Alhamdullillah, belum sempat lagi saya habiskan penulisan saya ke Jepun pada beberapa bulan lepas, saya berpeluang ke Jepun sekali lagi tapi kali ini atas urusan kerja. Saya ucapkan terima kasih kerana memberikan peluang ni dan saya pasti pengalaman ke Jepun kali ini merupakan satu lagi pengalaman baru buat saya.

Sebelum saya bercerita lebih panjang, saya sekadar ingin mengingatkan kepada semua pembaca blog saya dan diri saya sendiri agar lebih berwaspada memilih kawan. Kawan gembira memang senang di cari, tapi kawan ketika susah dan sangat susah untuk dicari.

japanhalal_02

Perjalanan di Tokyo ketika waktu malam

japanhalal_04

Ketika menunggu bas

Objektif utama kali ini saya ke Jepun adalah untuk menguruskan acara Japan Halal Expo 2014 dan secara tak langsung mengumpulkan gambar serta video disepanjang acara tersebut. Tambah menarik lagi, watak Upin & Ipin dilantik sebagai duta Japan Halal Expo 2014. Flight saya ke Jepun adalah pada jam 2 petang hari Isnin (24 Nov) iaitu sehari selepas selesainya Karnival Upin & Ipin di PICC, Putrajaya. Perasaan kepenatan dan pening yang teramat sangat bercampur dengan perasaan teruja ketika berada di dalam flight. Belum lagi berada di awan, saya sudah meletapkan mata sebaik sahaja mendapatkan tempat duduk di dalam pesawat.

Setibanya di Haneda Airport sekitar jam 11.30pm, rakan niaga di Jepun dah pun menunggu saya di pintu keluar. Saya dibawa ke hotel dengan menaiki bas transit. Walaupun bas tu nampak macam bas biasa je, tapi tiket bas tu je berharga 1150 Yen iaitu lebih kurang RM33. Perjalanan ke hotel memakan masa lebih kurang 20 minit.

japanhalal_05

Pemandu bas membantu membawa beg ke dalam perut bas

japanhalal_06

Harga tiket bas


Hotel yang saya menginap bernama Hotel Spring Makuhari yang terletak di daerah Chiba. Kawasan Makuhari ni sangat berbeza dengan bandaraya Tokyo di mana kat sini kawasannya adalah seperti dipinggir bandaraya. Ianya terletak berhampiran dengan pantai dan yang menjadikan tempat ini terkenal adalah kerana di sini terletaknya Makuhari Messe iaitu sebuah bangungan convention yang sangat besar. Kebiasaannya pelbagai jenis konsert, autoshow dan persembahan diadakan di sini.

Walaupun Hotel Sprint Makuhari ni adalah berlevel 3 bintang, tapi bagi saya dah macam hotel 4 bintang. Hotel ni sangat muslim compliance di mana mereka memang menyediakan sejadah dan arah kiblat untuk solat. Mereka juga menyediakan makanan halal bagi muslim dengan menggunakan set dapur halal yang berasingan dengan masakan yang tidak halal.  Kos untuk menginap di sini adalah di dalam RM600-RM1000 untuk semalam. (Fuh~)

japanhalal_03

Rupa di dalam bilik hotel

japanhalal_07

Suasana pagi dari bilik hotel

Saya sarankan kepada sesiapa yang memang ingin ke Disneyland Tokyo bolehlah menginap di sini. Ini adalah kerana di kebanyakkan hotel kawasan Makuhari ni memang menyediakan bas transit ke Disneyland. Perjalanan dari Hotel ke Disneyland adalah lebih kurang 20 minit saja.

japanhalal_08

Pagi yang basah

Hari pertama saya di sini tiada aktiviti berkaitan kerja sangat. Saya ambil peluang ni dengan berjalan-jalan dikawasan sekitar untuk mencari apa yang menarik ada di sini. Ketika itu, di sini adalah musim hujan dan sejuk. Suhu pada siang hari adalah serendah 15°C dan pada malam hari pula boleh turun sehingga 8°C disamping hujan pada hampir setiap masa. Jadi tak heranlah kat mana-mana saya pergi ramai orang dah standby dengan baju tebal dan payung.

japanhalal_09

Musim hujan di sini

japanhalal_10

Tempat parking basikal

Belum lagi saya jumpa bangunan Makuhari Messe yang sepatutnya dekat dengan hotel, saya jumpa Outlet Park Makuhari terlebih dahulu. Kat sini adalah sama seperti JPO di mana banyak barang-barang berjenama dijual dengan harga murah. Fuh, nasib saya tak bawak duit banyak masa tu…  Saya habiskan masa dengan sekadar tengok-tengok apa yang ada kat sini. Diantara jenama yang ada adalah seperti Nike, Coach, Casio, Tefal, Levis dan banyak lagi.

japanhalal_13

Ada sale

japanhalal_14

Pusat Outlet yang terkenal di Makuhari

japanhalal_19

Kebanyakkan barang yang jual adalah untuk musim sejuk. Sangat banyak pilihan kat sini dan memang boleh rambang mata dibuatnya. Ada barang yang murah dan ada barang yang takdelah terlalu murah. Ianya lebih kepada keperluan dan kesesuaian masing-masing. Masa saya ronda-ronda ni, nampaknya ada lagi beberapa kawasan baru yang sedang dibina. Nampaknya nanti lagi banyaklah pilihan jenama kat sini.

japanhalal_18

Pelbagai pilihan pakaian baby untuk musim sejuk

japanhalal_17

Rekaan kasut Adidas yang berbeza

japanhalal_16

Sale! Sale! Sale!

