Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni saya nak kongsikan pendapat saya mengenai “Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama”. Bagi yang suka melancong dan buat perancangan nak makan angin ke luar negara pada tahun ini, apa kata jadikan Jepun sebagai salah satu destinasi anda. Banyak sebab dan perkara menarik yang kita boleh lakukan di Jepun. Tak kisahlah kita nak travel bersama kawan-kawan ataupun keluarga, saya pasti Jepun adalah destinasi yang paling ideal. Jom kita tengok diantara sebab-sebabnya :

Negara 4 Musim

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Jepun adalah salah sebuah negara yang mempunyai 4 musim iaitu musim panas, musim luruh, musim salji dan musim bunga. Setiap musim di Jepun mempunyai tarikan dan kelebihan tersendiri. Musim bunga merupakan diantara musim yang menjadi tumpuan pelancong kerana ramai orang ingin melihat bunga Sakura yang hanya muncul setahun sekali.

ueno-sakura

Photo from JapanDish.com

Bunga Sakura biasanya berbunga sekitar bulan Mac hingga April dan pada masa ini taman-taman awam menjadi tumpuan orang ramai.

Budaya

Masyarakat Jepun amat mengutamakan dan menyanjungi budaya mereka. Kebanyakkan destinasi pelancangon di Jepun, masih memelihara budaya masyarakat Jepun seperti bangunan-bangunan lama dan cara hidup masyarakat Jepun. Himeji Castle contohnya adalah sebuah kota lama yang masih dipulihara sehingga kini. Ianya juga diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh Unesco.

Selain itu, orang Jepun juga menghormati budaya dan agama lain. Sebagai contoh, terdapat beberapa hotel di Jepun yang menyediakan makanan halal serta peralatan solat di dalam bilik hotel. Sebagai umat Islam, kita sendiri mesti juga teruja nak melawat masjid di Jepun. Diantara masjid yang tertua di Jepun dan masih berdiri teguh adalah Masjid Kobe.

Tempat-Tempat Menarik

Bila sebut saja Jepun, banyak betul tempat-tempat menarik yang WAJIB dilawati. Dari Tokyo, Kyoto hinggalah ke Osaka, semua destinasi ini menawarkan pelbagai tarikan menarik. Tokyo terkenal dengan lokasi-lokasi menarik seperti Tokyo Disneyland, Tokyo Disneysea, Harajuku, Akahibara, Shibuya dan banyak lagi. Manakala Osaka pula terkenal dengan Shinsaibashi, Universal Studio, Kaiyukan dan banyak lagi.

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Shibuya Crossing

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Basikal masih kerap digunakan di Jepun

Dengan perancangan percutian yang betul dan terperinci, semua destinasi-destinasi percutian ini memang boleh untuk dilawati. Saya akan kongsikan cara dan tip untuk merancang percutian di Jepun diakhir blog ini.

Selain tu saya adalah pengemar Disneyland Themepark dan saya dapati Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea merupakan salah satu lokasi Disneyland paling BEST di dunia. Ini adalah kerana kawasannya yang sungguh luas serta tarikan uniknya yang hanya terdapat di sini. Jadi memang rugi kalau tak datang ke Jepun.

Makanan

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Makanan Halal di Ippin Restaurant

Mula-mula saya seperti orang lain juga yang risau mengenai makanan Halal di Jepun. Tapi bila lama-lama saya buat research, saya dapati ada cara untuk mencari makanan halal dengan mudah di Jepun. Saya yakin kita tak perlu makan roti sepanjang hari atau tak perlu berlapar. Selepas berlangsungnya acara Japan Halal Expo tahun lalu, produk makanan halal secara perlahan-lahan memasuki pasaran Jepun. Orang Jepun sendiri mengakui pasaran makanan halal adalah sangat luas dan berpotensi tinggi.

Kebanyakkan makanan Jepun adalah berasaskan makanan laut. Dari situ saja kita dah boleh tahu ianya tidak melibatkan haiwan yang perlu disembelih secara Islam terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, kita masih harus berhati-hati dengan sos pencicah yang digunakan kerana terdapat diantaranya yang menggunakan bahan tidak halal.

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Ketika di Ippin Restaurant di Ebisu

Di Jepun juga kaya dengan vending machine. Tak perlu risau kehausan sebab vending machine ni diletak hampir disetiap sudut di jalan di Jepun. Percaya atau tidak, air minuman di dalam vending machine ni sungguh nampak sedap dan membuatkan kita kerap nak beli. Ada juga beberapa vending machine yang diletak di kawasan pejabat, menawarkan air kopi yang panas.

Pengangkutan

Salah satu pengalaman berharga dan menarik adalah ketika menaiki pengangkutan awam di Jepun. Kalau di KL kita dah biasa menaiki LRT ataupun bas, pengalaman menaiki train di Jepun adalah sungguh berbeza sekali. Di Tokyo pengangkutan awam utama mereka adalah keretapi. Perkhidmatan keretapi di Jepun sungguh complicate namun sangat efisien.

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Keretapi di Jepun

Kita boleh pergi ke sesuatu destinasi menggunakan lebih dari satu pilihan perkhidmatan keretapi. Yang membezakannya adalah jauh atau dekat saja. Selain itu, keretapi laju ataupun Bullet Train yang dikenali sebagai Shinkansen memang wajib dinaiki bila berada di Jepun. Perkhidmatan Shinkansen adalah untuk jarak jauh seperti dari Osaka ke Tokyo dan sebagainya. Harga tiket Shinkansen agak sedikit mahal tapi sungguh berbaloi.

Jejak Zizan Ke Jepun

Salah satu sebab utama ramai orang nak ke Jepun adalah kerana Zizan. Percutian Zizan ke merata tempat di Jepun menyebabkan ramai orang  yang teringin ke Jepun. Pengembaraan santai Zizan ni sedikit sebanyak memberikan gambaran mengenai negara Jepun. Jalan-jalan best, makan best, semuanya BEST mengenai JEPUN.

Banner_JJBZ

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Ketika cuaca hujan di Jepun

Japan Budget Trip

Jadi anda semua dah sedia nak ke Jepun? Sekiranya pertama kali nak ke Jepun, saya cadangkan agar gunakan perkhidmatan Japan Budget Trip. Selain dari pakej harga ground arrangement nya yang sungguh berpatutan, Japan Budget Trip juga menawarkan pakej travel fleksibel dan menarik. Japan Budget Trip juga menyediakan pakej-pakej percutian di Jepun mengikut musim-musim yang menarik di Jepun.

Snow & Sakura March (27 March – 1 April 2015)
Hana Trip May (5-10 May 2015)
Kansai Trip June (3-8 June 2015)
Kanto Trip Oct (13-18 Oct 2015)
Kansai Trip Nov (25-30 Nov 2015)

Kalau dulu-dulu kita rasa macam susah dan macam angan-angan kosong je kalau impikan percutian ke Jepun. Sekarang ni tidak lagi, dengan Japan Budget Trip banyak yang kita boleh jimat dan rancang untuk berseronok di Jepun dengan kadar paling murah.

Bagi rakan blogger pula, anda mungkin boleh ke Jepun secara percuma bersama Japan Budget Trip (JBT) sebab mereka sedang adakan peraduan sekarang ni. Boleh klik link blog JBT ni untuk info lanjut.

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati

  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie

Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan

  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Jumpa anda semua di Jepun. Sayonara!

Laman Sosial Japan Budget Trip (JBT)

Facebookhttps://www.facebook.com/japanbudgettrip
Instagramhttp://instagram.com/japanbudgettripcopyright

13,923 total views, 8 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

14 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge