Alhamdullilah, akhirnya tercapai juga impian melihat suria pagi di Jepun. Ingatkan semalam tu mimpi je datang Jepun, rupanya betul-betul. Hotel yang saya tinggal di Tokyo, Jepun ni namanya adalah Khaosan Tokyo Ninja. Hotel ni merupakan sebuah hotel khusus untuk backpackers ataupun pelancong yang ingin tinggal lama di Jepun dalam mode budget. Hotel ni bukanlah hotel 5 bintang, tetapi semua kemudahan asas seperti bilik tidur, bilik air lengkap disediakan. Ruang biliknya tidaklah begitu besar dan hanya ada katil dan sebuah almari saja. Tiada TV dan bilik airnya adalah di luar dan harus dikongsi bersama orang lain.

Walaupun bunyi macam sedihje kan, tapi sebenarnya tak. Hotel ni sangat-sangat bersih dan selesa. Kiranya macam duduk asrama masa belajar dulu tapi kali ni asrama tu kat Jepun. Hotel ni juga merupakan salah satu pilihan yang datang bersama dengan pakej tiket penerbangan melalui Air Asia Go. Kos hotel ni selama 5 hari adalah sekitar RM400 yang mana sudah termasuk di dalam kos keseluruhan tiket penerbangan iaitu sebanyak RM1,100 untuk seorang. Murah kan?

*Saya tinggalkan tip memilih hotel melalui Air Asia Go diakhir blog ini.

japan015

Hotel Khaosan Tokyo Ninja

japan016

Kawasan di lobby hotel

japan017

Suasana di dalam bilik air kongsi

Cuaca pagi tu sungguh cerah dan sangat cantik. Walaupun ramalan kaji cuaca masa tu cakap mungkin akan hujan, tapi Alhamdullilah perkara sebaliknya berlaku. Sekali pandang, kaki-kaki lima mereka sungguh bersih dan cantik. Takde langsung sampah dan sangat tenang. Kalau pekerja angkat sampahpun pakaian mereka sungguh bersih. Saya berjalan kaki selama 10 minit ke train station terhampir dari hotel iaitu di Asakusabashi. Kami semua dah merancang nak pusing-pusing Tokyo dulu hari ni dan study dulu sistem train Jepun sebab lusa kami merancang nak ke Disneyland Tokyo pula.

japan018

Aino bersama lori bomba yang cantik

japan019

Signboard di Jepun

japan020

Suasana pagi di Jepun

japan021

Keadaan sungguh tenang

japan042

Cantik je pemandangan

japan043

Suasana jalan raya di Jepun

japan023

Station Asakusabashi

Seperti yang kita tahu, Jepun sangat terkenal dengan sistem trainnya yang banyak dan complicated. Kami semua ni dah pernah naik LRT kat Malaysia, takkanlah susah sangat nak beli tiket train di Jepunkan. Erm, tapi tak sangka bila sampai di kaunter tiket tu agak terkial-kial jugak nak beli tiket pada awalnya. Sebabnya sistem tiket tu adalah dalam bahasa Jepun dan kami masih perlukan masa untuk memahami simbol yang digunakan. Untuk sampai ke sesuatu tempat tu, lebih dari satu jenis train yang boleh sampai kat situ.

Tapi tak sangka, dalam pada tengah terkial-kial tu, ada seorang perempuan Jepun yang tengah tergesa-gesa mengejar train sambil menolak stroller babynya menawarkan bantuan untuk menolong kami. Dia pun tidaklah mahir sangat bahasa English tapi masih ingin membantu. Mungkin ni memang sikap orang Jepun yang memang akan cuba menolong orang lain. Kami pun ucapkan Arigato Gozaimasu tanda terima kasih.

Sistem tiket yang mereka gunakan adalah konsep ala-ala touch n go yang dipanggil Passmo.  Harga minimum untuk sekeping Passmo adalah RM150 yang mana bakal habis dalam tempoh 2-3 hari. Harga baki passmo ni akan muncul apabila kita tap untuk keluar di setiap station. Jadi kita boleh topup bila-bila kita rasa perlu, Kita juga boleh menulis nama sendiri pada kad Passmo ni ketika menggunakan sistem ini. Memang canggih.

japan022

Tanda arah pada tangga

japan024

Wanita Jepun membantu kami

japan025

Sistem tiket yang canggih

japan026

Memang keliru kalau tengok laluan train di Jepun

Selain dari sistem tiket, saya juga perasan dengan sistem tangga dan escalator mereka. Mereka akan berjalan betul-betul mengikut arah naik dan turun tangga. Seperti contoh, semasa menggunakan tangga kita kena sentiasa berjalan di sebelah kiri tangga. Bila menggunakan escalator pula, bagi yang ingin berdiri sahaja haruslah berdiri di sebelah kiri sebab nak kena bagi ruang orang berjalan di sebelah kanan. Perkara ni bukan main-main, sebab bila peak time ramai orang yang akan menggunakan sebelah kanan escalator sebab mereka nak bergegas tukar train. Kalau kita lambat, mungkin kita akan ditolak.

 

IMG_8932

Contoh antaramuka Google Map ketika di Jepun

 

Selain itu, salah satu benda yang penting lagi bila nak berjalan-jalan di Jepun adalah App Map. Kami menggunakan Google Map melalui iPhone untuk melihat train apa yang harus dinaiki untuk ke sesuatu tempat. Ketika berada di Jepun, App Google Map seolah-olah menambah beberapa info tambahan seperti harga tiket, train apa yang patut ditukar, berapa lama lagi harus berjalan kaki dan sebagainya. Jadi memang tak perlu risau kalau sesat atau tersalah naik train sebab kita boleh tukar semula train sebab sistem train mereka adalah centralize. Tapi jangan hairan, ada masa kita perlu menukar train dengan keluar station tu dan berjalan kaki selama 5 minit dan masuk semula ke station yang lain.

 

 

 

japan028

Pengawal yang sentiasa menjaga keselamatan

japan027

Suasana di dalam train

Destinasi pertama yang kami tuju adalah Tokyo Skytree yang merupakan diantara menara tertinggi di dunia. Ni kiranya macam kalau pelancong datang Malaysia, pergi melawat KL Tower. Jadi kali ni kita pergi melawat Tower dorang pula.  Tokyo Skytree ni sangat besar dan binaannya sangat cantik. Walaupun konsepnya seakan-akan KL Tower, tapi Tokyo Skytree memberikan pengalaman yang sungguh berbeza. Ketika beratur nak beli tiket pun dah ada satu perasaan eksklusif ketika berada diruang legarnya. Mana tak eksklusifnya, harga nak naik ke paras 350 meter sahaja dah RM60 untuk seorang. Dan bila dah berada di paras 350 meter, kita mempunyai pilihan untuk membeli tiket tambahan untuk naik ke paras 450 meter pula dengan harga tambahan sebanyak RM17. Mahukan pengalaman berharga punya pasal, jadi kami semuapun naiklah hingga ke tingkat paling atas.

japan029

Tokyo Skytree

japan032

Memang cantik Tokyo Skytree ni

japan030

Kaunter Tiket

japan031

Tiket yang saya berjaya beli

Kami semua bernasib baik sebab dapat juga membeli tiket untuk naik ke atas. Sebab dari kajian saya, kebiasaannya tiket akan cepat habis lebih-lebih lagi pada musim cuti. Tambahan pula, kadang-kadang mereka menetapkan masa bagi setiap pengunjung untuk berada di atas untuk memberi peluang kepada orang lain. Tapi nasib baik benda tu tak berlaku. Tiket Tokyo Skytree agak unik dengan setiap tiketnya menggunakan gambar yang berbeza. Kalau sesiapa yang minat untuk collect sebagai kenangan tu memang sangat sesuai. Sebelum naik lif, kami diberi penerangan keselamatan di dalam bahasa Jepun. Oleh kerana muka Aino nampak sangat macam bukan orang Jepun, jadi petugas pun memberi kad arahan dalam bahasa English. Jadi kenalah baca sendiri~

japan033

Kad Arahan keselamatan

japan045

Suasana dalam lif (ramai pulak warga emas)

