Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama rasanya saya tak bercuti-cuti dan melancong. Alang-alang saya berada di Bandung untuk Tahura Trail Run 2018, jadi saya luangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan menikmati keindahan alam di Bandung. Tak jauh dari Taman Hutan Raya Bandung, The Lodge Maribaya Bandung ni terletak di Jalan Maribaya, Bandung Barat. Saya memilih untuk ke sini kerana tempatnya yang sungguh cantik dan orang kata sungguh “Instagramable”. Saya ke sini menaiki kereta sewa kerana lokasinya yang agak dalam menyebabkan tiada perkhidmatan Grab ataupun Uber.

Tak sangka saya rasa sungguh bertuah pada hari tu sebab keadaan di sini tidak terlalu sesak dan ramai orang. Saya dimaklumkan The Lodge Maribaya Bandung ini kebiasaanya sesak pada hari minggu dan cuti. Nasib baiklah saya datang pada hari Isnin.

The Lodge Maribaya Bandung

Kaunter pembelian tiket

The Lodge Maribaya Bandung

TIket masuk berupa akses kad

Tiket Masuk The Lodge Maribaya

Tiket masuk tidaklah terlalu mahal, hanyalah 20 ribu rupiah (~RM5) seorang pada hari biasa, 25 ribu rupiah (~RM7) seorang pada hujung minggu dan 35 ribu rupiah (~RM10) pada hari cuti umum. Jadi kalau nak datang tu memang kena rancang betul-betul supaya dapatkan harga termurah sekali. Tapi kalau nak difikirkan apalah beza sangat RM5 dan RM10 tu kan? Kalau nak tahu kenapa, teruskan baca sehingga habis artikel ini.

Advertisements

Saya menerima tiket berupa akses kad yang hanya digunakan sekali sahaja untuk masuk dipintu utama The Lodge Bandung ni. Ohya sebelum saya terlupa, drone tidak dibenarkan digunakan di kawasan ni. Amaran ini jelas dipaparkan dipintu masuk utama.

The Lodge Maribaya Bandung

Pintu masuk ke The Lodge

The Lodge Maribaya Bandung

Pintu masuk ke kawasan utama

Tarikan di The Lodge Maribaya

Bila saya menjejakkan kaki saja ke dalam kawasan utama saya terus kagum melihat kawasan sekeliling. Suasananya sungguh berbeza seolah-seolah melangkah ke dunia “ewok”. Kebanyakkan tarikan utama kat sini direka seperti pondok dan dibina dilereng bukit serta pokok. Pemandangan hijau sungguh nyaman dan menyegarkan lebih-lebih lagi cuaca yang sejuk dan berangin. Saya boleh habis beberapa minit hanya dengan menikmati scenery di sini.

Terdapat hampir 7 photo spot di sini yang merupakan sebab utama pengunjung datang ke The Lodge Maribaya. Tapi sebelum saya boleh bergambar di setiap spot ni rupanya saya harus membeli tiket lagi. Tiket disetiap spot dijual dalam lingkungan 15ribu – 20ribu seorang. Yelah, dah alang-alang sampai takkan taknak beli dan bergambar.

The Lodge Maribaya Bandung

Pemandangan keseluruhan dari atas

The Lodge Maribaya Bandung

Boleh nampak semua aktiviti dari atas

The Lodge Maribaya Bandung

Tiket photo spot

The Lodge Maribaya Bandung

Info untuk pembelian gambar

Disetiap spot terdapat jurugambar yang bersedia mengambil gambar kita tak kiralah kita berhajat untuk membeli gambar ni ataupun tidak. Ohya bila cakap pasal beli gambar, setiap gambar yang diambil oleh jurugambar rasmi boleh dibeli dipintu keluar dan didownload secara digital. Setiap gambar yang ingin dibeli, dijual dengan harga 10 ribu rupiah. Mula-mula saya tak berhajatpun nak beli gambar dari kamera jurukamera rasmi sebab saya pun bawa kamera. Tapi oleh kerana setting dan setup kamera mereka lebih proper jadi akhirnya saya beli juga sebab saya percaya gambar mereka lebih cantik.

