Saya nak sambung kisah perjalanan saya ke Jepun dan kali ni adalah berkaitan dengan Disneyland Park pula. Bagi yang belum membaca kisah saya di Jepun silah bacanya terlebih dahulu. Bagi pembaca setia blog saya, pasti dah tahu saya adalah pengemar Disneyland. Saya dah pernah sampai ke Disneyland Hong Kong, Disneyland California dan Disneyland California Adventure Park.
Disneyland Park Tokyo sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Disneyland Tokyo dan DisneySea Tokyo. Tiket untuk kedua-dua park ini dijual berasingan dan setiap park ni mempunyai kelebihan masing-masing. Saya sangat excited nak pergi ke Disneyland Park Tokyo ni sebab saya dimaklumkan ianya adalah diantara yang paling cantik dan terbesar di dunia. Betul ke? Jom ikuti pengembaraan saya.
Dua tiga bulan sebelum saya ke Jepun, saya dah membeli tiket Disneyland Tokyo Park secara online terlebih dahulu. Saya pun galakkan kepada sesiapa yang nak datang ke sini belilah tiket awal. Disneyland Tokyo dikenali sebagai diantara Disneyland yang paling ramai orang lebih-lebih lagi pada musim cuti. Harga tiket untuk 2 park iaitu Disneyland Tokyo dan Disneysea adalah 11,000 yen bersamaan RM350.
Saya menaiki JR Line dan berhenti di station Maihama. Jangan risau kalau book mana-mana hotel sekalipun di Tokyo sebab train mereka masih boleh sampai ke Disneyland. Melainkan kalau memang nak book hotel yang dekat sikit, bolehlah book hotel di kawasan Maihama ataupun Chiba.
Bila dah turun di station Maihama, kita kena jalan kaki sikit untuk ke pintu masuk Disneyland Tokyo. Walaupun agak jauh kena berjalan, tapi tak terasa jauh sebab cuaca masa ni agak berangin dan santai je. Disepanjang berjalan kaki tu, mood Disneyland memang dah sangat terasa. Dengan decoration landscape yang cantik dan pemandangan yang indah berjalan kaki ni pun dah seronok. Ada juga train dan bas yang dihias berkonsepkan Mickey Mouse. Memang cantik sangat.
Satu proses biasa apabila nak melepasi pintu utama Disneyland adalah proses memeriksa beg. Biasanya mereka hanya periksa kalau ada membawa makanan dan minuman secara berlebihan. Saya memang ada bawa roti dan beberapa onigiri sebagai bekal makanan sebab saya tahu di Disneyland Tokyo tiada makanan halal seperti di Disneyland Hong Kong.
Sebaik saja melangkah masuk ke dalam Disneyland Tokyo suasananya berubah seolah-olah masuk ke dalam dunia kartun. Deretan kedai merchandise yang menjual macam-macam cenderamata yang cantik dan comel ditempat di “World Bazaar” iaitu dihadapan pintu masuk. Ramai juga yang beli topi atau baju Mickey Mouse untuk dipakai ketika berada di sini.
Saya terus menuju ke landmark utama Disneyland iaitu Istana Disneyland yang menjadi ikon bagi themepark mereka. Nasib baik masa tu tak ramai sangat orang dan belum apa-apa lagi saya bergambar habis-habiskan kat sini dulu. Apa yang saya perasan, di hadapan istana Disneyland di Tokyo ni mempunyai kawasan yang luas dan disusun banyak kerusi bagi menonton persembahan ataupun berehat. Berbeza dengan Disneyland California yang tiada ruang seluas ini.
Istana ni saya dah tengok banyak kali pun rasa macam tak puas nak tengok. Mungkin sebab binaan istananya yang begitu terperinci dan d etails. Apa yang saya perasan dengan Disneyland Tokyo ni adalah pengunjungnya yang sangat ramai. Kebanyakkan dari mereka bukan saja datang untuk bermain dan berjalan-jalan tapi ramai juga diantara mereka yang datang sekadar untuk berehat dan bersantai. Ada yang sanggup duduk di tengah-tengah jalan semata-mata menunggu parade ataupun persembahan lain
Saya boleh kata dah pernah main semua attraction di Disneyland sebab kebanyakkannya hampir sama dengan Disneyland yang lain. Oleh kerana pengunjung yang terlalu ramai, saya rasa kebanyakkan masa saya dihabiskan dengan beratur. Saya tahu Disneyland memang ramai orang, tapi saya rasa masa saya datang ni suasananya terlalu ramai.
Kali ni saya nak sekali lagi Buzz Lightyear Astro Blasters di Disneyland Tokyo. Attraction ni walaupun nampak macam simple, tapi memang seronok main. Basically, kita kena bantu Buzz Lightyear lawan orang jahat dalam permainan yang berkonsepkan tembak-menembak di dalam kereta yang bergerak.
Selain tu, saya juga sempat mencuba salah satu attraction yang utama di sini iaitu Star Tours. Star Tours ni sangat menarik dan unik kerana saya dimaklumkan setiap kali kita naik ride ni, video yang berbeza akan ditayangkan. Ini bermakna macam pengalaman yang baru setiap kali kita naik. Jadi tak hairanlah, Star Tours ni diantara yang paling ramai orang beratur.