japan035

Seorang pengunjung berselfie

japan036

Suasana di dalam Tokyo Skytree

japan034

Interactive Screen Information

Bila sampai di atas, saya tengok dah ramai orang masa tu. Aktiviti kat atas seperti yang dijangka adalah menengok-nengok apa yang ada di bawah. Memang sangat cantik pemandangan Tokyo dari atas. Tak perlu menggunakan kamera canggih pun dah boleh nampak bangunan kecik-kecik dan orang sedang berjalan kat bawah. Begitu pesat dan membangun bandaraya Tokyo ni. Kagum betul tengok. Kadang-kadang tu boleh terhayal tengok lama-lama kat bawah. Selain dari tengok-tengok kat bawah je, ada juga beberapa information skrin digital yang disediakan untuk memberi info kepada pengunjung. Kat sini informationnya dipaparkan dengan begitu interaktif dan cantik sekali.

japan037

Nampak ada bot dari atas

japan038

Dah macam copy paste dah bangunan dia

japan039

Nampak macam budak-budak sekolah

japan040

Ruangan untuk bergambar

japan041

Petugas sentiasa bersedia memberi info dan bantuan

Selain daritu ada juga beberapa spot yang dijadikan sebagai lokasi bergambar dan ada jurukamera yang membantu sekiranya inginkan perkhidmatan mereka. Pada paras 450 meter, saya rasa tiada perbezaan pemandangan dari  paras 350 meter. Cuma terdapat perbezaan pada lif yang mana mereka menggunakan kaca pada beberapa bahagian lif dan memberikan peluang kepada kita untuk melihat suasana luar ketika lif sedang naik ke atas. Terdapat juga satu segment pada paras ini yang menggunakan cermin sebagai lantai, dinding dan siling. Ruangan ini adalah untuk bergambar secara percuma. Kami sempat juga bergamabr kat situ. Setelah lebih kurang 2 jam berada di Tokyo Skytree Tower, akhirnya kami meneruskan perjalanan ke shopping mall bersebelahan.

japan044

Pemandangan pada paras 450 meter

japan047

Aino bergambar bersama peminatnya di Jepun

japan046

Saya dan Adang

japan048

Yeah, dapat bergambar kat sini (Tak tau apa nama tempat ni)

Destinasi seterusnya adalah untuk memenuhi impian Hafiz dan Adang yang menggilai Tomica. Kalau sesiapa yang taktau, Tomica ni adalah koleksi kereta-kereta kecil yang menyerupai rekaan sebenar. Kebanyakkan model-model terbaru dan unik agak susah nak didapatkan di Malaysia. Jadi ini umpama syurga bagi mereka berdua. Tomica di sini kebanyakkan sangat unik dan limited. Ada juga beberapa design yang direlease mengikut tarikh-tarikh tertentu. Selain tu ada juga yang dikeluarkan hasil kerjasama dengan Disney dan sebagainya. Tak kurang juga orang Malaysia yang memborong Tomica di Jepun dan buat bisnes di Malaysia.

japan049

Tomica Shop

japan050

Banyak pilihan Tomica

japan051

Tomica lagi

japan052

Hafiz memang excited sangat jumpa Tomica

japan053

Adang rasa macam taknak balik

japan055

Belanja gambar awek Jepun satu

Sampai  di sini saja perkongsian cerita bahagian ke 2. Hari pertama masih belum selesai lagi dan masih banyak cerita yang ingin dikongsikan. Sekiranya anda sukakan artikel mengenai Jepun ni, jangan lupa tinggalkan komen di bawah. Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

____________________________________

Tip Membeli Tiket di Air Asia Go

images (1)

 

1. Tengok promosi pakej deals terlebih dahulu.
2. Elakkan memilih tarikh semasa musim puncak
3. Untuk negara bermusim, harga adalah berbeza-beza mengikut musim. Cuba bandingkan tarikh dan harga semasa membuat booking. Walaupun bezanya adalah seminggu, tetapi kadang-kadang banyak perbezaan.

 

 

 

12,167 total views, 1 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

9 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge