Assalamualaikum dan Salam dari Jepun.

Kali ni saya nak sambung semula Jalan-Jalan Jepun saya dan kali ni saya nak fokus kepada satu destinasi di Tokyo yang dipanggil Odaiba. Odaiba ni memang dah siap-siap dalam checklist saya sebelum sampai ke Jepun sebab di sinilah terletaknya patung Gundam bersaiz sebenar. Saya memang sangat excited sebab saya tak pernah tengok patung Gundam sebesar dan sedekat macam ni. Saya menaiki train untuk ke sana.

Gundam Statue Odaiba

Menaiki Train ke Odaiba

Tempat Menarik di Jepun

Kawasan Odaiba

Sepanjang perjalanan di dalam train, saya nampak kawasan Odaiba ni macam kawasan baru yang sangat cantik dan luas. Saya melalui jambatan yang panjang yang mana dibawahnya adalah pantai. Banyak bangunan besar-besar tapi ianya tak berapa ramai orang seperti di Shibuya ataupun Harajuku. Saya sendiri menyamakan Odaiba ni adalah seperti Cyberjaya kerana kawasannya yang luas dan banyak syarikat-syarikat teknologi di sini. Salah satu bangunan yang sangat pelik dan kelihatan seolah-olah dalam cerita Cybercop adalah bangunan pejabat Fuji TV. Rekaan bangunan ni memang nampak sangat unik seolah-olah ianya adalah sebuah arca.

Advertisements
Tempat Menarik di Jepun

Suasana yang panas tetapi berangin

Tempat Menarik di Jepun

Ini adalah bangunan Fuji TV

Tempat Menarik di Jepun

Diver City Tokyo

Di Odaiba ni ada beberapa shopping mall yang menarik seperti Aquacity Odaiba dan Leisureland tetapi perhatian saya hanya tertumpu pada Diver City Tokyo kerana di sinilah terletaknya patung Gundam. Shopping Mall ni sendiri dah memang menarik kerana kedai-kedai di dalamnya yang menjual pelbagai barangan yang unik dan menarik. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa, saya hanya sempat masuk ke dalam Diver City Mall sahaja.

Tak susah nak cari patung Gundam ni sebab ianya dah sedia menanti kita dipintu masuk Diver City Tokyo dan saiznya adalah setinggi bangunan. Memang sangat mengagumkan bila pertama kali saya melihatnya dengan mata sendiri robot. Setiap binaan pada badan robot Gundam ni begitu teliti dan cantik. Saya macam tertipu sekejap dan hampir mempercayai saya sedang berada di dalam anime Gundam. Model Gundam ini adalah RG 1/1 RX-78-2 GFT.

Tempat Menarik di Jepun

Patung Gundam yang tersergam dan berdiri tegak di hadapan Diver City Tokyo

Tempat Menarik di Jepun

Sungguh cantik patung Gundam

Tempat Menarik di Jepun

Texture dan bentuk yang sama macam dalam TV

Memang pandai dorang buat patung Gundam ni sama macam dalam TV. Ramai juga orang yang datang bergambar kat sini masa saya sampai. Tapi oleh kerana patung Gundam ni sangat besar, jadi bila nak ambil gambar tak boleh ambil gambar dekat-dekat sebab kamera tak muat. Kenalah ambil dari jauh sedikit ataupun gunakan widelen.

Sedang saya sibuk bergambar, tiba-tiba patung Gundam ni bergerak sendiri. Memang sangat excited tengok dia bergerak dan berbunyi-bunyi. Gundam ni gerak sikit demi sikit pada beberapa bahagian utama seperti kaki, tangan dan kepala. Aksi pergerakannya adalah seperti baru menerima arahan dan seolah-olah mahu terbang. Sambil mengeluarkan asap ikut belakang badan dia, dah memang nampak macam nak terbang.

Rupa-rupanya, itu adalah diantara persembahan patung Gundam ni setiap hari. Kalau pada waktu malam, persembahan adalah melibatkan lampu-lampu dan video projection lagi. Memang boleh terleka kalau asyik tengok patung Gundam ni. Untuk menonton ataupun bergambar bersama patung Gundam ni tiada pembayaran yang dikenakan. Ianya adalah PERCUMA.

