Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekarang ni dah semakin banyak restoran dan kafe hipster di Ipoh. Baru-baru ni blog hiburan terkenal OhBulan! pun dah kongsikan mengenai M Boutique Hotel di Ipoh yang sangat cantik dan hipster. Tapi, kali ni saya pula nak kongsikan pengalaman sebenar dan suasana menginap di M Boutique Hotel cawangan Station 18. Untuk pengetahuan semua, cawangan Station 18 ini adalah cawangan ke dua M Boutique Hotel dan lokasinya adalah bersebelahan dengan AEON Station 18.

Dari jauh saya dah nampak hotel ni tersergam indah dengan hiasan pintu-pintu kayu memenuhi dinding luar hotel ini. Nampak sangat unik dan pada masa yang sama ada sedikit rasa scary. Bila diamati betul-betul, rupanya pintu-pintu kayu tu hanyalah hiasan dan hotel ini bukanlah dibina dari kayu. Ianya menggunakan bangunan asal di lot kedai dan direka supaya nampak sungguh unik.

M Boutique Hotel Station 18

Pintu masuk M Boutique Hotel

M Boutique Hotel Station 18

No bilik 108

M Boutique Hotel Station 18

Di hadapan pintu masuk hotel

M Boutique Hotel Station 18

Ruang lobby M Boutique Hotel

Diruang legar ataupun lobby hotel terdapat beberapa kawasan yang dihias dengan begitu cantik. Terasa seperti sedang melangkahkan kaki di butik East India pulak. Suasana di sini sungguh cozy dengan lampu kuning malap membuatkan saya terlupa yang sebenarnya saya nak check in bilik. Kakitangan di sini sungguh peramah dan sentiasa menawarkan bantuan.

Bilik saya adalah bernombor 108 iaitu sebuah bilik Premier Suite. Tak sabar nak tengok bilik yang dikatakan diantara bilik termewah kat sini. Di sini terdapat 5 jenis bilik iaitu Standard Suite, Superior Suite, Premier Suite, Family Suite dan Urban Cabin. Harga bilik di sini adalah serendah RM175 sehinggalah mencecah harga RM600. Bilik yang saya pilih ini adalah berharga, RM380 semalam. Jom kita masuk bilik!

M Boutique Hotel Station 18

Lif ke bilik

M Boutique Hotel Station 18

Bilik 108, Premier Suite

M Boutique Hotel Station 18

Katil yang cantik, terasa macam honeymoon pula

Masuk je bilik memang saya rasa sangat terkejut dengan rekaan dan saiz bilik ni. Saya tak sangka bilik ni bukan saja luas malahan cantik dan rasa sayang pula nak tidur. Secara keseluruhannya terdapat 3 bahagian besar pada bilik ini iaitu ruang tidur, ruang sofa dan bilik mandi. Setiap ruang pada bilik ini mempunyai elemen sentuhan tersendiri dan rasa macam sedang berada di rumah idaman.

Aksesori sekitar katil seperti lampu tidur, alarm clock, almari depan katil dan TV membuatkan saya rasa sangat selesa. Manakala di ruang sofa pula, sentuhan dekorasi ala Britain menimbulkan rasa ingin bersantai dan minum petang di situ.

M Boutique Hotel Station 18

Ruangan sofa untuk bersantai

M Boutique Hotel Station 18

Bilik mandi yang luas

M Boutique Hotel Station 18

Siap ada Espresso maker lagi

Apa yang paling menarik adalah bilik mandinya yang sangat luas dan cantik. Bayangkanlah ada 2 singki di dalam bilik mandi. Bolehlah gosok gigi bersama-sama yang tersayang. Selain itu, M Boutique Hotel juga menyediakan mesin Espresso Maker yang jarang-jarang saya dapat lihat disediakan oleh mana-mana hotel.

