Assalamualaikum semua. Bertemu sekali lagi dalam post mengenai jalan-jalan di Jepun yang panjang lebar ni. Kali ni, sebelum baca bahagian 3 ni, apa kata pergi bancuh milo dulu sebab bahagian kali ni lebih panjang. Kalau belum baca lagi bahagian 1 dan bahagian 2 saya galakkan baca dulu. Saya berada di Tokyo, Jepun lebih kurang 5 hari dan saya dah pergi ke beberapa tempat menarik yang wajib dilawati kalau ke Tokyo seperti Harujuku, Odaiba, Shibuya dan banyak lagi. Teruskan membaca.

japan056

Suasana santai di Jepun

japan059

Kedai Hello Kitty Japan

japan098

Saya beli apa ye

Makanan Halal

Sebelum kita berjalan-jalan lebih jauh lagi, saya nak bercerita sikit mengenai makanan halal di Jepun. Secara umumnya, di Jepun ni mereka jarang menghidangkan makanan berasaskan daging seperti ayam dan lembu (ataupun oink oink) melainkan ianya sudah tertulis ianya adalah daging ataupun sebagainya. Ini adalah kerana kebanyakkan makanan utama masyarakat Jepun adalah berasaskan makanan laut. Oleh itu, kita boleh makan makanan Jepun kat sini seperti Sushi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, cuba elakkan makan Sushi dengan sos atau kicap mereka kerana kebanyakkannya mengandungi sake (arak). Takde masalah sekiranya nak tanya mereka samada makanan tu mengandungi sake atau tidak. Sebab itulah, kalau tengok program “Jejak Zizan ke Jepun”, Zizan makan apa saja walaupun takde tanda halal. Tapi bukan tak bermakna di Jepun takde kedai berstatus halal. Ada tu memang ada. Cuma lokasinya agak jauh dan ianya terhad. Selain tu, makanannya juga adalah lebih mahal. Ada juga beberapa pilihan kebab arab yang dijual dibeberapa lokasi utama di Tokyo. 

Advertisements
japan102

Onigiri kegemaran saya

japan099

Pepper Lunch di Jepun

japan123

Vending Machine di merata tempat

 

Only in Japan #onlyinjapan #tokyo #japan #vendingmachine #drink #instavideo

A video posted by Mohd Zarin (@mohdzarin) on

 

 

Kalau kes saya pula, hari-hari saya makan onigiri (rice ball) yang saya beli di 7Eleven. Onigiri ni ada macam-macam perasa kat dalam seperti sayur, tuna dan kacang. Pada kebiasaannya saya beli 5-6 ketul onigiri dan spare dalam beg. Harga 1 onigiri ni adalah sekitar RM3. Selain tu, di Jepun ni sangat mudah untuk dapatkan air minuman sebab negara mereka amat mewah dengan vending machine. Mesin menjual minuman ni boleh kata ada disetiap 200m dan pelbagai pilihan minuman boleh dibeli. Dari air mineral, Kopi, Redbull hinggalah kepada air Coke, semuanya amat mudah untuk dibeli. Rata-rata air minuman dijual sekitar 100-200 yen iaitu sekitar RM3-RM6. Saya rasa vending machine ni adalah diantara perkara yang saya rindukan mengenai Jepun. Ada juga vending machine yang menjual alat-alat telefon dan ada juga vending machine yang menggunakan touch screen. Canggih betul~

japan061

Suasana petang di Ueno

japan062

Suasana di dalam station mall

japan063

Hard Rock Cafe Jepun

japan064

Suasana di Jepun

Sepanjang hari di Tokyo saya pergi ke satu tempat ke satu tempat lain adalah dengan menaiki train.  Memang tenang dan seronok tengok budaya negara orang. Saya juga pergi ke kedai Hard Rock Cafe Tokyo untuk beli barangan cenderamata. Saya pergi ke kawasan Ueno untuk mencari Hard Rock Cafe yang berhampiran. Tapi bila sampai di Hard Rock Cafe tu rupanya baju Hard Rock yang dijual bukan ditulis “Hard Rock Cafe Tokyo”, tetapi ditulis “Hard Rock Cafe Uyeno-Eki Tokyo”. Rupanya kalau nak cari baju yang ditulis Tokyo sahaja kena pergi ke butik lain pula. Semangat pula pekerja Hard Rock tu explain cara nak ke butik yang lagi satu walaupun ianya sangat jauh.

japan065

Tenang dan nyaman

japan090

Di Ueno

japan066

Kedai di kawasan Ueno

japan074

Train waktu petang

japan073

Suasana kedai-kedai di Jepun

japan075

Walaupun sibuk, tapi masih ramai yang menggunakan basikal

Berhampiran dengan Hard Rock Cafe Uyeno-Eki tu ada satu lorong yang menjual macam-macam barangan menarik. Dari jauh nampak sungguh meriah. Saya pun suka-suka je masuk lorong tu untuk cuci mata. Kat sini saya jumpa satu kedai kebab yang halal. Kebab kat sini ada pilihan ayam dan juga daging. Lapar gila punya pasal, 2 ketul kebab seorang makan walaupun satu kebab tu berharga RM15. Bermula dari situ, saya juga jumpa banyak kedai-kedai kebab yang lain di kawasan-kawasan utama.

japan089

Hafiz nak minum air Coke Jepun

japan122

Jualan Murah

japan069

japan071 Kedai Kebab Halal

japan070

Vending Machine air ada di mana-mana sahaja

japan097

Suasana santai, boleh naik basikal lagi

Harujuku

Salah satu tempat menarik untuk dilawati di Tokyo adalah Harujuku. Harujuku ni adalah kota fesyen dan budaya di Tokyo. Kat sini ada banyak kedai-kedai yang menjual macam-macam jenis pakaian dan kasut berjenama. Memang rambang mata tengok kalau kita ni memang peminat mana-mana jenama pakaian dan kasut. Di Tokyo ni mengikut pemerhatian saya, kebanyakkannya akan menitik beratkan pemakaian kasut. Mungkin sebab dorang selalu kena berjalan jauh dan bertukar station train setiap hari. Kat sini sangat terkenal dengan brand kasut seperti New Balance, Nike dan Asics. Tak kisah orang tu pakai smart macam mana sekali pun, kasut yang dorang pakai mesti jenis kasut sukan. Kalau peminat New Balance tu, kat sini bertingkat-tingkat dorang susun kasutnya dari lantai sampailah ke siling. Kat sini juga terletaknya kedai Nike terbesar di Jepun iaitu setinggi 3 tingkat. Kat kedai Nike ni kita boleh customizekan kasut kita sendiri. Aduh, pengsan jap~

japan110

Gerbang masuk ke Takeshita Street (Harajuku)

japan109

Station Harajuku

japan113

Suasana di Harujuku

japan112

Banyak pilihan pakaian

Kat sini jugak terkenal dengan tempat berkumpulan pemain cosplay. Pada kebiasaannya mereka berkumpul di sini pada setiap hari minggu dan membenarkan orang ramai mengambil gambar bersama. Tapi sayang, pada hari yang saya sampai ni takde pulak Cosplay. Mungkin disebabkan cuaca hujan rintik-rintik masa tu.

japan108

Adang dah macam orang Jepun

Yang kelakarnya, si Adang boleh jalan-jalan kat situ dengan pakai headband tulis “Study” dalam bahasa Jepun yang biasanya dipakai oleh pelajar Jepun sebelum exam. Kononnya macam tengah mood study dan nak fokus exam. Tapi rasanya, orang Jepunpun malu nak pakai. Tapi bila orang Jepun nampak Adang pakai headband tu, terus ramai yang menegur dia dan buat sign Good Luck Exam. Last-last, sepanjang hari Adang pakai headband tu.

japan107

Jersey Jepun yang dijual dengan harga ratusan ringgit

japan114

Kedai di Harajuku

japan119

Suasana di Harajuku

japan120

Adang bergambar di depan kedai Saloon

japan117

Banyak design beg yang comel

japan121

Kedai ni panjang betul orang beratur

japan124

Pelbagai pilihan kasut New Balance

japan118

Kedai Nike 3 tingkat

Shibuya

Shibuya ni adalah kawasan paling pesat di Jepun. Keadaannya seakan-akan kita pergi ke Bukit Bintang dan Pavilion. Di sini terletaknya banyak office syarikat tempatan dan antarabangsa. Kat sini juga banyak bangunan tinggi-tinggi dan orang lebih ramai tertumpu di sini. Di Shibuya, mereka amat mementingkan trend fashion dan style terkini. Kat sinilah baru boleh nampak orang-orang Jepun dan pelancong yang berpakaian brand mahal-mahal. Oleh sebab itu, setiap produk yang ikut season tu, akan dijual murah apabila season tu dah habis. Kiranya proses perubahan style tu berjalan sangat cepat kat sini.

