Assalamualaikum dan Salam dari Jepun.
Kali ni saya nak sambung semula Jalan-Jalan Jepun saya dan kali ni saya nak fokus kepada satu destinasi di Tokyo yang dipanggil Odaiba. Odaiba ni memang dah siap-siap dalam checklist saya sebelum sampai ke Jepun sebab di sinilah terletaknya patung Gundam bersaiz sebenar. Saya memang sangat excited sebab saya tak pernah tengok patung Gundam sebesar dan sedekat macam ni. Saya menaiki train untuk ke sana.
Sepanjang perjalanan di dalam train, saya nampak kawasan Odaiba ni macam kawasan baru yang sangat cantik dan luas. Saya melalui jambatan yang panjang yang mana dibawahnya adalah pantai. Banyak bangunan besar-besar tapi ianya tak berapa ramai orang seperti di Shibuya ataupun Harajuku. Saya sendiri menyamakan Odaiba ni adalah seperti Cyberjaya kerana kawasannya yang luas dan banyak syarikat-syarikat teknologi di sini. Salah satu bangunan yang sangat pelik dan kelihatan seolah-olah dalam cerita Cybercop adalah bangunan pejabat Fuji TV. Rekaan bangunan ni memang nampak sangat unik seolah-olah ianya adalah sebuah arca.
Di Odaiba ni ada beberapa shopping mall yang menarik seperti Aquacity Odaiba dan Leisureland tetapi perhatian saya hanya tertumpu pada Diver City Tokyo kerana di sinilah terletaknya patung Gundam. Shopping Mall ni sendiri dah memang menarik kerana kedai-kedai di dalamnya yang menjual pelbagai barangan yang unik dan menarik. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa, saya hanya sempat masuk ke dalam Diver City Mall sahaja.
Tak susah nak cari patung Gundam ni sebab ianya dah sedia menanti kita dipintu masuk Diver City Tokyo dan saiznya adalah setinggi bangunan. Memang sangat mengagumkan bila pertama kali saya melihatnya dengan mata sendiri robot. Setiap binaan pada badan robot Gundam ni begitu teliti dan cantik. Saya macam tertipu sekejap dan hampir mempercayai saya sedang berada di dalam anime Gundam. Model Gundam ini adalah RG 1/1 RX-78-2 GFT.
Memang pandai dorang buat patung Gundam ni sama macam dalam TV. Ramai juga orang yang datang bergambar kat sini masa saya sampai. Tapi oleh kerana patung Gundam ni sangat besar, jadi bila nak ambil gambar tak boleh ambil gambar dekat-dekat sebab kamera tak muat. Kenalah ambil dari jauh sedikit ataupun gunakan widelen.
Sedang saya sibuk bergambar, tiba-tiba patung Gundam ni bergerak sendiri. Memang sangat excited tengok dia bergerak dan berbunyi-bunyi. Gundam ni gerak sikit demi sikit pada beberapa bahagian utama seperti kaki, tangan dan kepala. Aksi pergerakannya adalah seperti baru menerima arahan dan seolah-olah mahu terbang. Sambil mengeluarkan asap ikut belakang badan dia, dah memang nampak macam nak terbang.
Rupa-rupanya, itu adalah diantara persembahan patung Gundam ni setiap hari. Kalau pada waktu malam, persembahan adalah melibatkan lampu-lampu dan video projection lagi. Memang boleh terleka kalau asyik tengok patung Gundam ni. Untuk menonton ataupun bergambar bersama patung Gundam ni tiada pembayaran yang dikenakan. Ianya adalah PERCUMA.
Saya sempat juga memperhatikan gelagat beberapa orang “otaku” Gundam yang mengambil gambar figurine Gundam di tiang lampu berhadapan dengan patung Gundam yang besar ini. Kiranya macam dorang nak bagi nampak macam kedua-dua robot tu adalah sama saiz bila dalam gambar nanti. Bila dorang dah balik saya pulak curi idea dorang dan ambil gambar Upin & Ipin bersama Gundam. Wah, Cantik kan?
Bagi peminat setia Gundam, berhampiran dengan patung Gundam ni ada juga Gundam Cafe yang menjual pelbagai merchandise Gundam. Di Jepun tak jangan risau kerana terdapat banyak kedai-kedai yang menjual merchandise Gundam.
Selain tu, di kawasan ni saya ternampak satu aksi yang saya tak pernah lihat di Malaysia. Ianya adalah aksi orang sedang mesin rumput sambil ada sorang lagi tugasnya adalah memegang pagar besi dan mengikut orang yang mesin rumput tu. Bila saya amati, rupanya fungi orang yang pegang pagar besi tu adalah untuk menghalang dari rumput-rumput yang sedang dimesin tu terkena pengunjung dan orang yang sedang lalu lalang kat situ. Sampai macam tu orang Jepun berfikir.
Disekitar Odaiba ni ada juga beberapa kawasan yang cantik dan waji dilawati. Diantaranya, adalah mini Statue of Liberty yang tak jauh dari situ. Walaupun ianya bukanlah seperti saiz sebenar Statue of Liberty yang terletak di United States, tapi ianya nampak sangat detail. Dibelakang Statue of Liberty tu pula adalah Rainbow Bridge yang menghubungkan Odaiba dengan Tokyo. Jambatan ni sangat unik dan menjadi salah satu diantara landmark penting di Jepun. Dengar kata kalau pada waktu malam lagi cantik kawasan ni.
Macam tu lah sedikit sebanyak pengalaman saya di Odaiba. Tempatnya sangat cantik dan sesuai untuk menikmati pemandangan. Rindu betul saya pada Jepun.
Jom Baca Entri mengenai “Jom Jalan-Jalan Jepun”
Jom Jalan-Jalan Jepun – Tokyo (Part 1)
Jom Jalan-Jalan Jepun – Tokyo (Part 2)
Jom Jalan-Jalan Jepun – Tokyo (Part 3)
Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari (Part 1)
Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari (Part 2)
Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari-Harujuku (Part 3)
Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan
11,978 total views, 1 views today
Menarik sangat.
Pembinaan gundam tue sangat detail.
Ingat kan just display dan statik sahaja kat situ.
Orang Jepun bila buat sesuatu mesti terbaik.
Azeni Ahmad recently posted…Petua Untuk Sakit Gigi: Hilang Sakit Tanpa Perlu Marah-Marah
dulu masa stay sana, patung Gundam ni tak wujud lagi..masa tu ada seagate city, lebih kurang cam amusement park.
JMR recently posted…Jangan bersedih dik.
[…] Jom Jalan Jalan Jepun : Odaiba https://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-odaiba/ […]
Keren- sekali patung gundam, kanya robot asli
Jadi pingin foto sama robot itu, keren2 fotonya kak, videonya asik juga.
Sonia recently posted…Karpet Rasfur Motif Bunga
orang jepun sangat cerdik kan? bandar ni memang sunyi ke?
rozita recently posted…Anak-anak bergembira di De Rhu Beach Resort