The Lodge Maribaya Bandung

Official photographer

The Lodge Maribaya Bandung

Pengunjung lain sedang bergambar

The Lodge Maribaya – Sky Tree

Tarikan ataupun photo spot pertama yang saya cuba adalah Sky Tree. Walaupun dari jauh dah nampak ada orang main basikal kat atas wayar, tapi untuk first ni baik main yang santai-santai dulu. Seperti di dalam gambar, Sky Tree ni adalah bergambar di atas pokok dan berlatarkan pemandangan pokok. Walaupun tidaklah begitu bahaya, tetapi pekerja di sini masih akan memakaikan tali pinggang keselamatan kepada kita sebagai langkah berjaga-jaga.

Jurukamera akan memberikan idea-idea untuk kita posing supaya gambar kita tak nampak kaku. Oleh kerana angle jurukamera lebih cantik, jadi hasil gambar akhirnya nampak seolah-olah saya berdiri di atas pokok yang tinggi. Terasalah berbaloi saya beli gambar.

The Lodge Maribaya Bandung

Suasana ketika mencuba Sky Tree

The Lodge Maribaya Bandung

Aksi-aksi ketika bergambar

The Lodge Maribaya Bandung

Official Photo

The Lodge Maribaya – Gantole

Spot ke dua yang saya cuba adalah Gantole ataupun lebih dikenali dengan Hang Gliding. Sama seperti Sky Tree, saya juga harus membeli tiket sebelum boleh mula menaiki Gantole. Tiketnya dijual di ruang menunggu Gantole ni juga dengan harga 20ribu rupiah. Ini adalah pengalaman pertama saya menaiki Hang Gliding dan boleh dikatakan saya agak sedikit berdebar. Tetapi oleh kerana Hang Gliding ni tidaklah betul-betul terbang jadi saya takde la takut sangat. Ianya diset supaya tergantung dan glidernya terapung semata-mata untuk mengambil gambar. Fuh, nasib baik.

The Lodge Maribaya Bandung

Persiapan menaiki Gantole

The Lodge Maribaya Bandung

Pelbagai aksi

The Lodge Maribaya Bandung

Official Photo

The Lodge Maribaya – Sky Wing

Alhamdullilah, saya selamat dari Hang Gliding tadi dan kali ni saya teruskan ke attraction yang seterusnya iaitu Sky Wing. Sky Wing sebenarnya adalah buaian yang digantung pada pokok yang tinggi. Struktur buaiannya sangat stabil dan kuat. Terdapat 2 buaian pada set yang sama iaitu untuk 1 seater ataupun 2 seater. Walaupun nampak macam sangat bahaya dan terlalu mudah jatuh, tetapi sebenarnya ianya selamat. Setiap pengunjung dipakaikan tali pinggang keselamatan sebelum diberi menaiki Sky Wing.

Petugas kat sini akan menghayunkan buaian ni secara perlahan-lahan dan berhenti dispot yang dah diset untuk jurukamera rasmi mengambil gambar. Oleh kerana rantai talinya yang begitu panjang, jadi secara visualnya kita nampak seolah-olah terapung di udara bersama buaian tu. Secara jujurnya saya bukanlah berani sangat pada tempat tinggi, tetapi ianya tidaklah begitu menakutkan jika dibandingkan dengan gambar akhir.

The Lodge Maribaya Bandung

Ketika bersiap sedia menaiki buaian

The Lodge Maribaya Bandung

Naim main buaian sambil nyanyi lagu

The Lodge Maribaya Bandung

Aksi lepas tangan dan melayan perasaan

The Lodge Maribaya Bandung

Official Photo 1

The Lodge Maribaya Bandung

Official Photo 2

The Lodge Maribaya Bandung

Official Photo 3

The Lodge Maribaya – Zip Bike

Walaupun masih banyak lagi photo spot kat sini tetapi ini merupakan attraction terakhir yang saya sempat cuba di The Lodge Maribaya. Bila tengok je orang lain buat saya nak tergelak sebab ada yang takut sampai tak mampu nak kayuh basikal tu. Tapi sebenarnya saya pun takut juga.

Zip Bike ni merupakan basikal yang dikayuh di atas kabel menuju ke spot bergambar. Jarak kayuhan tu adalah sekitar 10-12meter dan selepas bergambar petugas akan menarik semula basikal kita ke tempat asal. Ada orang tanya saya, tak jatuh ke kalau tak pandai kayuh? Dari segi fiziknya, basikal ni dah melekat pada besi yang digantung pada kabel bahagian atas Zip Bike ni. Jadi secara teorinya kita takkan terjatuh sebab basikal tu merupakan sebahagian dari kabel tu. Tapi kalau dari segi Psikologi pula, kita akan terasa nak jatuh ke kiri ataupun ke kanan sebab kita akan gigih untuk cuba balancekan basikal yang dah sedia asal balance. Tambahan pula bila tiba-tiba angin tengah kuat masa kita tengah kayuh tu. Tu la yang terjadi pada saya.

The Lodge Maribaya Bandung

Suasana menaiki Zip Bike

The Lodge Maribaya Bandung

Petugas akan membantu sebelum kita boleh bersedia mengayuh basikal

The Lodge Maribaya Bandung

Official Photo 1

The Lodge Maribaya Bandung

Official Photo 2

Tarikan Lain

Sebenarnya ada beberapa lagi tarikan yang tak sempat saya cuba dan kebanyakkannya menggunakan konsep yang hampir sama. Kat sini terdapat juga perkhidmatan untuk bercamping sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Terdapat juga beberapa cafe bagi menjamu selera setelah seharian penat bergambar. Bagi saya, tak kira di mana-mana sudut sekali pun di The Lodge Maribaya ni merupakan spot yang cantik untuk bergambar. Alangkah tenangnya ketika berada di sini.

The Lodge Maribaya Bandung

Suasana sekeliling

The Lodge Maribaya Bandung

Pondok untuk ruang makan tertutup

The Lodge Maribaya Bandung

Ruang untuk campers

The Lodge Maribaya Bandung

Tempat pengambilan gambar

The Lodge Maribaya Bandung

Sesi memilih gambar

Sebelum saya meninggalkan The Lodge Maribaya, saya ke kaunter pembelian gambar. Saya rasa kagum dengan sistem penjualan gambar kat sini sebab mereka dan siap sedia dengan sebarang jenis method transfer. Mula-mula kita akan pilih gambar yang diinginkan menggunakan telefon yang diberi oleh petugas dan mereka akan transferkan ke handphone kita menggunakan beberapa pilihan cara.

Buat pengguna android cara paling mudah adalah melalui kabel transfer dan manakala pengguna iPhone pula gambar ditransfer menggunakan AirDrop. Jadi tak perlu risau dengan kualiti gambar yang kita bayar untuk download sebab memori bercuti di sini lebih berharga. Tapi apa-apapun jangan lupa clearkan storage handphone kalau handphone penuh tak dapat la nak transfer gambar. Saya sendiri telah membeli 50 keping gambar digital ketika di The Lodge ni.

Secara keseluruhannya saya sangat menyukai The Lodge Maribaya ni dan sangat recommend pada pembaca blog saya sekiranya bercuti di Bandung. Pengalaman yang sama mungkin agak sukar didapatkan di tempat lain kerana kawasan Bandung yang sejuk dan berbukit membuatkan The Lodge Maribaya ni sangat unik dan cantik.

 27,944 total views,  8 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

28 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.