Alhamdulillah, baru-baru ni saya menerima jemputan untuk menghadiri majlis pratonton Papadom 2 di Cineleisure Damansara. Majlis Pra Tonton yang sangat santai ni turut dihadiri oleh hampir kesemua pelakon utama filem ini. Sekali pandang, saya sangat tertarik dengan lukisan poster Papadom 2 ni kerana lukisannya bukan saja cantik, malahan dah lama tak ramai yang buat style macam ni. Satu konsep yang menarik dan saya rasa “boleh jual”.
Siapa yang telah menonton Papadom 1 pasti tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Mia selepas kejadian yang lepas. Untuk Papadom 2 ni, fokusnya adalah lebih kepada Mia yang merahsiakan bakal suaminya. Afdlin Shauki ataupun Papadom ni pula kali ni sibuk menyelidik siapakah bakal suami Mia itu.
Alfaeza juga turut hadir di majlis pratonton
Mia sara pun ada
Untuk Papadom 2 ini, saya dapat rasanya keikhlasan abang Afdlin untuk menyampaikan mesejnya. Konsep kekeluargaan masih diutamakan tetapi kali ini lebih berat dan sekali sekala mampu membuatkan penonton rasa sebak. Saya cukup suka cara dengan cara Papadom 2 membawa penonton di dalam alam Saadom yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anak perempuannya. Elemen-elemen humor yang diguna pakai oleh abang Afdlin memang cukup sesuai dan kelakar walaupun kadang-kadang saya terfikir style humornya hampir sama dengan abang Mamat Khalid. Sempat juga abang Afdlin menyindir penerbit filem yang terlalu banyak menghasilkan filem hantu.
Kasih sayang diantara bapa dan anak perempuannya begitu unik sehingga ianya hanya mampu dipersembahkan di dalam filem ini. Saya tak dapat nak berkongsi dengan lebih terperinci mengenai filem ni tetapi saya harapkan marilah menonton filem ini di pawagam.  Selain dari rangka cerita yang baik, saya kira lakonan Riezman Khuzaimie juga harus mendapat pujian. Seperti yang kita tahu, Riezman adalah seorang pelakon yang sangat berbakat. Lakonan Riezman di dalam filem ini merupakan lakonan gila-gila yang sangat menjadi.
Sempat bergambar bersama Mia Sara
Abang Afdlin ketika memperkenalkan barisan pelakon
Majlis memotong kek
Papadom 2

Seperti yang saya bagitahu tadi, fokus filem ini adalah untuk mencari siapakah bakal suami kepada Mia? Kalau nak tahu, kenalah tengok filem ni di panggung mulai hari ini.

p/s : Gambar kredit kepada http://udeshahituaku.blogspot.com/

 5,672 total views,  2 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.