Apa yang best adalah walaupun beratur sangat lama (hampir 1 jam) tapi kita dihiburkan dengan informasi dan interaction yang diletak di sekitar kawasan orang beratur tu. Props dan tarikan yang diletakkan pula bukanlah setakat hiasan. Ada yang boleh bercakap, bergerak dan ada juga kamera yang menayangkan suhu badan kita. Nampak sangat futuristic.
Star Tours ni adalah ride berkonsepkan 4D yang membawa kita masuk ke dalam kapal angkasa seolah-olah kita sedang dibawa melancong ke angkasa lepas. Ketika sesi lawatan kita, konon-kononnya kapal kita diserang oleh orang jahat iaitu Darth Vader. Jadi kapal angkasa kita tadi yang pada awalnya dibawa dalam mood perlahan, tiba-tiba dibawa secara laju dan terpaksa melepaskan diri dari orang jahat. Ramailah orang yang menjerit (dalam bahasa Jepun) sebab ianya nampak sangat realistic.
Banyak lagi attraction yang menarik di Disneyland Tokyo ni seperti Haunted Mansion, It’s Small World, Space Mountain, Pirates of The Caribbean dan banyak lagi. Bukan semua attraction saya sempat ambil gambar sebab ada sebahagiannya yang terlalu gelap ataupun susah nak pegang kamera.
Kalau bernasib baik dapat berjumpa dengan watak-watak seperti Donald Duck ataupun Mickey Mouse pada tempat-tempat tertentu. Kena rajin tengok map dan plan timing. Selain tu, boleh juga berjumpa dengan watak-watak utama ni di Toon Town kerana di situlah terdapatnya rumah-rumah watak-watak ni. Kita perlu beratur dan boleh bergambar bersama mereka. Tapi kebiasannya, memang panjang dan mengambil masa yang lama untuk beratur.
Waktu petang saya, saya habiskan dengan berehat dan melihat orang lalu lalang sambil menikmati churros. Churros ni memang dah jadi macam trademark makanan minum petang kalau ke Disneyland. Seperti yang saya maklumkan, di Disneyland Tokyo tiada kedai makanan halal. Jadi selain churros ni, saya makan makanan yang saya bawa sendiri. Nak tanya, macam tulah caranya.
Tapi jangan risau kerana masih ada mesin air di dalam Disneyland ataupun boleh beli je di kiosk-kiosk kat sini.
Secara keseluruhannya, Disneyland Tokyo ni memang besar dan cantik. Ini adalah diantara Disneyland yang paling cantik saya pernah lihat. Walau bagaimanapun kesemua attraction di sini menggunakan bahasa Jepun yang mungkin ada sedikit mengurangkan rasa seronok dan tak faham bila menonton.
Kalau nak datang ke Disneyland, jangan lupa untuk google ramalan cuaca terlebih dahulu. Ramalan Cuaca di Jepun 99% adalah tepat. Sekurang-kurangnya kita tak rugi sebab nak masuk dalam Disneyland pun bukan murah.
Memang sekurang-kurangnya seharian diperlukan untuk berada di Disneyland Tokyo ni dan bagi sesetengah orang mungkin memerlukan sekurang-kurang dua hari untuk betul-betul puas bermain dengan semua atrraction kat sini.
Jangan lupa ikuti sambungan pengembaraan saya di Disneyland Tokyo yang mana saya akan kongsikan gambar-gambar menarik ketika Disneyland Parade yang penuh dengan warna-warni.
p/s : Saya pun tak tau kenapa ramai awek Jepun suka bergambar dengan Aino. Mungkin dorang tak pernah jumpa lelaki handsome yang berkulit gelap? Ataupun mungkin dorang idamkan lelaki berkulit gelap? Tapi apa-apapun ni bukan kali pertama awek Jepun nak bergambar dengan Aino.
28,322 total views, 1 views today
Wah memang best ni,
Imran recently posted…Hobi atas talian sebenarnya boleh menjana pendapatan jika anda berani mencuba.
hehehehe….awek jepun lawo2
Alin Marlini recently posted…Beli atau Buat Sendiri Biskut Raya?
[…] pengisian dan kualiti persembahan yang berbeza-beza setiap musim dan tempat. Ketika saya berada di Disneyland Tokyo, saya tidak melepaskan peluang untuk melihat apakah kelainan parade di […]
[…] kaki ke DisneySea Tokyo. Ramai yang keliru dan tak tau nak pilih di antara DisneySea Tokyo dan Disneyland Tokyo. Walaupun kedua-dua themepark berdekatan di antara satu sama lain, janganlah kita memilih salah […]
Assalam Bro..saya nk tanya ttg tiket…klu beli online perlu guna credit card jenis apa ye? master card dapat guna tak? thanks
Salam…kalau bawa makanan boleh ke kat Disneyland? sbb anak2 mesti cepat lapar..susah nk cari makanan halal..
bulan berapa kah sesuai ke disnlyand tokyo? bajet keseluruhan anda berapa