Konnichiwa~! Sayonara~! Sushi King~ Amboi, sekali sekala cakap Jepun apa salahnya. Kali ni saya excited betul nak sharekan pengalaman saya ke Jepun pada beberapa bulan yang lepas. Yelah, manalah nak terfikir akan ke negara Jepun sebelum ni. Bunyinya pun dah macam mahal dan memang takkan mampu nak melancong ke sana. Eeeh, tapi tu dulu. Sekarang ni nak ke Jepun dah tak mahal macam dulu. Percutian saya ke Jepun ni sememangnya ikut budget dan saya rasa semua orang pun mampu nak pergi. Saya booking melalui Air Asia Go lebih kurang 8 bulan lebih awal dari tarikh yang saya nak tu. Dan saya pula tak pilih peak season sebab harganya akan lebih mahal. Untuk tiket penerbangan pergi balik serta hotel (ala-ala orang bujang) untuk 5 hari 4 malam saya hanya membelanjakan sekitar RM1100 sahaja. Kalau kita kira pada harga kos, apalah sangat sebab janji dapat jejakkan kaki di negara Jepun. Percutian ke Jepun kali ni disertai oleh Hafiz, Aino dan Adang. Kiranya kali ni macam travel orang laki-laki je. Kami telah memilih Tokyo sebagai destinasi utama sebab masing-masing mempunyai sebab dan minat tersendiri di Tokyo. Kami berempat tiada pengalaman ke Jepun dan kami juga tiada kemahiran langsung bercakap bahasa Jepun. Kami hanya berbekalkan Google dan iPhone masing-masing sahaja.

japan003

Makanan di dalam Air Asia X

japan004

Tak cukup nasi, kita makan Mamee pulak

japan002

Adang dah lapar sangat dah tu~

japan005

Flight ANA merupakan flight domestic Jepun

Pengalaman naik Air Asia X juga merupakan sesuatu yang menarik. Sebenarnya saya amat suka naik Air Asia X untuk ke Jepun macam ni sebab Pramugarinya adalah orang Malaysia dan orang Jepun sendiri. Jadi belumpun sampai ke Jepun, dah ada feeling-feeling cakap Jepun dah. Penerbangan ke Jepun memakan masa lebih kurang 6 jam dan seperti yang dijangka tiada skrin TV ataupun inflight entertainment seperti di MAS. Tapi takpelah, semua entertainment kita siap-siapkan dalam iPad awal-awal.

Alhamdullilah, flight saya selamat mendapat di Haneda International Airport sekitar jam 11.30 malam waktu Jepun. Kalau sesiapa yang nak ke Jepun, saya syorkan untuk ambil penerbangan ke Haneda Airport dan bukannya di Narita Airport. Ini adalah kerana, lokasi Haneda adalah lebih dekat dengan bandaraya Tokyo. Jadi kos pengangkutan nak ke Tokyo adalah lebih murah dan mudah. Cakap pasal pengangkutan, kebiasaannya orang Jepun akan menaiki train kalau nak ke mana-mana. Tetapi oleh kerana waktu saya tiba di Airport, perkhidmatan train sudahpun habis, jadi saya awal-awal lagi ketika di Malaysia dah menempah flight airport transfer secara online iaitu perkhidmatan sebuah van yang cukup untuk membawa kami berempat berserta bagasi-bagasi. Kos penambahan untuk perkhidmatan ni agak sedikit mahal di mana saya harus membayar lebih kurang RM70 untuk seorang. Tapi oleh kerana tiada option lain, saya rasa ini adalah pilihan yang terbaik ketika itu. Saya agak surprise sebab tak sangka perkhidmatannya agak bagus sebab pemandunya dah sedia menanti saya dipintu keluar airport dengan nama saya tertera di atas kertas. Selain tu, pemandunya juga sangat peramah dan boleh bercakap bahasa English. Di Jepun, masalah utama adalah masalah komunikasi. Kebanyakkan orang Jepun tak boleh berbahasa English langsung. Jadi bila orang pertama yang jumpa di Jepun adalah orang yang pandai cakap bahasa English, habis semua soalan tanya kat dia.

japan006

Sampai je Airport siap-siap ambik flyers

japan008

Let me take a sefie first

japan007

Dah siap ada nama lagi

japan011

Suasana di parking airport Jepun

Sebelum saya bercerita dengan lebih panjang hingga ke beberapa bahagian, satu perkara yang sangat ketara dan membuatkan kita rasa selesa berada di Jepun adalah tahap kebersihannya. Semua toilet mereka tak kisahlah samada di hotel ataupun di shopping mall, pasti menggunakan toilet jenis bidet. Yang berbezanya dengan di Malaysia, teknologi bidet mereka sangat details dan terperinci. Ada button yang digunakan untuk semburan air ke tepi, ke atas bawah, semburan jenis kembang serta yang paling canggih boleh memilih air sejuk atau panas. Keadaaan toilet yang terlalu bersih sehingga saya pun jadi risau kalau terkotorkan toilet mereka. Mungkin sekali dua tu kita rasa macam janggal sebab dah terbiasa menggunakan paip, tapi bila dah lama-lama tu saya rasa sangat selesa menggunakan toilet jenis ni.

japan009

Rupa toilet di Airport Jepun

japan010

Van yang membawa kami ke hotel

Ok, kita tukar topik jap pasal toilet. Saya sampai di Hotel Khaosan Tokyo Ninja selepas hampir 30 minit berada di dalam van. Kawasan hotel saya tu agak gelap dan sunyi ketika tu. Timbul pula soalan saya mengenai keselamatan ketika berjalan ke arah hotel. Mengikut kata pemandu saya tadi, tahap keselamatan di Tokyo adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Jadi tak perlu risau mengenai penyamun ataupun perompak sebab kadar kecurian sangat-sangat rendah.

japan013

Aino berada di depan hotel

japan012

Adang nak jalan-jalan malam tu jugak

Oleh kerana sampaipun dah gelap, jadi tiada aktiviti lain yang dilakukan pada waktu malam. Walaupun terasa excited sangat nak explore Jepun masa tu, tapi kami hanya mampu untuk tidur sebab kena kumpulkan tenaga yang banyak untuk esok. Tapi sebelum tu, saya nak kongsikan lagi satu persediaan awal yang telah kami lakukan ketika berada di Malaysia. Kita mesti tak boleh nak hidup tanpa internet kan? Takkan nak data roaming 5 hari kat Jepun. Jadi, kami  telahpun menempah mobile wifi secara online ketika berada di Malaysia. Kita hanya perlu meletakkan alamat hotel serta tarikh “check in” dan mereka akan poskan terus ke situ. Mudahkan?

japan014

Set Mobile Wifi

p/s : Saya dengar orang Jepun ni peramah. Nanti saya kongsikan betul ke idok dorang ni peramah.

18,320 total views, 18 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

8 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge