Mendaki bukit adalah salah satu aktiviti riadah yang wajib dicuba walaupun sekali. Biasanya kita dengar orang mendaki bukit di luar kawasan bandar seperti di Hulu Selangor, Broga dan macam-macam lagi. Tapi siapa sangka rupanya terdapat satu lokasi unik untuk mendaki bukit yang terletak di Kota Damansara. Nama kawasan ini adalah Kota Damansara Community Forest. Seperti namanya, kawasan ini memang dijaga dan dipelihara oleh penduduk setempat. Oleh itu, trail untuk mendaki ke puncak telahpun dilabelkan dengan jelas bagi memudahkan pengguna. Selain sesuai untuk pendaki, nampaknya kawasan ni juga menjadi pilihan bagi penunggang basikal. Trailnya luas dan selamat untuk digunakan bagi sesiapa pun.

Bermula dengan perancangan awal, akhirnya berjaya juga saya dan seorang lagi kawan yang dah banyak kali menawan bukit Kota Damasara ini memulakan pendakian. Kami mula mendaki sekitar jam 7pagi dan ketika ini saya boleh katakan jumlah pendaki masih belum ramai lagi. Terdapat 2 pintu masuk iaitu berhampiran dengan sekolah dan satu lagi adalah berhampiran dengan taman permainan. Kedua-dua pintu masuk ini masih membawa pendaki ke puncak yang sama.

Bukit Kota Damansara Community Forest

Bersedia untuk mendaki

Bukit Kota Damansara Community Forest

Peta perjalanan ke puncak

Trail sepanjang pendaki boleh saya katakan bercampur dengan level senang dan susah. Namun begitu ianya tidaklah terlalu susah sehingga sukar untuk melepasi rintangan. Ada masa saya melalui jalan yang landai dan ada masa ianya berbukit. Keseluruhan perjalanan ke puncak adalah sejauh 2.3KM dan mengambil masa lebih kurang 1jam lebih bergantung kepada stamina seseorang. Trail pendakian ini boleh dikatakan selamat kerana ianya telah disediakan untuk orang awam beserta label dan panduan disepanjang pendakian. Bayangkanlah, saya tersempak dengan sekeluarga yang turut mendaki yang terdiri dari ayah, mak dan anak 3 hingga 4 orang yang rata-rata berumur sekitar 4 hingga 5 tahun. Dah rasa macam family outing saja.

Walaupun trail kat sini selamat dan tidak membahaya, namun saya nasihatkan agar berhati-hati supaya tidak tergelincir ataupun terjatuh. Berwaspada lebih baik sebelum berlaku apa-apa yang tidak diinginkan.

Bukit Kota Damansara Community Forest

Peta di kawasan Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara

Bukit Kota Damansara Community Forest

Label dan panduan arah

Lebih kurang jam 8.10am akhirnya saya tiba dipuncak. Memang terasa sangat penat namun ianya sangat berbaloi. Pemandangan dari puncak adalah pemandangan highway NKVE dari atas. Sejuk dan selesa betul perasaan berada dipuncak ketika ni. Di atas batu ni lah menjadi lokasi wajib dan trademark setiap kali orang datang mendaki kat sini. Namun begitu, saya nasihatkan supaya berhati-hati sebab tiada sebarang halangan atau tebing yang akan menahan kita sekiranya terjatuh ke bawah. Sentiasa berhati-hati dan beringat ketika bergambar.

Lebih kurang 30 minit selepas tu, makin ramai orang mula sampai ke puncak. Memang sangat meriah ketika ni sebab masing-masing excited nak bergambar ditepi tebing bukit ni dengan muka kegembiraan berjaya menawan bukit Kota Damansara ni.

Bukit Kota Damansara Community Forest

Pemandangan dari atas puncak

Bukit Kota Damansara Community Forest

Boleh nampak NKVE dari atas

Bukit Kota Damansara Community Forest

Bersama pelajar sekolah

Bukit Kota Damansara Community Forest

Group photo bersama semua pendaki

Jadi saya dah habiskan keseluruhan masa lebih kurang 3 jam untuk aktiviti mendaki bukit kat sini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pendaki yang sporting dan bergambar bersama-sama tempoh hari. Walaupun baru berkenalan sekejap je, tapi semangat untuk bergambar bersama.

702 total views, 8 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge