Lisa Surihani iaitu personaliti terkenal tanahair baru-baru ni diangkat menjadi Duta UNICEF Malaysia. Lisa yang merupakan seorang ibu dan sangat sukakan kanak-kanak sangat bersesuaian untuk memikul tanggungjawab ini. Menurut wakil UNICEF Malaysia, pemilihan Lisa Surihani sebagai Duta UNICEF adalah kerana mereka melihat Lisa sebagai ikon dan public figure yang sangat ideal untuk mempertahankan hak kanak-kanak. Lisa bukan saja bijak, petah bercakap tetapi Lisa juga diantara personaliti yang sentiasa membawa imej yang baik dan sopan.

Lisa yang sedang hamil anak ke dua ketika majlis pelancaran tempoh hari, turut berkongsi pendapatnya mengenai kesedaran di kalangan masyarakat di dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk kanak-kanak.

Lisa Surihani sebagai Duta UNICEF Malaysia

Lisa ketika sesi soal jawab media

Lisa Surihani sebagai Duta UNICEF Malaysia

Lisa berkongsi pendapat mengenai hak kanak-kanak

Lisa diikat sebagai Duta UNICEF Malaysia untuk tempoh 2 tahun tetapi Lisa sendiri berharap ianya adalah untuk jangka masa yang panjang. Sebelum ini Lisa dilihat aktif menyertai kempen-kempen serta memberi ceramah berkaitan kesedaran dan pelindungan kanak-kanak. Dengan pelantikkannya sebagai Duta UNICEF Malaysia, bakal memberi Lisa lebih peluang untuk lebih aktif dan berkongsi suara mengenai hak kanak-kanak.

Advertisements
Lisa Surihani sebagai Duta UNICEF Malaysia

Lisa menyempurnakan gimik pelancaran

Lisa Surihani sebagai Duta UNICEF Malaysia

Gimik pelancaran merupakan lukisan wajah Lisa Surihani

Lisa Surihani sebagai Duta UNICEF Malaysia

Lisa Surihani bersama kanak-kanak

Selain Lisa Surihani, Upin & Ipin juga adalah Duta UNICEF Malaysia semenjak 3 tahun yang lalu. Tahniah kepada Lisa Surihani kerana dilantik sebagai Duta UNICEF Malaysia. Semoga tanggung jawab ini dapat ditunaikan dengan baik dan sempurna.

 5,009 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.