Bila sebut saja makanan kelantan seperti Nasi Kerabu ataupun Nasi Dagang fikiran saya terus teringat pada Kelantan Delights. Kalau dulu saya selalu berbuka puasa di Kelantan Delights Subang Jaya, tetapi kali ini saya diberi peluang untuk mencuba juadah berbuka puasa di Kelantan Delights cawangan Citta Mall. Saya dimaklumkan cawangan Citta Mall sebenarnya sudah hampir setahun beroperasi. Sebenarnya di Citta Mall ni ada banyak restoran-restoran makanan yang terkenal. Percaya atau tidak, kebanyakkan orang yang datang ke Citta Mall ni mesti nak mencari makanan. Jom kita tengok apa yang menarik di Kelantan Delights Citta Mall.

Kelantan Delights Citta Mall

Kelantan Delights Citta Mall

Kelantan Delights Citta Mall

Sebahagian ruang makan di dalam Kelantan Delights Citta Mall

Di sini ruang makannya dibahagi kepada 2 ruang iaitu di bahagian dalam dan di bahagian luar. Menu utama seperti nasi, kuih muih dan lauk pauk dihidangkan di bahagian dalam restoran ini. Manakala, menu lain seperti ikan bakar, laksam dan banyak lagi dihidangkan di bahagian luar. Bagi saya tak kisah duduk di dalam ataupun di luar, kedua-dua ruang ini sangat selesa dan mudah untuk mengambil makanan.

Memang menjadi kewajiban bagi menu makanan kelantan dengan pelbagai aneka juadah kuih. Di sini, ada banyak betul pilihan kuih dari yang saya kenal sehinggalah yang saya tak kenal. Diantara kuih-kuih yang ada kat sini adalah seperti kuih taik itik, jala emas, apam, kuih akok, pulut panggang dan banyak lagi. Semua kuih-muih ini disediakan di dalam portion yang comel-comel dalam sudu supaya senang nak makan sekali ngap je.

Advertisements
Kelantan Delights Citta Mall

Sebahagian pilihan kuih muih

Kelantan Delights Citta Mall

Jala Emas

Di bahagian menu berat ataupun menu utama pula, kita boleh memilih nak makan nasi putih, nasi dagang ataupun nasi kerabu. Terdapat banyak pilihan lauk pauk dan yang menjadi favorite saya adalah daging hitam dan sotong sambal. Selain tu memang tak sah kalau tak makan ayam percik kelantan yang berkuah pekat lagi sedap. Saya memang suka dengan ayam percik kelantan dari dulu lagi. Nasi kerabu saya pula memang tak lengkap tanpa daging bakar yang dimakan dengan air asam. Memang confirm sedap.

Kelantan Delights Citta Mall

Pelbagai pilihan lauk

Kelantan Delights Citta Mall

Daging masak hitam

Kelantan Delights Citta Mall

Ayam Percik Kelantan

Kelantan Delights Citta Mall

Ulam ulaman

Hidangan di Kelantan Delights ini sememangnya unik dan mengekalan resepi makanan melayu. Pelengkap untuk makanan utama sudah tentulah budu yang turut disediakan di sini. Di Kelantan memang tak sah kalau takde budu. Sekali sekala tu kita try juga la makan dengan budu, barulah terangkat sikit. Selain budu, tempoyak dan sambal belacan juga turut disediakan disamping pelbagai pilihan ulaman.

Kelantan Delights Citta Mall

Kerabu Seafood

Satu lagi menu sampingan yang menjadi kewajipan adalah kerabu. Di sini adalah lebih dari satu pilihan kerabu seperti kerabu pucuk paku, kerabu mangga muda, kerabu ikan bilis, kerabu seafood dan juga kerabu perut muda. Macam mana? Mesti dah terliur tu kan?

Kelantan Delights Citta Mall

Kerabu Ikan Bilis

Kelantan Delights Citta Mall

Miang Kam

Kelantan Delights Citta Mall

Nasi Ayam Herba

Kelantan Delights Citta Mall

Pecal

Kelantan Delights Citta Mall

Daging Bakar

Kelantan Delights Citta Mall

Kaunter makanan di luar

Pernah dengar Miang Kam? Ha, Miang Kam ni sebenarnya adalah makanan dari Thailand tetapi turut dihidangkan di sini. Miang Kam ni terdiri dari dari kaduk yang hampir serupa dengan daun sireh yang dimakan bersama dengan bahan-bahan lain. Sedap juga rasanya walaupun ada sedikit pahit.

Kelantan Delights Citta Mall

Pelbagai menu gorengan

Di bahagian luar, kebanyakkan kaunter makanan adalah berkonsep gorengan ataupun makanan tambahan. Diantara makanan yang dihidangkan di kaunter luar adalah Laksa, Laksam, Nasi Ayam Herba, Popiah, Ikan Bakar dan banyak lagi.

Harga bagi buffet ramadhan di Kelantan Delights Citta Mall adalah RM77 bagi dewasa dan RM38 bagi kanak-kanak.

Kelantan Delights Citta Mall

Ikan Bakar

Kelantan Delights Citta Mall

Ini nasi kerabu saya

Kelantan Delights Citta Mall

Laksam

Kelantan Delights Citta Mall

Kelantan Delights Citta Mall

Kelantan Delights Citta Mall

Bersama Chef Mus di Kelantan Delights Citta Mall

Terima kasih kepada Kelantan Delights terutama sekali Chef Mus kerana telah menjemput saya dan beberapa rakan blogger untuk mencuba menu istimewa di Kelantan Delights Citta Mall. Bagi yang ingin berbuka puasa di sini ataupun menjamu selera selepas bulan puasa nanti bolehlah datang ke alamat berikut:

Alamat :
Kelantan Delights Citta Mall
G 27, Ground Floor ,Citta Mall ,
PJU 1A ,Ara Damansara
No tel : 78316152

Harga Buffet Ramadhan
Dewasa : RM77
Kanak-kanak : RM38

Facebook : Kelantan Delights Citta Mall

 

 

 8,252 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.