BestFM merupakan siaran radio dari Johor dan sangat terkenal bukan saja di selatan tanahair malahan sehinggalah ke Kuala Lumpur. BestFM sebenarnya merupakan radio nombor 1 dalam kategori tempoh masa mendengar paling lama. Dengan kata lain, bila dah start dengar BestFM di saluran 104.1 memang dah taknak tukar siaran radio yang lain.

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Haiza dan Zairi

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Haiza berinteraksi dengan pengunjung

Saya sendiri sebenarnya peminat setia BestFM dan pernah sertai konsert Cita Citata Live @ Johor Bahru anjuran bersama BestFM. Bila waktu nak ke office tu, saya akan dengar Best Pagi bersama Aizairi iaitu gabungan Haiza dan Zairi manakala waktu petang balik kerja pula saya akan dengar suara Azieqa iaitu gabungan suara Azhar dan Ieqa. BestFM selalunya memutarkan lagu-lagu terkini disamping lagu-lagu retro dan 90an yang memang layan habis. Selain itu, kelainan radio BestFM adalah kerana penyampai radionya yang mempunyai gaya penyampaian dan suara sejati seorang penyampai radio. Mereka mempunyai lenggok suara dan attitude ketika sedang bercakap dan bukannya sekadar berbual kosong.

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Dah lama tak nampak Amy Mastura

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Masih mengekalkan suara

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Pengunjung di SACC Mall

Siri Jelajah Pentas BestFM merupakan salah satu aktiviti ground event yang dinanti-nantikan oleh pendengar setia BestFM. Siri ke dua ini telahpun bermula di Angsana Mall Johor Bahru, Kluang Mall Johor, Dataran Pahlawan Melaka dan yang terakhir adalah di SACC Mall Shah Alam. Kalau boleh saya nak turun di semua venue tapi saya hanya sempat melihat suasana Pentas BestFM ketika di SACC Mall Shah Alam.

Advertisements

Beberapa penyampai radio BestFM seperti Haiza, Zairi dan Eiqa turun padang bagi bertemu dengan peminat dan sekali gus menjadi pengacara bagi acara ini. Kalau selama ni asyik dengar suara je kan, sekali sekala tengok live depan mata memang sangat excited.

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Persembahan oleh artis Sony Music

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Cantik juga Proton Iris BestFM

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Proton Iris BestFM

Yang menariknya lagi beberapa orang artis dari Sony Music seperti Amy Mastura, Ary Klangit, Ifa Raziah dan Alif Satar turut mempersembahkan beberapa buah lagu. Beberapa hadiah turut diberikan kepada pengunjung yang bertuah.

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Ieqa penyampai segment Best Petang

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Haiza dan Iera berinteraksi dengan pengunjung

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Telatah Haiza ketika di pentas

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Zairi bergambar dengan peminat

Sesi bergambar dan berselfie memang tak dilepaskan oleh orang Shah Alam. Ramai betul peminat BestFM rupanya di Shah Alam ni. Ingatkan saya sorang je yang minat BestFM. Diharapkan selepas ni BestFM dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti seperti ini.

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Lagi sesi bergambar dengan peminat

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Eiqa juga bergambar dengan peminat

Bagi yang inginkan maklumat lanjut mengenai BestFM bolehlah layari laman web rasmi mereka di http://bestfm.com.my/ dan Instagram https://instagram.com/bestfmmalaysia/

BestFM “Terbaik untuk Harimu” !

 3,086 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.