Assalamualaikum semua,

Walaupun tak sampai seminggu kita menyambut Ramadhan tetapi dah banyak promosi mengenai pakaian raya di war-warkan. Salah satu promosi raya yang sedang hangat diperkatakan adalah promosi Gempak Raya bersama JAKEL yang menawarkan pakaian raya koleksti selebriti terkenal. Baru-baru ini telah diadakan masjlis pelancaran kali kedua di JAKEL Mall KL dan sekali gus mengadakan jualan harga runtuh dan lelongan.

Gempak Raya Jakel

Jakel Mall di Kuala Lumpur

Gempak Raya Jakel

Diantara selebriti JAKEL Aaron

Gempak Raya Jakel

Nabil bergurau bersama Che Ta di pentas

Diantara selebriti yang menjadi duta JAKEL pada tahun ini adalah Aaron Aziz yang telah menjadi duta JAKEL selama 3 tahun. Baju raya Aaron Aziz mempunyai cuttingnya tersendiri dan menyasarkan golongan lelaki dewasa. Manakala duta baru JAKEL pada tahun ini iaitu Nabil Ahmad pula adalah bagi golongan remaja. Baju Raya Nabil Ahmad adalah lebih berukuran slim fit tapi masih mengekalkan ciri-ciri baju melayu asli.

Koleksi pakaian raya Rozita Che Wan pula adalah khusus bagi golongan hawa yang ingin kelihatan cantik di pagi raya seperti Che Ta. Selain pakaian raya, Rozita Che Wan juga turut memperagakan koleksi tudung dari Ariani.

Gempak Raya Jakel

Nabil menggayakan baju melayunya

Gempak Raya Jakel

Mia Sara yang sungguh periang

Gempak Raya Jakel

Rozita Che Wan

Bagi kanak-kanak pula, JAKEL telah bekerjasama dengan Les’ Copaque Production bagi menerbitkan koleksi pakaian raya Upin & Ipin. Kerjasama pertama kali ini sebenarnya amat bersesuaian kerana banyak permintaan terhadap pakaian raya Upin & Ipin sebelum ini. Walaupun baru saja dilancarkan tetapi, pakaian raya Upin & Ipin mendapat sambutan luar biasa. Kebanyakkan pengunjung bukan membeli sepasang sahaja, tetapi lebih dari sepasang untuk anak mereka.

Keunikan Baju Melayu Upin & Ipin adalah dari segi set Baju Melayunya yang lengkap dengan butang baju melayu dan samping yang mempunyai gambar Upin & Ipin. Pada sesetengah design pula, terdapat gambar Upin & Ipin di poket baju melayu. Dengan 30 pilihan warna Baju Melayu Upin & Ipin serta harga yang sangat mampu milik, Baju Melayu Upin & Ipin kini dijual seperti goreng pisang panas.

Gempak Raya Jakel

30 pilihan warna Baju Melayu Upin & Ipin

Gempak Raya Jakel

Lelongan oleh Aaron Aziz dan Nabil Ahmad

Gempak Raya Jakel

Ramai betul orang ketika lelongan diadakan.

Selain dari Baju Melaya, JAKEL juga turut memperkenalkan baju kurung Upin, Rykal dan Mia Sara turut dijemput oleh JAKEL sebagai ikon kanak-kanak yang memperagakan koleksi pakaian raya Upin & Ipin.

Koleksi pakaian raya Aaron Aziz & Nabil Ahmad pula masing-masing dijual di dalam lingkungan RM200 bergantung kepada pilihan kualiti kain. Menurut JAKEL, pada tahun ini mereka menekankan pada kualiti kain dan jahitan. Ianya adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini dan kualiti kainnya mereka adalah terjamin. Saya sendiri dah mencuba baju Aaron Aziz dah setakat ini saya sangat suka dengan kualiti kainnya.

Gempak Raya Jakel

Ambil gambar selagi sempat

Gempak Raya Jakel

Mia Sara juga melelong Baju Melayu Upin & Ipin

Gempak Raya Jakel

Ramai betul orang masa ni

Gempak Raya Jakel

Dapatkan koleksi pakaian raya JAKEL

Bagi yang masih belum shopping raya, jangan lupa untuk dapatkan koleksi pakaian Raya di semua cawangan JAKEL seluruh negara.

Ingat KAIN, Ingat JAKEL!

11,048 total views, 2 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge