Setelah penat seharian berada di Japan Halal Expo, masih ada satu hari lagi di sini. Kali ni adalah masa untuk beberapa meeting di Jepun dan masa untuk shopping. Wah, takde la shopping sangat tapi sempat la cuci mata sikit-sikit. Alhamdullilah, pada hari tu cuaca sangat baik. Kalau pada hari sebelum-sebelumnya cuaca kat sini selalu hujan tapi pada hari tu awal-awal pagi lagi dah nampak cahaya matahari yang sangat cantik.

Pagi tu, saya dibawa ke destinasi meeting dengan menaiki teksi. Teksi kat Jepun ada beberapa jenis, cuma saya kurang pasti kenapa teksi ala-ala model lama ni menjadi pilihan. Walaupun teksi ni dari luar nampak macam oldschool, tapi kat dalam dia sangat lengkap dengan GPS dan macam-macam lagi.

makuhari02

Teksi yang dinaiki pada hari tersebut

makuhari03

Nampak macam old school tapi lengkap dengan GPS

makuhari04

Cuaca baik

Kalau nak tahu, kebanyakkan orang di Jepun kurang naik teksi. Dorang lebih gemar naik train ataupun basikal. Ini adalah kerana kos untuk naik teksi ni sangat mahal. Saya pun mula-mula fikir, kalau mahal pun takkan lah mahal sangatkan. Rupa-rupanya untuk perjalanan dari area Makuhari ke arah pusat bandar yang mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja dah berharga 8500 Yen iaitu lebih kurang RM250. Bayangkanlah kos banyak tu dalam tempoh perjalanan yang sekejap dan jalan tak jem.

makuhari05

Kedai pun belum buka

makuhari06

Ramai suka berbasikal

makuhari07

Langit biru yang cantik

Suasana di Jepun bila cuaca macam ni memudahkan untuk ambil gambar. Langit biru yang luas sentiasa mencantikkan gambar yang diambil. Awan pun kurang-kurang ada. Kalau di Malaysia, cahaya matahari yang terlalu panas biasanya menyebabkan gambar menjadi overexposure dan kurang cantik. Kalau buat shoot pre wedding time macam ni memang cantik.

Selepas meeting selesai, saya dibawa untuk makan tengahari. Oleh kerana tak banyak pilihan, saya dibawa makan sushi (Yay!). Lokasi makan sushi ni adalah di dalam kawasan Tokyo Station City. Tokyo Station City ni konsepnya lebih kurang macam KL Sentral tapi ada mall yang besar. Kebanyakkan train akan berhenti di station ini termasuklah Bullet Train Jepun iaitu Shinkansen. Oleh sebab tu, kawasan ni sangat sesak dengan orang tapi pada masa yang sangat sangat nampak meriah sebab banyak kedai-kedai yang menarik kat sini.

makuhari08

Banyak bangunan tinggi

makuhari10

Tokyo Station City

makuhari09

Berhadapan Tokyo Station City

makuhari18

Lagi bangunan di Tokyo

makuhari16

Diantara kereta kecil di dalam kedai Tomika

Saya tak pasti apa nama kedai Sushi yang saya makan tu sebab nama kedai tu ditulis dalam bahasa Jepun. Walau macammana pun, suasana makan sushi di Jepun dengan Sushi King di Malaysia sangat berbeza. Kat Jepun ni mereka tak makan banyak macam kita di Malaysia dan disebabkan itu semua portion makanannya kecik-kecik. Saya juga agak kekok apabila kebanyakkan sushi mereka terdapat wasabi yang banyak di dalamnya. Bila kita makan, baru kita terasa kepedasannya. Sungguh bermain dengan perasaan.

Selain tu jugak, kalau di Malaysia saya suka campurkan wasabi dengan Shouyu (Soy Sauce) bersama Nitsume (Kicap Manis). Tapi kat sini, mereka macam tak pernah dengar dan tahu apa itu Nitsume. Mungkin perkataan yang digunakan berbeza saya pun tak pasti. Tekak Melayu saya dah terlalu sukakan kicap manis sehingga saya rindukan Sushi King ketika di Jepun.

makuhari11

Sushi Time

makuhari13

Sushi oh Sushi

makuhari12

Pilih nak yang mana

 

Pada petang pula sebelum sambung meeting seterusnya iaitu bersama Ultraman, saya ada freetime selama lebih kurang 3 jam. Saya dibawa ke Harajuku untuk bershopping dan menghabiskan duit mana yang ada. Harajuku ni memang diantara kawasan yang saya sangat suka di Tokyo. Di sinilah syurga bagi barangan fesyen seperti baju, kasut, beg, topi dan macam-macam lagi. Oleh kerana ini adalah kunjungan ke 2 saya di Harajuku, so saya dah tau nak aim kedai apa.

makuhari21

Suasana di Harajuku

makuhari20

Daiso Jepun

makuhari19

Suasana di hadapan station Harajuku

makuhari17

Saya tak sabar nak cuci mata

Kawasan untuk bershopping di Harajuku ni memang sangat luas. Asalnya kita sanggup berjalan kaki, memang sah takkan duduk diam dengan keunikkan barang-barang yang dijual di sini. Harganya pula sebenarnya tidaklah terlalu murah tetapi kebanyakkan barangan kat sini adalah rare dan hanya boleh didapatkan di Jepun. Contohnya kedai yang menjadi kesukaan saya adalah Kicks Lab yang menjual pelbagai jenis kasut terbaru. Kasut seperti New Balance, Timberland dan Nike Air Max yang dijual di sini hanya boleh didapatkan di Jepun sahaja. Kedai Kicks Lab ni menyusun semua kasut secara bertingkat-tingkat dan membuatkannya nampak sungguh banyak pilihan.

makuhari22

Masih di Harujuku

makuhari23

Kedai kasut menjual New Balance

makuhari24

Kicks Lab yang best

nike

Diantara pilihan kasut Kicks Lab yang dijual secara online (http://store.kickslab.com/)

Kasut-kasut berjenama seperti ini sangat terkenal di Jepun kerana mereka mementingkan pemakaian kasut. Seperti yang saya maklumkan tadi, mereka perlu banyak berjalan setiap hari seperti menaiki train, tukar station train dan sebagainya. Jadi pemilihan kasut yang bagus amat dipentingkan kat sini.

Selepas selesai bershopping, saya meneruskan meeting bersama syarikat yang menerbitkan Ultraman iaitu Tsuburaya Production. Tak pernah terfikir yang saya berpeluang menjejakkan kaki di syarikat gergasi Jepun ni. Office mereka terletak di kawasan yang agak dalam sehingga saya terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke office mereka. Sempat juga saya bergambar bersama patung Ultraman kat sini.

makuhari26

Tsuburaya

makuhari25

Ultraman nak bergambar dengan saya

makuhari27

Siapa tahu ni Ultraman apa?

Alhamdulillah, selesailah trip saya ke Makuhari sempena Japan Halal Expo. Yang pasti, saya tak puas lagi berjalan-jalan di Jepun. InsyaAllah saya nak pergi sekali lagi ke Jepun pada tahun depan dan kali ni untuk berjalan-jalan pulak.copyright

8,941 total views, 7 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge