Selama ni saya tak sangka ubi kentang merupakan salah satu makanan sihat dan sesuai untuk diet. Entah kenapa selama ni dalam pemikiran saya ubi kentang adalah makanan yang mengemukkan dan tak sihat. Kita selalu terbayangkan kentang goreng segera yang sedap di makan tetapi tidak sihat. Baru-baru ni saya didedahkan tentang kebaikkan ubi kentang dari Amerika Syarikat USA yang diyakini berkhasiat dan sesuai dijadikan sebagai sumber tenaga. Satu sesi bersama fitness blogger dan media telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby iaitu POWER UP WITH POTATOES.

Saya bersama beberapa orang rakan fitness blogger dan influencer yang lain disambut oleh jurulatih sukan dan kecergasan terkenal iaitu Noel Chelliah dan Kimbely Yap dari DailyMuscle Light House. Kimbely sendiri merupakan pemenang pingat emas triatlon dan bersetuju tentang khasiat ubi kentang di dalam diet dan kecergasan. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok apakah yang mereka ingin kongsikan berkaitan tentang khasiat ubi kentang.

Potatoes USA

Mr Noel dari DailyMuscle excited mengedarkan ubi kentang

Potatoes USA

Saya bersama Potatoes USA

POWER UP WITH US POTATOES USA

Secara asasnya Potatoes USA sendiri mempunyai khasiat lebih banyak dari makanan harian lain yang kita sangka lebih baik. Ianya mengandungi lebih banyak potassium dari pisang dan Potatoes USA mengandungi 0% fat. Ini bermakna ubi kentang sendiri tidak menggemukkan kerana tidak mempunyai kandungan lemak. Walau bagaimanapun, sebiji ubi kentang bersaiz sederhana mengandungi 100 kalori dan 26g karbohidrat. Namun begitu badan kita masih perlukan karbohidrat dan ubi kentang menjadi sumber yang terbaik kerana ianya tanpa lemak, tinggi dengan serat, membantu fungsi otot, kardiovaskular dan disamping khasiat yang lain.

Pengetahuan tentang jumlah kalori di dalam sebiji ubi kentang  perlu bagi membolehkan merancang jumlah pengambilan harian kalori.  Jadi janganlah makan sampai 6-7 biji pula. Tinggi dengan serat bermaksud ubi kentang membolehkan kita kenyang lebih lama dijika dibandingkan dengan pengambilan makanan rendah serat.

Potatoes USA

Potatoes USA Yukon Gold dan Round Red

Potatoes USA

Potatoes USA Russet dan Purple Blue

Potatoes USA sendiri adalah berkualiti dan segar walaupun ianya diimport dari Amerika Syarikat. Kesegaran ubi kentang ini juga dijamin pada ubi kentang versi segera yang tersedia untuk dimasak kerana mereka menggunakabn ubi kentang sebenar. Berbeza dengan ubi kentang segera yang lain, ianya sudah dicampur bahan lain agar mempunyai rasa lebih sedap dan tahan lama.

Terdapat 4 jenis ubi kentang Potatoes USA iaitu Russet, Purple, Yukon dan Round Red. Kesemua jenis ubi kentang ini boleh didapatkan dengan mudah di pasaraya-pasaraya di sekitar lembah klang.

Potatoes USA

Suasana ketika sesi penerangan

Potatoes USA

Noel menerangkan tentang kebaikkan ubi kentang

Ubi kentang adalah sejenis sayuran yang mengagumkan. Tak sangka dari makanan jenis sayuran seperti ubi kentang macam ni terdapat pelbagai kebaikkan. Jadi kalau banyak sangat kebaikkan ubi kentang, kenapa selama ni saya rasa ianya tidak sihat? Jawapannya adalah pada penyediaan ubi kentang tu sendiri. Kita dah terbiasa dengan resepi menggoreng ubi kentang di dalam minyak masak yang banyak sehingga garing. Ubi kentang yang panas-panas tu kemudiannya dicicah pula dengan sos cili. Fuh, sedap tu memang sedap… tapi ini lah yang tak sihatnya.

Pada hari tersebut, Chef Naem pengacara Dapur Panas TV3 menunjukkan 3 resepi sihat penyediaan Potatoes USA yang boleh dicuba di rumah. Chef banyak menggunakan bahan-bahan semula jadi dan memasak menggunakan air fryer. Kebanyakkannya juga Chef menggunakan olive oil atas tujuan melembabkan ubi kentang dan memudahkan adunan. Jom kita tengok Chef masak apa tu…

Potatoes USA

Chef Naem mula untuk masak menu sihat ubi kentang

Potatoes USA

Nampak sedap tak Chef masak tu

Potatoes USA

Chef Naem mensyorkan menggunakan Air fryer untuk menyediakan masakan sihat

Potatoes USA

Cara penyediaan makanan oleh Chef

Potatoes USA

Tomyam Ayam Hash Brown USA

Potatoes USA

On The Go Kentang USA

Potatoes USA

Smoothie Nangka Kentang USA

SEDAPnya Chef masak!

Diakhir sesi  POWER UP WITH US POTATOES USA ni tiba-tiba ada surprise untuk semua blogger. Kami semua kena melakukan sedikit fitness activity bersama-sama di dalam kumpulan. Bersesuaian dengan konsep Potatoes Power Up the Fit & Athletic, ubi kentang yang dimasak tadi akan menjadi salah satu menu recovery selepas workout nanti.

Aktiviti dipecahkan kepada 3 kumpulan dan masing-masing kena melakukan aktiviti workout secara bergilir-gilir. Walaupun ianya hanyalah aktiviti santai saja, tapi ianya memang betul-betul menyeronokkan.

Potatoes USA

Sesi workout bersama fitness blogger

Potatoes USA

Workout yang menyeronokkan

Potatoes USA

Workout berbeza-beza mengikut kumpulan

Potatoes USA

Bergambar bersama semua fitness blogger

Terima kasih kepada POTATOES USA kerana menjemput saya di dalam sesi POWER UP WITH US POTATOES USA ini yang sungguh bermanfaat. Lepas ni saya akan gunakan lebih banyak ubi kentang di dalam resepi diet saya

352 total views, 14 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge