Baru-baru ini Putrajaya telah diterangi dengan cahaya dan lampu-lampu dari bot-bot berhias sempena dengan acara Magic Of The Night 2015. Acara ini sememangnya dinantikan bukan saja oleh penduduk sekitar Putrajaya malahan dari negeri lain juga lebih-lebih lagi ianya pernah dianjurkan sebelum ini. Acara ini dianjurkan sepenuhnya oleh Ministry of Tourism and Culture Malaysia (MOTAC) dan dibantu oleh rakan penaja lain seperti Tourism Malaysia, Perbadanan Putrajaya, GayaTravel dan beberapa agensi yang lain.

Magic Of The Night 2015

Marina Putrajaya

Ini adalah kali pertama saya berada di acara Magic Of The Night dan ini adalah pengalaman sebenar saya. Sebelum ni, saya hanya melihat gambar-gambar saja tetapi kali ni saya datang dengan perancangan dan sasaran tertentu. Teruskan membaca.

Magic Of The Night 2015

Salah satu persembahan pada waktu petang

Magic Of The Night 2015 telah berlangsung di Marina Putrajaya selama 4 hari iaitu dari 28 – 31 Mei 2015 bermula pada jam 5 petang sehingga 11 malam. Selain berhajat untuk melihat bot-bot berhias, saya juga menyertai peraduan fotografi dan selfie yang juga turut dianjurkan oleh pihak penganjur. Manalah tahu ada rezeki.

Advertisements

Awalpun Magic Of The Night bermula seawal 5 petang, tetapi keajaiban sebenar hanya bermula sekitar jam 9 malam. Pada waktu petangnya, acara seperti persembahan busker dan penjualan makanan menjadi aktiviti utama. Setiap malam acara ini dirasmikan oleh VVIP yang berbeza. Dengan bertemakan Malam Keajaiban, beberapa watak dari animasi antarabangsa seperti Frozen, Snow White dan Mermaid diguna pakai oleh pihak penganjur. Watak-watak ini memakai pakaian ala cosplay dan menarik minat pengunjung untuk bergambar.

Magic Of The Night 2015

Peserta berpakaian seperti Frozen

Magic Of The Night 2015

Persembahan tarian

Magic Of The Night 2015

Persembahan pembukaan

 

Acara malam dimulakan dengan persembahan tarian oleh penari-penari dari Istana Budaya dengan bertemakan “Keajaiban”. Persembahan lagu tema juga turut dicipta khusus bagi acara in saja. Bagi saya persembahan ini agak menarik dan unik tetapi agak sukar ditonton dari sudut penonton biasa. Persembahan ini diadakan di atas platform yang diletakkan di atas permukaan air dan ianya betul-betul menghadap pentas VIP. Penonton yang berdiri di kiri dan kanan pentas mempunyai had pandangan yang terhad lebih-lebih lagi platform yang digunakan adalah sama dengan ketinggian permukaan air.

Magic Of The Night 2015

Diantara moment persembahan bunga api

Persembahan pembukaan ini diberi nama “Fantasia” dan memakan masa sekitar 10-15 minit. Ianya diakhiri dengan sedikit teaser dari persembahan bunga api yang akan dipersembahkan semula pada penghujung malam secara penuh.

Magic Of The Night 2015

Bot berhias dari Johor

Magic Of The Night 2015

Perbadanan Putrajaya

Magic Of The Night 2015

Pulau Pinang

Magic Of The Night 2015

Perlis

Persembahan bot berhias dikategorikan mengikut negeri-negeri dan beberapa kategori khas. Setiap bot negeri menggunakan elemen dan keunikan negeri masing-masing. Setiap bot berhias ni bergerak mengikut giliran dan setiap bot diperkenalkan oleh pengacara apabila melalui di hadapan VVIP.  Kebanyakkan bot menggunakan elemen haiwan serta budaya yang terdapat di negeri mereka.

Magic Of The Night 2015

Sabah

Diantara bot yang bagi saya paling cantik adalah bot dari Pulau Pinang , Sabah dan Tourism Malaysia.

Magic Of The Night 2015

Tourism Malaysia

Magic Of The Night 2015

Beberapa bot berhias sedang bersedia

Magic Of The Night 2015

Sampan

Diakhir perarakan bot berhias, satu lagi persembahan tarian dipersembahkan dan acara ditutup dengan persembahan bunga api yang berwarna-warni. Persembahan bunga api kali ini lebih lama dan sungguh cantik.

Magic Of The Night 2015

Perak

Magic Of The Night 2015

Persembahan Bunga Api sebagai penutup

Selain bertujuan untuk persembahan bot-bot ini juga sebenarnya akan diadili dan dipilih sebagai bot tercantik dan sebagainya. Pengunjung diberi peluang untuk mengundi bot kegemaran masing-masing. Saya pula mencuba nasib menyertai peraduan fotografi yang dianjurkan oleh MOTAC. Pertandingan fotografi ni bertemakan “Bot Berhias” dan tarikh tutup penyertaan adalah pada malam ke dua acara. Oleh kerana kesuntukan masa, saya sempat menghantar beberapa gambar untuk penyertaan. Walau bagaimanapun, gambar saya tak terpilih dan tidak disenaraikan sebagai pemenang. Mungkin takde rezeki dan banyak lagi yang saya perlu belajar untuk menyertai peraduan seperti ini. Saya dah tahu apa yang silap dan insyaAllah pada masa akan depan saya akan perbaiki lagi.

Walau bagaimanapun saya telah memenangi hadiah saguhati bagi kategori selfie. Saya bukan minat sangat selfie tapi bolehlah sekadar suka-suka.

Komen Peribadi

Saya berpendapat Magic Of The Night merupakan salah satu acara tahunan di Putrajaya yang unik dan harus diadakan lagi setiap tahun. Tetapi terdapat beberapa perkara yang saya rasa boleh diperbaiki seperti menyediakan tempat orang awam yang menonton ketika perarakan bot berhias ataupun persembahan. Kawasan sekeliling Marina Putrajaya sememangnya dah cantik dan sesuai dijadikan tempat bersantai sambil menonton. Mungkin kalau disediakan kerusi bertingkat seperti di dalam stadium lebih ramai orang boleh menonton dengan selesa.

Selain itu juga saya rasa pemilihan pakaian harus juga diteliti. Bukan saya, tapi terdapat beberapa makcik-makcik yang menonton sangat malu dengan pakaian penari lelaki Istana Budaya yang dari jauh seperti tidak berbaju. Rekaan costume mereka sangat pelik dan tidak mencirikan masyarakat etnik Malaysia. Satu lagi yang mengganggu saya adalah pemilihan watak-watak dari animasi barat seperti Frozen dan Snow White. Penggunaan watak animasi barat bukan sahaja tidak mencerminkan Malaysia, tetapi saya tak pasti macam mana pihak berwajib membayar hak cipta watak-watak tersebut. Tidak salah menggunakan watak animasi seperti Frozen bagi acara di sekolah ataupun di kolej, tapi saya rasa bukan di peringkat ini. Apa agaknya yang difikir oleh pelancong asing bila menonton aksi “Snow White” menyanyikan lagu tema “Magic Of The Night”.

Magic Of The Night 2015

Pakaian yang pelik

copyright

 2,910 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

  • Magic of The Night ni memang kagum!
    Macam mana julia tak perasan ye, tapi seriusly mmg menarik jika anak kecil tgk pasti tak habis2 tanya itu ini kan…zarin cantik gambar semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.