M Boutique Hotel Station 18

Kemudahan lain

M Boutique Hotel Station 18

Zarith pun suka dengan bilik ni

Berbeza dengan hotel yang lain, di koridor hotel ini agak gelap dan suram. Terdapat beberapa lampu kuning dan dekorasi di penghujung koridor. Ianya merupakan konsep yang diterapkan oleh pihak hotel. Walaupun gelap, janganlah takut sebab lampunya sudah cukup menerangkan kawasan koridor untuk nak cari nombor bilik.

Disetiap pintu masuk bilik terdapat signage dengan nama bilik yang ditulis pada kotak kaca berlampu. Ianya nampak sungguh unik dan menarik. Lain dari yang lain.

M Boutique Hotel Station 18

Ruang koridor

M Boutique Hotel Station 18

Pintu masuk Family Suite

Di bilik Family Suite, terdapat 2 ruang besar iaitu ruang sofa untuk menonton TV dan juga ruang tidur. Ruang biliknya luas dan cukup untuk satu keluarga yang mempunyai 2 hingga 3 orang anak. Elemen-elemen unik masih dikekalkan di setiap bilik di sini bagi memberikan mood yang sama.

M Boutique Hotel Station 18

Ruang sofa di Family Suite

M Boutique Hotel Station 18

Ruang tidur di Family Suite

M Boutique Hotel Station 18

Bilik Superior

M Boutique Hotel Station 18

Semua bilik menggunakan konsep yang sama

M Boutique Hotel Station 18

Bilik Urban Cabin

M Boutique Hotel Station 18

Bilik Urban Cabin tidak mempunyai tingkap

Bilik-bilik lain masih menggunakan konsep yang sama kecuali bilik Urban Cabin. Mula-mula agak pelik juga bila saya dengar nama bilik Urban Cabin ni. Rupanya bilik ini dipanggil sebegitu adalah kerana bilik ini adalah satu-satunya jenis bilik yang tidak mempunyai tingkap. Bilik ini juga berkonsepkan open dan tidak mempunyai pintu bilik air. Saya dimaklumkan bilik Urban Cabin ini adalah jenis bilik yang paling murah di sini.

Berbeza dengan hotel-hotel ternama yang lain, M Boutique Hotel secara kebiasaannya tidak menyediakan sarapan pagi. Ini adalah kerana cafe di bahagian bawah hotel diuruskan oleh pihak pengurusan yang berbeza. Namun begitu, pelanggan masih boleh membeli voucher sarapan pagi ketika membuat tempahan hotel ataupun boleh menjamu selera di sini secara walk-in.

M Boutique Hotel Station 18

Ruang cafe Myth di M Boutique Hotel Station 18

M Boutique Hotel Station 18

Bahagian lain di M Boutique Hotel Station 18

Tiada konsep buffet hotel di sini malahan cafe yang diberi nama Myth ini menyediakan beberapa pilihan set makanan pagi yang bermula dari harga RM16.90. Diantara pilihan yang ada di sini adalah set Nasi Lemak, omelette dan Mee Kari. Seperti yang saya maklumkan tadi, terpulang kepada pelanggan untuk makan sarapan pagi di sini ataupun di luar hotel. Alang-alang dah berada di Ipoh ni, bolehlah cuba sarapan Mee Kicap Ipoh yang terkenal.

M Boutique Hotel Station 18

Cappuccino di Myth

M Boutique Hotel Station 18

Set sarapan pagi saya

M Boutique Hotel Station 18

Set Omelette

M Boutique Hotel Station 18

Terima kasih M Boutique Hotel Station 18

Secara keseluruhannya saya amat menyukai M Boutique Hotel Station 18 ini kerana ianya sangat cantik dan selesa. Persoalan saya mengenai hotel hipster Ipoh ini sudah terjawab.

Bagi sesiapa yang ingin menginap di hotel ini bolehlah datang ke :

15 – 23 Jalan Pengkalan Barat 35
Taman Pengkalan Jaya, Station 18
31650 Ipoh, Perak, Malaysia
Phone : +605 321 1666
Tempah secara online di : Agoda

copyright

6,028 total views, 5 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge