Konsert Jom Tonton ni merupakan anjuran MediaPrima yang julung-julung kalinya dianjurkan sempena dengan sambutan ulang tahun pertama Tonton. Konsert ni diadakan di perkarangan eCurve dan dibarisi oleh artis terkemuka tanahair. Walaupun lokasi di perkarangan eCurve tu tidaklah sebesar mana, namun ianya berjaya memuatkan pentas konsert Tonton dan beberapa booth penaja. Lokasi konsert ni saya rasa unik kerana eCurve seperti yang kita tahu sentiasa ramai orang lebih-lebih lagi pada malam minggu. Sesuai dengan target audiencenya, Konsert Jom Tonton 2017 ni juga mempromosikan pelbagai pakej menarik bagi langganan tahunan perkhidmatan Tonton.

Konsert Jom Tonton 2017

Pembukaan Konsert Jom Tonton 2017

Konsert Jom Tonton 2017

Persembahan oleh Kaka

Konsert Jom Tonton 2017

Nyanyian merdu oleh Sufian Suhaimi

Konsert Jom Tonton 2017

Moment bersama Kaka & Sufian

Walaupun Konsert Jom Tonton ni bermula pada jam 8 malam, tapi rupanya perkarangan eCurve dah mula meriah sejak jam 10pagi lagi. Pelbagai aktiviti sampingan dan persembahan menarik dah bermula pada siang hari. Diantaranya adalah persembahan Ayda Jebat dan ramai lagi artis. Sayangya saya tak sempat nak datang pada sesi siang kerana menumpukan pada konsert waktu malamnya. Pada sesiapa yang tak tahu, Konsert Jom Tonton 2017 ni ditaja oleh Dato’ Seri Vida dan dipanggil sebagai Queen of Tonton. Oleh itu, Dato’ Seri Vida turut tampil pada waktu siangnya mempromosikan produknya sampai beramah mesra dengan artis jemputan.

Konsert Jom Tonton 2017

Alvin Chong

Konsert Jom Tonton 2017

Ara Johari dan Ning Baizura

Konsert Jom Tonton 2017

Persembahan orang nogori Waris

Acara yang dinantikan iaitu Konsert Jom Tonton bermula pada jam 8 malam. Seperti yang dijangkakan perkarangan eCurve penuh dengan pengunjung yang tak sabar ingin melihat artis kesayangan mereka. Nasib baik saya dapat duduk dibarisan hadapan sekali dan dapatlah saya capture moments menarik disepanjang konsert ni berlangsung. Diantara barisan artis yang membuat persembahan adalah Elecoldxhot, Sufian Suhaimi, Kaka Azraff, Wany Hasrita, Ning Baizura, Bunkface, Ara Johari, Azlan & The Typewriter, Forteen, Juzzthin & ABON, Alvin Chong dan ramai lagi

Konsert Jom Tonton 2017

Azlan & The Typewriter

Konsert Jom Tonton 2017

Persembahan penutup oleh Bunkface

Amacam? Bestkan? Sekiranya anda ingin menonton video penuh Konsert Jom Tonton 2017 ni bolehlah tonton secara streaming di tonton.com.my

Sedutan Konsert Jom Tonton 2017


Apa yang menariknya pakej Tonton adalah kini kita boleh mendaftar sebagai VIP Tonton dan boleh menonton drama sebelum episod tu disiarkan di TV. Memang VIP betul!. Antara pakej VIP Tonton ni adalah bermula dari RM3 (Sehari), RM5 (Seminggu) dan RM96 (Setahun).

1,266 total views, 7 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge