Selepas kejayaan Karnival Upin & Ipin pada tahun 2014 yang mengetengahkan watak-watak popular animasi 3D Upin dan Ipin, syarikat animasi Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. bakal menganjurkan Karnival Upin & Ipin 2015 pada 20 hingga 22 November 2015 di Dewan A, MAEPS, Serdang. Pemilihan lokasi baru tahun ini adalah berdasarkan dari fenomena luar biasa di Putrajaya ketika penganjuran tahun lepas. Lokasi pada tahun ini bukan sahaja lebih besar dan luas, malahan mempunyai kemudahan parkir yang banyak bagi menampung kunjungan pengunjung yang ramai.

Karnival Upin & Ipin 2015 bertemakan ‘Keajaiban Bermula’ akan menampilkan unsur-unsur magik dan fantasi yang akan melibatkan kesemua watak animasi dari Les’ Copaque Production. Karnival tahun ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu ‘Main Hall’ dan  ‘Magic Hall’ yang menawarkan pelbagai tarikan yang unik dan berbeza.

kui01

kui02

Diantara tarikan utama di ‘Main Hall’ adalah persembahan watak Upin dan Ipin yang pada tahun ini akan membuat persembahan silap mata istimewa “Pin Pin Pom”. Selain itu, sahabat sekelas Upin dan Ipin seperti Ehsan, Mail, Mei Mei, Jarjit, Fizi dan ramai lagi juga akan menyanyi dan menari di pentas utama.

Tidak ketinggalan persembahan istimewa watak Ara dan Aris dari animasi ‘Pada Zaman Dahulu’ di dalam misi mereka mencari Raja Rimba. Nantikan juga kemunculan kelima-lima watak Puteri Kerajaan Limau dari animasi ‘Puteri’. Tambah istimewa lagi, Ultraman Ribut, iaitu satu-satunya Ultraman dari Malaysia akan membuat penampilan buat pertama kalinya di karnival ini. Ultraman Ribut akan ditemani bersama 2 lagi Ultraman dan bakal membuat persembahan istimewa serta mempunyai beberapa kejutan buat peminat mereka di Malaysia.

kui03 kui04

Di ‘Magic Hall’ pula, setiap pengunjung boleh menonton persembahan ‘hologram’ dari watak-watak kegemaran mereka, menyaksikan tarian robot, bertemu ramah bersama Kak Ros, menjadi pelakon suara dan melawat kediaman Upin, Ipin dan keluarga di Rumah Opah. Setiap pembelian tiket ‘Magic Hall’, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan cabutan seperti percutian, smartphone, tablet, televisyen dan macam-macam lagi.

Tiket masuk Karnival Upin & Ipin 2015 dijual secara ‘online’ di www.upinipinstore.com untuk masa terhad sehingga beberapa hari sebelum Karnival tersebut berlangsung. Tiket-tiket juga akan dijual di pintu masuk Karnival.

Main Hall
– Persembahan Silap Mata Upin & Ipin Pin Pin Pom
– Mencari “Raja Rimba” bersama Ara & Aris
– Kisah Puteri Limau
– Persembahan Ultraman Ribut
– Boria Suka-Suka
– Perarakan Maskot
– Cabutan Bertuah untuk tiket Magic Hall

Magic Hall

– Replika Rumah Opah
– Tarian Robot
– Kak Ros “Saya Tak Garang”
– Pentas Hologram “Pencarian Karakter Animasi Terhebat”
– Upin Ipin 3D Mural
– Studio Rakaman Suara

Harga Tiket

Main Hall

Kanak-Kanak (7 hingga 12 tahun) = RM3
Dewasa = RM5
Warga Emas (60 tahun ke atas) = RM3

*OKU masuk percuma

Magic Hall

Kanak-Kanak (7 hingga 12 tahun) = RM10
Dewasa = RM35
Warga Emas (60 tahun ke atas) = RM10

*OKU masuk percuma

Karnival Upin & Ipin 2015 disokong oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bananana, TV9 dan HotFM. Untuk info lanjut, pengunjung boleh layari www.karnivalupinipin.com ataupun menghubungi 60355119112 / 60355110012.

4,086 total views, 2 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to Jom esok- Karnival Upin dan Ipin 2015. | Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge