Assalamualaikum. Siapa suka makan Sushi? Saya dengar kat Brunei ada tempat makan Sushi yang sedap. Saya pun first time dengar dan dah alang-alang berada di Labuan tu saya pun ambil kesempatan untuk pergi ke Brunei. Kalau nak ke Brunei dari Labuan ni kita boleh menaiki perkhidmatan Feri yang sememangnya mudah. Di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, Feri disediakan setiap hari mengikut jadual tertentu. Harga untuk tiket Feri untuk seorang adalah lebih kurang RM35 untuk satu hala perjalanan. Tapi jangan lupa bawa passport pulak ye~

Perjalanan Feri mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dan kalau sesiapa yang senang untuk mabuk laut jangan lupa untuk sediakan minyak cap kapak. Dalam Feri pula perkhidmatan asas seperti TV turut disediakan. Jadi boleh la layan movie disepanjang perjalanan. Secara keseluruhannya perkhidmatan Feri ni memang memuaskan dan selesa.

Kaizen Sushi Brunei

Terminal Feri Antarabangsa Labuan

Kaizen Sushi Brunei

Feri ke Brunei

Kaizen Sushi Brunei

Pemandangan ketika di dalam feri

Kaizen Sushi Brunei

Kemudahan Feri yang selesa

Restoran Sushi yang menjadi destinasi makan-makan kali ni adalah Restoran Kaizen Sushi. Kalau tak salah saya, di Malaysia memang takde restoran ni tetapi di di Brunei terdapat beberapa cawangan. Saya telah pergi ke cawangan yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Brunei iaitu berhampiran Plaza Yayasan dan Kampung Air. Apa yang menariknya di sini, Restoran Kaizen Sushi ini dibina dengan begitu cantik berserta hiasan ala-ala Jepun. Kalau sesiapa yang lalu berhampiran pasti tidak akan terlepas pandang dengan bangunannya yang tersergam di tepi jalan utama. Selain itu, restoran ini memastikan semua persediaan dan hidangannya adalah HALAL. Ini yang penting!

Advertisements
Kaizen Sushi Brunei

Restoren Kaizen Sushi yang mengunakan elemen Jepun

Kaizen Sushi Brunei

Pintu masuk

Kaizen Sushi Brunei

Kaizen Sushi

Kaizen Sushi Brunei

Nak makan sushi mestilah dengan Chopstick

Kaizen Sushi Brunei

Hiasan dalaman

Kaizen Sushi Brunei

Nak makan bersila ala-ala orang Jepun pun boleh

Kat sini semua makanannya adalah berbentuk “alacart”. Pelbagai jenis pilihan Sushi dari yang mentah hinggalah kepada yang masak. Saya sendiri rambang mata nak pilih Sushi apa pada mulanya. Selain tu, kepada yang kurang mengemari Sushi boleh juga mencuba menu lain seperti Teppanyaki, Nasi Goreng dan lain-lain lagi. Harga setiap satu set Sushi di sini berbeza mengikut jenis dan kuantiti iaitu dari 3 Brunei Dollar ke atas.

Kesemua makanan di sini memang sungguh sedap walaupun air Green Teanya. Semua makanannya mempunyai rasa yang mewah dan beraroma. Setiap hidangan disediakan dengan begitu terperinci dan menyelerakan. Bagi pengemar Salmon seperti saya, di sini pelbagai jenis hidangan berasaskan Salmon turut disediakan. Saya dah lupa apa nama hidangan Salmon saya makan, tapi semuanya memang sangat sedap. Nasi gorengnya pula disediakan ala-ala Jepun iaitu seperti berminyak dan melekit sedikit tetapi mempunyai rasa yang sangat sedap. Selain itu, hidangan itik yang dimasak dengan sos hitam juga sangat sedap dengan rasa grill dan manis. Saya pun dah tak sure nak describe rasa makanannya macam mana lagi, kita tengok je gambar kat bawah.

Kaizen Sushi Brunei

Nasi Goreng

Kaizen Sushi Brunei

Miso Sup

Kaizen Sushi Brunei

Salmon Sashimi

Kaizen Sushi Brunei

Ayam Teppanyaki

Kaizen Sushi Brunei

Itik masak terayaki

Kaizen Sushi Brunei

Salmon Okonomiyaki

Kaizen Sushi Brunei

Tak ingat nama makanan ni, tapi sedap sangat

Kaizen Sushi Brunei

Set Sushi

Selain itu, di sini perkhidmatan dan layanannya sangat memuaskan. Boleh dikatakan semua makanan sampai cepat dan tidak perlu menunggu lama. Makanan disediakan serta merta selepas kita membuat pesanan bagi memastikan kesegarannya. Secara keseluruhannya, harga makan-makan di sini mungkin agak sedikit mahal tetapi sekiranya dibandingkan dengan environment dan kualiti memang sangat berbaloi. Terasa ingin datang sekali lagi kat sini sebab banyak lagi menu belum di cuba. Nyum nyum~

Kaizen Sushi Brunei

Pelayan yang cekap dan ramah

 9,806 total views,  2 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.