Selain membeli belah barangan dapur dan coklat yang murah-murah di Langkawi, pastikan tidak terlepas menjamu Laksa Ikan Sekoq bila berkunjung ke sini. Laksa Ikan Sekoq ni sebenarnya dah jadi makanan wajib bagi setiap pengunjung kerana ianya bukan saja sedap tetapi lokasinya yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang membuatkan ianya sangat mudah dikunjungi.

Laksa Ikan Sekoq

Kedai No 08

Laksa Ikan Sekoq

Berada di tepi jalan raya berhampiran dengan lapangan terbang

Laksa Ikan Sekoq

Suasana yang begitu redup dan nyaman

Di sini suasananya sangat selesa kerana berada di tepi pandai. Sambil menikmati laksa yang sedap, kita juga seperti dibuai oleh angin pantai yang nyaman. Sambil itu juga, sekali sekala kapal terbang mendarat di landasan dan secara tidak langsung menjadi bahan tontonan kerana bukan semua orang pernah melihat kapal terbang mendarat sehampir ini.

Di lokasi yang sama sebenarnya terdapat beberapa gerai yang lain. Hampir kesemuanya menjual laksa dan beberapa menu minuman petang yang lain seperti cendol dan sebagainya. Saya sudah mencuba hampir kesemua kedai laksa di situ dan setakat ini saya rasakan, Laksa Ikan Sekoq adalah yang terbaik. Kuahnya sedap dan cukup rasa. Seekor ikan yang turut dihidangkan di dalam pinggan yang sama menjadi pelengkap menu petang saya di Langkawi.

Advertisements

Selain laksa, di kedai yang sama juga turut menjual cucur udang yang sedap.

Laksa Ikan Sekoq

Cucur Udang yang sedap

 

Laksa Ikan Sekoq

Laksa Ikan Sekoq

Baca Mengenai
Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner
Murtabak Cheese Terbaik
Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya Zailan

copyright

 12,783 total views,  2 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.