Akhirnya hari yang ditunggu iaitu Japan Halal Expo 2014 telahpun tiba. Acara ni berlangsung di Makuhari Messe iaitu sebuah pusat konvensyen yang terkemuka di Jepun. Makuhari Messe ni sangat terkenal sehingga acara-acara besar seperti Japan Auto Show dan konsert-konsert juga kebiasaannya diadakan di sini. Japan Halal Expo ni sebenarnya adalah penganjuran tahun pertama dan ianya tidak pernah dianjurkan sebelum ni. Di sini, lebih dari 100 syarikat dari pelbagai negara mempromosikan produk halal masing-masing dari produk makanan hinggalah kepada produk kesihatan.

View_of_Makuhari-Messe_from_Nakase_2-chome_crossing

Makuhari Messe (Sumber Google)

halal01

Pintu masuk

halal02

Sesi pendaftaran

Japan Halal Expo ni berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama, acara pelancaran diadakan pada awal pagi di dewan utama dan dihadiri oleh media-media tempatan. Saya kagum menonton acara pelancaran mereka ni sebab semuanya sangat sistematik dan tersusun. Kalau di Malaysia, kebiasaannya media akan menuju ke depan pentas untuk mengambil gambar sesi pelancaran dan sebagainya. Berbeza dengan suasana di Jepun, media tidak dibenarkan berada di hadapan pentas, disebaliknya semua media mengambil video dan gambar dari hujung dewan dengan menggunakan zoom lens.

Tidak cukup dengan itu, semua media dan tetamu dilengkapi dengan alat bantu dengar yang membolehkan kita memilih bahasa apa yang ingin kita dengar ketika acara sedang berlangsung. Alat bantu dengar ini kemudiannya mempunyai fungsi yang membolehkan media merakamkan audio secara terus kepada kamera masing-masing tanpa perlu berjumpa dengan juru audio.

Advertisements
halal07

Suasana pelancaran

halal03

Sedang susun flyer

Les’ Copaque Production juga turut membuka booth pameran Restaurant terbaru di Jepun yang dipanggil “Ippin Restaurant”. Selain itu, rakan saya dari Upin Ipin Food juga membuka booth untuk memasarkan produk seperti Air Nata Upin Ipin dan banyak lagi. Ada kawan-kawan saya yang tanya, kenapa pula buka kedai makan di Jepun? Adakah sudah cukup yakin dengan perniagaan dalam sektor makanan hingga ingin buka di Jepun.

Jawapannya adalah peluang untuk ke pasaran Jepun dalam apa juga bentuk perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila peluang sudah di depan mata dan ianya menampakkan potensi yang besar, sudah pasti tidak akan dilepaskan. Saya sendiri melihat bagaimana reaksi orang-orang Jepun yang sangat menghargai karya animasi tak kira dari mana asalnya.

halal05

Booth pempamer sedang member penerangan

halal10

Suasana di dalam dewan

Bila nama Upin & Ipin diperkenalkan, sudah tentulah ianya agak baru bagi mereka. Tetapi yang pasti ianya membuatkan pengunjung serta media Jepun tertanya-tanya kenapakah Upin & Ipin begitu popular sehingga menjadi duta bagi Japan Halal Expo 2014. Tambahan pula, Upin & Ipin baru saja digandingkan dengan watak adiwira Jepun iaitu Ultraman. Dari situlah secara perlahan-lahan nama Upin & Ipin bermain-main di bibir mereka. Buat masa sekarang, saya tengok dah ramai media Jepun mula menulis mengenai Upin & Ipin. Sudah pasti ini sesuatu yang membanggakan.

halal04

Diantara produk makanan halal

halal14

Sos soya juga harus mempunyai logo Halal

Di Japan Halal Food 2014, kebanyakkan booth yang memasarkan produk makanan halal pasti akan menyediakan tester untuk para pengunjung. Dah tentu-tentu semua makanan ni halal, jadi saya pun testlah sampai kenyang. Semua makanan halal di Jepun akan mendapat jaminan Halal dari NAHA (Nippon Asia Halal Association). Walaupun agak banyak booth yang membuat pameran makanan halal, tapi secara peribadinya saya rasa masih susah untuk ceritakan mengenai lokasi makanan halal di Jepun.

Ini adalah disebabkan beberapa produk makanan halal yang dipamerkan masih tidak dipasarkan di lokasi-lokasi utama seperti di pasaraya atau 7Eleven. Ianya hanya boleh dibeli di beberapa daerah di Jepun sahaja. Ada juga beberapa pempamer yang memamerkan bahan mentah halal dan mencari syarikat lain untuk memproses bahan mentah tersebut. Jadi secara keseluruhannya, acara ni lebih kepada marketplace untuk pasaran makanan halal dan bukannya di mana boleh dapatkan makanan halal di Jepun seperti yang digambarkan.

halal15

Test semua makanan

halal13

Kanako Kimura, penyampai berita yang terkenal di Chiba

Selain dari tu, satu lagi yang menarik di event ni adalah maskot baru Upin & Ipin. Kalau nak tahu, maskot baru ni dibuat khas di Jepun khusus untuk Japan Halal Expo 2014. Jepun terkenal dengan pembuatan maskot dan kostum yang berkualiti tinggi. Tengok je lah anime dan cosplay mereka. Maskot Upin & Ipin baru ni direka lebih terperinci dan kemas. Penampilan pertama kali di Japan Halal Expo ni memang membuatkan semua orang excited termasuklah saya sendiri. Sepanjang pengalaman saya di Les’ Copaque, ini adalah maskot Upin & Ipin versi ke 3 yang pernah dihasilkan.

Kepada yang berada di Malaysia, jangan risau sebab maskot ini juga akan dibawa balik ke Malaysia dan diguna pakai untuk beberapa acara tertentu nanti.

halal12

Beberapa produk dan booth makanan halal

halal11

Test makanan lagi

halal06

Bersama maskot Upin & Ipin yang comel

halal16

Upin & Ipin bergambar bersama pempamer yang memakai pakaian kimono

Bersebelahan dengan Makuhari Messe, terdapat sebuah Aeon Mall yang terbesar di Jepun. Ianya adalah sepanjang 1.5km sekiranya berjalan dari hujung ke hujung mall. Saya sempat merasai pengalaman berjalan sejauh itu di dalam shopping mall Aeon ni. Wah, memang sangat jauh dan mall nya sangat besar. Mula-mula saya rasa kalau besarpun takkanlah besar sangat. Paling tidak pun besar sikit dari Pavilion atau Bukit Bintang. Tapi rupa-rupanya di dalam Aeon Mall Makuhari ni ada lagi Mall yang berbeza iaitu Active Mall, Grand Mall, Family Mall dan Pet Mall yang mana semuanya merupakan di bawah pengurusan yang sama. Oleh kerana tempatnya terlalu besar, pengunjung diberi buku panduan kedai yang sangat tebal sebagai rujukan.

makuhari_ground

Aeon Mall Makuhari merupakan yang terbesar di Jepun

halal17

Banyak kedai-kedai di dalam Aeon Mall

halal18

Gundam Cafe

halal19

Steam Locomotive, makan sambil tengok train mainan

halal20

Rekaan di dalam Steam Locomotive

 

Memang perlukan masa satu hari untuk habiskan berjalan di sini. Di antara kedai yang sempat saya singgah adalah Gundam Cafe, Nike, Crocs dan banyak lagi. Selain tu, di dalam Aeon Mall ni juga terdapatnya muzium “Toei Hero World-Namco Action Museum” yang menempatkan replika watak-watak terkenal dari Toei seperti Kamen Rider dan Power Rangers. Oleh kerana kesuntukan masa, saya hanya bergambar di pintu masuk muzium ni saja.

Di dalam Muzium ni saya nampak banyak replika-replika watak lain yang sangat details dan cantik. Selain tu juga saya nampak ada permainan interaktif dan kadang-kadang ada cosplay watak-watak ni datang untuk bergambar.

halal22

Toei Hero World-Namco Action Museum

halal23

Power Rangers

halal24

Replika yang dihasilkan dengan begitu cantik dan teliti

 

 10,264 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

8 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.