Kali ni saya nak ceritakan sedikit sebanyak mengenai Japan Budget Trip. Artikel ini adalah untuk tujuan peraduan yang dianjurkan oleh JBT. Blog MohdZarin.com dah berjaya masuki ke peringkat ke 3 dan ini sebenarnya merupakan tugasan yang terakhir.

 Teruskan membaca.

Siapa JBT?

JBT ataupun nama panjangnya Japan Budget Trip adalah agensi yang menawarkan pakej ground arrangement untuk percutian di Jepun. JBT diuruskan oleh Ayaharif dan selalu mengemaskini promosi serta pakej percutian melalui laman blognya iaitu http://ayaharif.blogspot.com/. Pakej percutian Japan Budget Trip meliputi semua musim di Jepun seperti musim bunga dan salji serta berdasarkan kepada cuti sekolah di Malaysia.JBT Banner

Advertisements

Walaupun menggunakan nama “budget”, tetapi perkhidmatan yang ditawarkan oleh JBT bukanlah budget bagus. JBT pada kebiasaannya akan menyediakan hotel dan kemudahan yang lain mengikut kesesuaian dan keselesaan peserta. Setakat ini, semua komen dan feedback yang diterima oleh peserta pakej JBT adalah sangat bagus dan memuaskan. JBT juga merupakan syarikat yang berdaftar di bawah SSM. Jadi tak perlu risau okay.

Siapa Ayaharif?

Nama sebenar Ayaharif adalah Rafidi. Beliau menggunakan nama Ayaharif di blog adalah sempena nama anaknya iaitu Arif. Beliau pernah menyambung pelajaran di  Shibaura Institute of Technology , Jepun pada tahun 1999 iaitu ketika beliau berumur 24 tahun. Jadi tak hairanlah Ayaharif sangat fasih berbahasa Jepun dan mahir dengan jalan-jalan di Jepun. Beliau mula berjinak-jinak dengan hobinya iaitu melancong pada tahun 2010 dan akhirnya berminat menubuhkan Japan Budget Trip pada tahun 2013. Jepun ni bagi Ayaharif dah macam rumah ke dua.

Kenapa Jepun ?

Di antara negara yang paling mendapat tumpuan pada tahun 2014-2015 untuk destinasi pelancongan adalah negara Jepun. Ini adalah kerana negara Jepun, semakin mudah dikunjungi disamping tiket tambang penerbangan yang semakin murah. Selain itu juga, dasar kerajaan Jepun yang menggalakkan pelancong dari luar terutama sekali dari negara Islam. Banyak perubahan dan pendekatan yang telah diambil seperti memperbanyakkan restoran halal, ruang solat dan membuka lebih banyak peluang perniagaan di dalam sektor halal.

Kalau nak tahu lebih lagi, bolehlah baca 5 Perkara Unik Tentang Jepun yang pernah saya tulis.

Agensi Pelancongan VS Japan Budget Trip

Pada beberapa bulan yang lepas, Matta Fair baru saja berlangsung di Kuala Lumpur. Di sini ada banyak agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian yang menarik ke Jepun. Kalau nak mudah, kita boleh ambil mana-mana saja pakej ni dan pasti kita akan sampai ke Jepun.

Japan Budget Trip

Contoh harga tiket penerbangan yang diumumkan oleh JBT

Tapi apa yang membezakan Agensi Pelancongan dengan Japan Budget Trip? Kebanyakkan agensi pelancongan mengaut keuntungan melalui harga hotel kerana mereka menjadi panel bagi hotel tersebut. Jadi walaupun harga yang ditawarkan dah nampak macam murah, tapi sebenarnya masih banyak lagi yang boleh dijimat sekiranya tidak melalui agensi pelancongan.

Pakej JBT adalah yang paling murah untuk ground arrangement seperti hotel, pengangkutan dan sebagainya. Kalau tak percaya cuba buka Agoda.com ataupun Booking.com dan cuba book hotel sendiri untuk tempoh masa percutian ke Jepun. Silap-silap harga yang kita dapat lebih mahal dari harga Japan Budget Trip. Cuma apa yang JBT tak mampu nak tawarkan adalah pakej harga flight kerana harganya sering berubah dan memerlukan kapasiti yang lebih besar.