japanhalal_15

Sale lagi!~

Masa jalan-jalan tu jugak saya tiba-tiba macam heran sekejap sebab terdengar suara Upin & Ipin. Saya tengok kiri dan kanan mana tau ada orang pakai ringtone suara Upin Ipin. Tapi saya lagi terkejut campur excited sebab suara tu sebenarnya datang dari skrin besar di Makuhari Plena iaitu bangunan pejabat berhampiran dengan station train Makuhari. Bayangkanlah dah berapa ramai orang Jepun yang dah dengar suara Upin Ipin tu cakap dalam bahasa Melayu ketika pergi dan balik kerja.

japanhalal_21

Video Upin & Ipin di Plena Makuhari

japanhalal_22

Kedai Makan India, Mantra

japanhalal_23

Perjalanan ke bandaraya Tokyo menaiki kereta

Tengahari di Makuhari saya menjamu selera di Mantra iaitu restoran makanan India. Bermula dari situ, semua bab makan disupport oleh bos. Jadi saya tak perlu sangat berjimat cermat seperti masa trip pertama kali saya dulu. Sekurang-kurangnya saya dah tak perlu fikir pasal makanan. Saya akan kongsikan menu makanan di Mantra ni pada post yang berbeza nanti.

Selepas makan tengahari, saya dibawa ke Upin Ipin Restaurant yang terletak di daerah Ebisu. Berbeza juga dengan trip saya yang lepas, kali ini perjalanan saya adalah menaiki kereta. Rasa sungguh terharu dapat menaiki kereta di dalam Tokyo sebab sebelum ini saya terpaksa berjalan kaki dengan sangat jauh untuk mengejar train dan mencari station. Kat sini, walaupun pukul 6pm dah gelap macam pukul 8pm. Maghrib di Tokyo adalah sekitar jam 4.30pm dan pada jam 6pm orang semua dah bersedia nak makan malam.

japanhalal_26

Tokyo Skytree pada waktu malam

japanhalal_28

Rekaan yang cantik sempena Christmas

japanhalal_29

Diantara pekerja Jepun yang sedang memberi tunjuk arah

Tapi sebelum saya sampai ke Upin Ipin Restaurant, saya dibawa ke Tokyo Skytree terlebih dahulu untuk melihat kedai cenderamata Ultraman. Oh, saya pernah sampai ke Tokyo Skytree ni dulu. Tapi kali ni saya sampai pada waktu malam dan suasananya adalah lebih cantik. Disekeliling Tokyo Skytree ni dihiasi dengan tema Christmas dan lampu-lampu yang sangat cantik.

Semasa berjalan mencari kedai Ultraman tu, saya sempat juga perasan beberapa poster Disneyland yang mengiklankan persembahan Frozen menjelang Christmas nanti. Ala… bestnya kalau dapat masuk Disneyland time-time macam ni.

japanhalal_30

Frozen menjadi kegilaan di sini

japanhalal_31

Ultraman Shop di Tokyo SkyTree

Akhirnya, jumpalah juga kedai cenderamata Ultraman. Tujuan datang ke sini adalah untuk membeli beberapa cenderamata Ultraman selepas keterujaan menyaksikan persembahan mereka di Karnival Upin & Ipin beberapa hari yang lepas. Walaupun kedai ni taklah terlalu besar, namun ianya menjual pelbagai merchandise Ultraman yang unik dan cantik. Nasib baik saya tak bawak duit banyak, kalau tak saya dah borong semua.

japanhalal_32

Banyaknya Ultraman

japanhalal_33

Siapa tahu apa nama Ultraman ni

japanhalal_34

Jam Ultraman pun ada

japanhalal_35

Cantikkan?

japanhalal_36

Ultraman terbang ada siling

Dari patung, bantal, jam tangan, baju, topi, botol air, beg sekolah semuanya ada dijual di sini. Dalam banyak-banyak Ultraman, nampaknya Ultraman terbaru iatu Ultraman Ginga nampak sangat cantik. Mungkin designnya yang sangat berbeza dan unik memberikannya looks yang sangat smart.

 Selepas selesai mencuci mata, detinasi seterusnya adalah ke Upin Ipin Restaurant yang berhampiran dengan kawasan Ebisu. Di sini restaurant  ini dipanggil “Ippin Restaurant” dan bukannya Kedai Makan Upin Ipin. Ippin di sini bermaksud sesuatu yang bagus atau “The Best”. Oleh itu “Ippin” digunakan bagi menyesesuaikan dengan masyarakat tempatan.

Yang menjadi keunikan utama kat sini adalah semua makanannya adalah halal. Dari daging ke ayamg semuanya di dapatkan melalui pengedar makanan halal. Diantara menu favorite kat sini pula adalah Teppanyaki, Nasi Goreng, Karaage dan macam-macam lagi. Dengar kata, mereka akan perlahan-lahan menyerapkan menu Malaysia seperti Mee Kari dan Nasi Lemak. Saya akan post kan gambar-gambar makanan di Ippin Restaurant ni pada post yang berbeza nanti.

japanhalal_37

Ippin Restaurant

japanhalal_38

Lukisan Upin & Ipin di dalam restaurant

japanhalal_41

Saya dihadapan kedai Ippin Restaurant

japanhalal_40

Bersama dengan beberapa staff Ippin Restaurant

Sampai situ sahaja perjalanan hari pertama saya di Tokyo untuk misi mencari makanan Halal. Pada keesokkan harinya barulah cabaran yang sebenar bakal bermula iaitu Japan Halal Expo 2014.

 

8,093 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

10 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge