Majalah Libur terbitan Kumpulan Media Karangkraf merupakan majalah pelancongan No. 1 Malaysia yang sentiasa memberi maklumat berkaitan dengan lokasi pelancongan baik dalam negara ataupun luar negara. Bersempena dengan ulang tahun yang ke 12, Majalah Libur telahpun melancarkan satu kolum baru yang diberi nama “Blog O’ Rama”.

Kolum khas ini adalah untuk memperkenalkan penulis-penulis blog tempatan yang menulis mengenai pelancongan, informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan menarik dan apa-apa yang berkaitan dengan “Libur”.

blogorama03

Travel Blog Pilihan Libur 2015

blogorama00

Majalah Libur Karangkraf

blogorama04

Method pendaftaran seperti travel card

blogorama06

Suasana ketika acara

Saya rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput oleh editor Majalah Libur untuk menjadi sebahagian dari kumpulan blogger pertama yang akan menyumbangkan artikel di dalam majalah ini. Pada sesi pelancaran “Blog O’ Rama” tempoh hari di Starbucks Kota Kemuning, editor Majalah Libur iaitu saudara Meor turut menggalakkan lebih ramai lagi blogger menulis mengenai topik pelancongan kerana ianya sangat menarik untuk dikongsi dan sentiasa mempunyai pembaca.

Advertisements

blogorama05

Radin penyampai radio EraFM menjadi hos acara

blogorama07

Saudara Meor, Editor Majalah Libur

blogorama12

MrJocko berkongsi pengalaman

blogorama09

MrJocko turut menerima sijil penghargaan

blogorama08

Semua peserta menerima doorgift dan sijil

blogorama10

Blogger MahaMahu.com

blogorama11

Blogger ienaeliena.com

Bermula pada keluaran isu Januari 2015, Majalah Libur akan memilih 2 blog menarik untuk diperkenalkan kepada pembaca, sekaligus menjadi Blog O’ Rama pilihan Majalah Libur. Sebanyak 16 muka surat untuk ruangan ini meliputi review blog-blog menarik, artikel percutian yang disumbangkan oleh blogger dan temubual bersama blogger.

Selain melancarkan kolum baru ini, Majalah Libur juga mengambil peluang untuk bersuai kenal dengan blogger-blogger jemputan. Blogger Travel “Otai” iaitu MrJocko turut berkongsi pengalaman melancong bersama Majalah Libur. MrJocko sudahpun hampir setahun bersama-sama Majalah Libur dan sudah beberapa kali bersama-sama Majalah Libur melancong di dalam dan luar negara untuk perkongsian artikel.

blogorama01

Saya pun dapat juga

blogorama13

Tshirt Libur yang cantik

blogorama14

Radin ketika menguruskan game bersama blogger

blogorama15

Blogger broframestone.com menunjukkan syiling 50sennya

blogorama16

Lagi aksi Radin yang suka bergurau

Acara santai ini dihoskan oleh bekas kakitangan Karangkraf yang kini sudah menjadi penyampai radio di EraFM iaitu Radin. Radin sangat pandai mengawal mood acara dan menjadikannya sangat santai dan bersahaja. Setiap blogger yang hadir diberi doorgift yang best seperti sleeping bag berjenama Coleman. Selain itu juga, terdapat aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama iaitu khemah bernilai RM1,500.

blogorama17

Pemenang cabutan bertuah hadiah khemah bernilai RM1,500

blogorama18

Gambar group photo

blogorama20

Terima kasih Majalah Libur beri peluang kepada blogger

blogorama19

Diantara orang kuat Majalah Libur

Tak banyak majalah tempatan yang memberi peluang kepada blogger untuk berkongsi artikel penulisan masing-masing. Peluang keemasan ini patut diambil oleh blogger travel yang lain.

Sekiranya berminat sila emelkan penyertaan anda ke

Email : ahmad.syahir@karangkraf.com

Manalah tau ada peluang nak melancong bersama-sama Majalah Libur.

Info Majalah Libur

Majalah percutian terunggul di Malaysia menggunakan slogan “Mudah & Selesa” dan ia mula diterbitkan sejak tahun 2002. Perkataan “LIBUR“, bermaksud “Cuti” berasal daripada perkataan bahasa Nusantara. Kemunculan LIBUR bukan saja sekadar memberi informasi percutian. Ia juga memaparkan trend-trend terkini dalam pelbagai aspek lain yang mempunyai perkaitan dengan pelancongan seperti sukan, gajet elektronik, pakaian, makanan, kesihatan dan pendidikan. Majalah LIBUR berjaya merangkul anugerah “Best Local Tourism Magazine” dalam Majlis Anugerah Kementerian Pelancongan pada esidi 2012/2011.

Facebook: http://www.facebook.com/majalah.libur
Instagram: http://instagram.com/majalahlibur
Web : http://libur.karangkraf.com

Untuk melihat gambar-gambar lain silalah LIKE Facebook Fanpage saya di

Facebook : https://www.facebook.com/mohdzarindotcom
Instagram : http://instagram.com/mohdzarin

 5,660 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

7 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.