Tapi JBT tak lepas tangan begitu saja, Ayaharif dari semasa ke semasa akan memaklumkan melalui laman sosialnya samada harga tiket sudah semakin murah atau belum. Dia akan cuba cadangkan masa yang terbaik untuk membeli tiket dan flight apakah yang paling selesa dan berpatutan.japanhalal_20japanunik_15

Tujuan Japan Budget Trip

Saya melihat JBT mempunyai tujuan yang sangat berbeza dengan Agensi Pelancongan yang ternama. JBT mengutamakan kehendak peserta dan ingin memberi peluang kepada peserta untuk sama-sama merasai keseronokkan bercuti di Jepun. Dapat melihat tour group gembira bermain dalam salji atau melihat bunga sakura pun dah memberi kepuasan kepada JBT. Itu apa yang saya nampak melalui updatenya di Instagram dan Facebook.

Oleh sebab itulah, pada kebiasaannya JBT hanya menawarkan pakej percutian untuk group yang kecil supaya semua kehendak peserta dapat dicapai. Kebanyakkan dari feedback peserta amat senang dengan method ni dan rasa dihargai.

Kelebihan Japan Budget Trip

MASA itu EMAS. Kalau di Jepun, saya rasa Masa dan Duit itu sangat berharga seperti emas. Kalau tak pandai merancang masa, kita mungkin tak sempat melihat semua attraction atau pergi ke tempat-tempat menarik dalam masa 4 atau 5 hari ketika berada di Jepun. Ada pula sesetengah perkara yang kita tidak perlu bazirkan dengan wang kerana ianya tidak berbaloi. Ada pula sesetengah benda yang wajib dibeli kerana tidak ada ditempat lain. Semua perkara ini sememangnya kelebihan JBT yang pandai merancang dan mengaturkan untuk peserta.

Setiap satu destinasi menarik tu kadang kala berada jauh di antara satu sama lain. Kebanyakkannya juga memerlukan berjalan kaki untuk sampai. Memang betul saya pernah ke Jepun pada tahun lepas. Tapi oleh kerana kurang pengalaman saya gagal untuk mencari Masjid Kobe iaitu masjid yang tertua di Jepun. Walaupun saya mencari menggunakan google map, tapi saya masih tak jumpa. Oleh kerana kesuntukan masa, saya terpaksa simpan impian saya untuk melihat masjid di Jepun. japanhalal_19japan087

Inilah ruginya kalau pergi sendiri-sendiri. Jeles pulak saya tengok Ayaharif berkongsi gambar mengenai masjid Jepun di blognya.

Salah satu kelebihan lain JBT adalah kemahiran Ayaharif berbahasa Jepun. Ini sebenarnya amat penting sebab mengikut pengalaman saya, kebanyakkan orang Jepun kurang masih berbahasa Inggeris. Selain untuk bertanya arah jalan ataupun berkomunikasi dengan orang Jepun, kemahiran berbahasa Jepun ni juga amat penting ketika mencari tempat makanan halal. Kadang-kadang ada sesetengah makanan yang tiada simbol halalpun kita boleh makan asalkan tahu apa bahan-bahan yang digunakan.

JBT sebagai pakej pelancongan pilihan ke Jepun

Jadi kalau dah bersedia nak melancong bersama JBT, bolehlah melihat pakej-pakej JBT di blog JBT http://www.ayaharif.blogspot.com/. Saya sendiri berhasrat akan mengambil salah satu pakej JBT pada satu hari nanti. Berhajat nak bawa wife pula pusing-pusing Jepun. Kalau dah join JBT nanti, mungkin saya boleh kongsikan pengalaman saya pula.

Blog : http://www.ayaharif.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Instagram : https://instagram.com/japanbudgettrip/

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati

  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie

Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan

  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

 15,138 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

11 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.