Tempat Menarik di Jepun

Gundam dari belakang

Tempat Menarik di Jepun

Saiz kakinya yang sebesar orang dan kawasan sekeliling pula dipagar

Tempat Menarik di Jepun

RG 1/1 RX-78-2 Gundam Ver. GFT

Tempat Menarik di Jepun

Tengoklah betapa detailnya kaki Gundam ni

Tempat Menarik di Jepun

Kakinya sedang bergerak

Tempat Menarik di Jepun

Efek asap keluar dari belakang Gundam ni

Tempat Menarik di Jepun

Asap juga keluar dari depan dan ianya nampak sangat realistik

Only in Japan #japan #gundamstatue #gundam #divercitytokyoplaza #tokyo

A video posted by Mohd Zarin (@mohdzarin) on

Saya sempat juga memperhatikan gelagat beberapa orang “otaku” Gundam yang mengambil gambar figurine Gundam di tiang lampu berhadapan dengan patung Gundam yang besar ini. Kiranya macam dorang nak bagi nampak macam kedua-dua robot tu adalah sama saiz bila dalam gambar nanti. Bila dorang dah balik saya pulak curi idea dorang dan ambil gambar Upin & Ipin bersama Gundam. Wah, Cantik kan?

Tempat Menarik di Jepun

Peminat Gundam sedang mengambil gambar

Tempat Menarik di Jepun

Upin & Ipin pun nak bergambar dengan Gundam

Tempat Menarik di Jepun

Saya, Adang, Aino dan Hafiz bergambar di hadapan Gundam

Tempat Menarik di Jepun

Bersama Gundam

Bagi peminat setia Gundam, berhampiran dengan patung Gundam ni ada juga Gundam Cafe yang menjual pelbagai merchandise Gundam. Di Jepun tak jangan risau kerana terdapat banyak kedai-kedai yang menjual merchandise Gundam.

Selain tu, di kawasan ni saya ternampak satu aksi yang saya tak pernah lihat di Malaysia. Ianya adalah aksi orang sedang mesin rumput sambil ada sorang lagi tugasnya adalah memegang pagar besi dan mengikut orang yang mesin rumput tu. Bila saya amati, rupanya fungi orang yang pegang pagar besi tu adalah untuk menghalang dari rumput-rumput yang sedang dimesin tu terkena pengunjung dan orang yang sedang lalu lalang kat situ. Sampai macam tu orang Jepun berfikir.

Tempat Menarik di Jepun

Gundam Cafe menjual pelbagai jenis cenderamata Gundam

Tempat Menarik di Jepun

Only in Japan. Orang memegang pagar besi untuk menghalang rumput terkena pejalan kaki.

Disekitar Odaiba ni ada juga beberapa kawasan yang cantik dan waji dilawati. Diantaranya, adalah mini Statue of Liberty yang tak jauh dari situ. Walaupun ianya bukanlah seperti saiz sebenar Statue of Liberty yang terletak di United States, tapi ianya nampak sangat detail. Dibelakang Statue of Liberty tu pula adalah Rainbow Bridge yang menghubungkan Odaiba dengan Tokyo. Jambatan ni sangat unik dan menjadi salah satu diantara landmark penting di Jepun. Dengar kata kalau pada waktu malam lagi cantik kawasan ni.

Tempat Menarik di Jepun

Rainbow Bridge yang cantik

Tempat Menarik di Jepun

Adang bergambar dihadapan patung Statue of Liberty

Macam tu lah sedikit sebanyak pengalaman saya di Odaiba. Tempatnya sangat cantik dan sesuai untuk menikmati pemandangan. Rindu betul saya pada Jepun.

Jom Baca Entri mengenai “Jom Jalan-Jalan Jepun”
Jom Jalan-Jalan Jepun – Tokyo (Part 1)
Jom Jalan-Jalan Jepun – Tokyo (Part 2)
Jom Jalan-Jalan Jepun – Tokyo (Part 3)
Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari (Part 1)
Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari (Part 2)
Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari-Harujuku (Part 3)
Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan

 copyright

 11,978 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.