japan126

Bangunan di Shibuya

japan127

Suasana orang melintas di Shibuya

japan129

Ada wartawan Jepun sedang menemuramah pengunjung

japan128

Suasana di Shibuya

japan093

Sanggup bergambar

Selain tu, kat sini juga kita boleh lihat sendiri Shibuya Crossing yang sangat terkenal di dalam filem-filem Jepun. Shibuya crossing ni adalah kawasan orang melintas di jalan besar dari 4 penjuru berbeza. Ye, bayangkan ada 4 penjuru jalan… dan bila lampu hijau semua orang berjalan nak cross ke 4 arah yang berbeza. Memang sesak sangat dan ramai orang. Oleh kerana lokasi ni sangat terkenal dengan kesesakannya, jadi disekeliling kawasan melintas ni banyak sangat billboard iklan yang berwarna warni. Selain tu, ramai yang mengambil peluang untuk bergambar di dalam kesesakan ketika orang lain melintas jalan. Tak kurang juga orang yang melintas beberapa kali di sini hanya untuk bergambar.

japan092

Shibuya crossing yang terkenal

japan086

Malam pon masih ramai orang

japan094

Tugu Hachiko juga terletak berhampiran Shibuya

Berhampiran dengan Shibuya Crossing, terdapat satu lagi lokasi terkenal iaitu tugu patung anjing Hachiko.Tuju ni adalah sempena memperingati anjing bernama Hachiko yang setia menunggu tuannya di train station kat situ. Walaupun Tuannya telah mati, tapi Hachiko masih menunggu Tuannya pulang di station ni setiap hari selama 11 tahun. Kisah kesetiaan anjing Hachiko ni sangat terkenal di Jepun sehingga pernah difilemkan.

Akihabara

Bagi peminat Anime, Gadgets, Kamera, Handphone dan segala-galanya berkaitan dengan teknologi, Akihabara lah  tempatnya. Akihabara terkenal dengan panggilan “Electric Town” dan menjual apa sahaja berkaitan dengan elektronik. Semasa berada di sini, salah satu misi saya adalah untuk mencari casing Sony Xperia Z2 saya. Alangkah gembiranya apabila dapat tengok lebih dari 100 pilihan casing Sony Xperia Z2. Kalau di Jepun, Sony merupakan salah satu handphone yang paling ramai orang guna. Dah tentulahkan, Sony kan berasal dari Jepun.

japan084

Salah satu kedai elektronik terkenal di sini

japan085

Kedai-kedai lain pun ada

japan079

Suasana di dalam kedai elektronik

japan078

Casing untuk Sony Xperia Z2 dan iPhone 5

Selain tu, kat sini juga adalah syurga bagi peminat kamera. Ada terlalu banyak jenis kamera dan accesories yang menjadi pilihan. Mereka juga turut menjual pelbagai jenis lens kamera yang mana kita boleh terus pasang dan cuba. Berbeza dengan di Malaysia, lens-lens ni tak diletak di bahagian rak kedai untuk dicuba. Selain tu, kamera berjenama Jepun iaitu Pentax juga mencuri perhatian saya. Saya mempunyai Pentax K-X berwarna putih dan tak sangka saya dapat melihat sendiri pilihan warna-warna yang lain di sini. Selain dari kamera, jam tangan berjenama Jepun juga sangat murah kat sini. Contohnya adalah seperti Casio, GShock dan Orient. Kalau nak shopping kat sini, jangan lupa sertakan sekali passport sebab kita akan menerima tambahan 10% lagi diskaun.

japan080

Ramai yang mencetak gambar di mesin

japan081

Pelbagai pilihan tripod dan monopod. Dah macam batang pancing.

japan082

Piihan lens kamera

japan083

Kamera Pentax yang berwarna warni

japan101

Pilihan jam Baby G

japan100

Pilihan jam GShock

Kat Jepun secara amnya, dorang suka print gambar di mesin-mesin cetak. Mesin-mesin cetak gambar macam ni pun memang ada kat Malaysia. Tapi di Jepun ni, pada sesuatu tempat tu, bukan ada satu atau dua mesin cetak saja… tapi ada berpuluh-puluh mesin cetak dan sekali pandang dah macam kawasan arcade games. Dorang akan betul-betul ambik masa yang lama untuk menghadap mesin cetak tu untuk pilih gambar dan print. Mesin ni pula menyediakan kemudahan untuk semua jenis handphone termasuklah Android dan iPhone.

Ok, walaupun dah panjang lebar ni, tapi masih ada beberapa lokasi best yang belum saya kongsikan. Saya saja simpan untuk blogpost yang seterusnya. Terima kasih kerana dah baca sampai habis post kali ni.

 

 41,178 total views,  5 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

8 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.