsi mengenai kelebihan baju Melayu Upin & Ipin

Sebaik sahaja sesi Sembang Santai selesai, sesi lelongan terus diadakan oleh kesemua Duta Raya Jakel. Suasana ketika lelong ni memang sangat meriah dan riuh rendah tambahan pula yang melelong tu adalah Nabil. Sambil lelong, sambil melawak pula dia. Memang banyak diskaun yang diberi ketika sesi lelongan ni dan secara jujurnya saya rasa ini memang ini adalah masa yang terbaik untuk mendapatkan baju raya keluaran Jakel kerana penjimatan yang sangat banyak.

Baju Raya Jakel 2018

Nabil ketika sesi lelongan

Baju Raya Jakel 2018

Dapatkan baju Melayu Upin & Ipin di Jakel

Jakel Shah Alam

Selain Jakel Mall KL, sesi Sembang Santai juga turut diadakan di Jakel Shah Alam pada keesokkan harinya. Membariskan Duta Raya Jakel yang sama, kesemua peminat setia mereka menantikan kehadiran artis kesayangan masing-masing sejak jam 10 pagi lagi. Walaupun kali ini, Aaron Aziz dan Ayda Jebat tidak dapat menghadirkan diri namun kali ini peminat dapat beramah mesra dengan Harith Iskander. Baju Melayu Harith Iskander adalah dikhususkan buat mereka yang bersaiz “comel” dari saiz XL sehingga XXXL.

Kalau sesiapa perasan pada tahun ini Jakel memberi sedikit kelainan pada semua set baju melayunya dengan set sampin benang ataupun kain pelikat dengan setiap pembelian. Kebiasaanya orang lebih gemar memakai Sampin Songket bersama baju Melayu tetapi kali ini Sampin Kain Pelikat diberi nafas baru bagi mengembalikan semula nolstagia berhari raya. Saya dan kesemua Duta Raya Jakel kali ini mengayakan sampin kait pelikat yang nampak lebih simple namun menarik.

Baju Raya Jakel 2018

Hari ni saya mengayakan Baju Melayu Awal Ashaari pula

Baju Raya Jakel 2018

Suasana Sembang Santai di Jakel Shah Alam

Baju Raya Jakel 2018

Berkongsi serba sedikit tentang baju melayu Upin & Ipin

Baju Raya Jakel 2018

Maskot Upin & Ipin bersama kanak-kanak yang membeli Baju Melayu Upin & Ipin

Jadi masih ada masa lagi untuk dapatkan pakaian Raya Jakel di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Lelongan dan promosi jualan murah mungkin akan diadakan dari semasa ke semasa di Jakel lebih-lebih lagi pada malam raya. JAKEL Barulah Raya!

 

Baca juga :
JAKEL Barulah Raya 2017
http://mohdzarin.com/blog/promosi-jakel-bajuraya-2017/

Koleksi Pakaian Jakel 2015
http://mohdzarin.com/blog/koleksi-baju-raya-jakel-upin-ipin-nabil-aaron-aziz-rozita-che-wan/

 

5,624 total views, 6 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

18 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.