Kepada peminat Star Wars ini adalah masa yang amat sesuai untuk berkunjung ke Legoland Malaysia. Bersempena dengan Star Wars Day, Legoland Malaysia menganjurkan bulan Star Wars pada sepanjang bulan Mei dengan pelbagai aktiviti menarik buat peminat sejati Star Wars dan Lego. Bermula dari 7 & 8 Mei 2016, Star Wars Special Parade telah diadakan dengan dibarisi oleh lebih dari 90 karakter Star Wars dari 501st Legion seperti Stormtroopers, Darth Vader dan banyak lagi.

Perarakan yang bermula dari luar pintu masuk Legoland Malaysia ini bermula seawal jam 9pagi dan kemudiannya berarak masuk dan berhenti beberapa check point di dalam Legoland sebelum berakhir di Star Wars Miniland. Memang ramai betul orang menanti kemunculan watak-watak Star Wars ini dari awal lagi. Saya sendiri sangat excited sebab tak pernah melihat parade seperti ini dari jarak dekat.

Lego Star Wars Day Legoland

Lego Star Wars Day Legoland

Lego Star Wars Day Legoland

Star Wars Parade bermula

Lego Star Wars Day Legoland

Lebih 90 watak Star Wars berkumpul

Lego Star Wars Day Legoland

Diantara pemakai kostum kanak-kanak

Perarakan oleh 501st Legion juga sebenarnya sangat istimewa kerana ianya terdiri dari pemakai kostum Star Wars dari negara-negara lain seperti dari Indonesia dan Singapura. Semua pemakai kostum ini berkumpul dan berarak dengan berlatarkan lagu Imperial March yang sangat sinonim dengan Darth Vader. Selain dari tu, apa yang membuatkan perarakan ini sangat menarik adalah pemakai kostum dari golongan kanak-kanak yang sangat comel dan mencuit hati. Tak padan dengan kecik, mereka turut berpakaian seperti Darth Vader serta Princess Leia. 

Sebaik saja parade selesai, keterujaan saya diteruskan dengan melawat Star Wars Miniland yang mempamerkan pelbagai set Lego Star Wars dari babak filem. Setiap set Lego Star Warsnya disusun dan diatur begitu teliti sehingga ianya menggambarkan suasana sebenar seperti di dalam filem. Beberapa Lego juga digerakkan secara automatik bagi memberikan mood interaktif dan nampak “hidup”.

Lego Star Wars Day Legoland

Smartnya Stormtroopers ni

Lego Star Wars Day Legoland

Diantara lego di Star Wars Miniland

Lego Star Wars Day Legoland

Sungguh details dan cantik

Selain dari perarakan, salah satu elemen tarikan lain adalah aktiviti memasang lego secara besar-besaran iaitu The World’s Largest LEGO Millennium Falcon. Aktiviti memasang lego ini diketuai oleh LEGO Master Builder Dunia iaitu Dan dan Chris Steininger yang merupakan pasangan bapa dan anak. Millenium Falcon ni dibina selama 30 jam dan seberat 500kg.

Apa yang seronoknya, kita bukan saja boleh melihat Millennium Falcon ini dipasang malahan dapat juga membantu bersama-sama dengan menyumbangkan kepingan lego yang kita pasang sendiri. Menarikkan?

Lego Star Wars Day Legoland

Millenium Falcon

Lego Star Wars Day Legoland

Diantara penyertaan MOC

Lego Star Wars Day Legoland

Rekaan kreatif di antara penyertaan MOC

Lego Star Wars Day Legoland

Seolah-olah satu scene yang ceria

Buat peminat fanatik Lego dan Star Wars pula, peraduan MOC ataupun My Own Creation dianjurkan khusus buat mereka. Peraduan ni sebenarnya memberi peluang kepada peminat Lego menghasilkan set Lego Star Wars secara kreatif dan terbuka. Penyertaan diterima dari pelbagai negara termasuklah dari Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Taiwan dalam 3 kategori berbeza iaitu kanak-kanak, keluarga dan dewasa.

Kesemua penyertaan MOC ni diadili sendiri oleh pegawai Legoland serta Lucas Art. Semua hasil rekaan MOC memang cantik dan unik. Tahniah kepada semua pemenang.

Lego Star Wars Day Legoland

Proses mengadili penyertaan MOC

Lego Star Wars Day Legoland

Pemenang kategori keluarga MOC

Aktiviti berkaitan Star Wars akan diteruskan lagi sepanjang bulan Mei ini dan kanak-kanak yang berpakaian seperti karakter Star Wars akan dapat masuk secara percuma. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti bersama Star Wars dan berpeluang mendapat lego brick Star Wars Day secara percuma.

Untuk info lanjut layari https://www.facebook.com/LEGOLAND.my/

Give Away !!

 

Siapa nak koleksi Lego Star Wars Micro Fighter (bernilai RM50) dan brick Duplo Lego Star Wars Day(Edisi Terhad) ini secara percuma?

legoland17

Tinggalkan komen di bawah kenapa saya perlu bagi anda set Lego ini. Give Away ini akan ditutup pada 21 Mei 2016.

Video YouTube

SUBSCRIBE YouTube Channel Http://mohdzarin.com/YouTube

3,651 total views, 4 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

4 CommentsLeave a comment

  • Saya hanya mahukan Duplo Brick Star Wars Day tu sahaja tanpa set Microfighter tu kerana saya peminat MohdZarin.com

  • Saya perlu yakin yang saya akan terpilih kerana tanpa mz saya takkan pernah terfikir untuk sampai ke tempat yang telah mz travel. Jadi tolonglah pilih saya. Tq mz… ???

  • Assalamualaikum,
    Kenapa perlu bagi saya set lego ini kerana menggembirakan orang lain satu amalan mulia, dengan pemberian ini bukan saja En. Mohd Zarin dapat gembirakan saya tetapi anak buah saya yg kiut baru saja sambut birthdaynya. Jadi pilihlah saya sebagai penerimanya. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.