Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malaysia Social Media Week merupakan salah satu acara yang amat dinanti-nantikan bagi semua penggiat social media termasuklah para blogger. Acara tahunan ini merupakan satu platform yang memberi peluang kepada pengguna social media untuk bertukar-tukar pendapat, menyertai seminar dan berpeluang memenangi anugerah di dalam beberapa kategori yang ditawarkan. Saya sendiri sangat teruja dengan sentiasa mengikuti perkembangan Malaysia Social Media Week.

Alhamdullillah, blog saya MohdZarin.com layak untuk bertanding di dalam kategori Best Lifestlye Blog. Di dalam kategori yang sama, terdapat lebih 50 pencalonan blogger lain yang hebat-hebat seperti KisahTatie.com, KevinZahri.com, Ruby.my dan ramai lagi. Memang saingan yang sangat sengit namun saya lihat dari sudut positif dan semangat untuk bertanding.

VOTING

10492961_10152769658426305_8246705675720163628_o

Saya ucapkan terima kasih kepada pembaca blog MohdZarin.com yang dah mengundi blog saya. Bagi yang belum mengundi, cara untuk mengundi adalah dengan perlu klik link ini :

LINK : http://bit.ly/1LMBZa4

Seterusnya adalah klik VOTE di nama blog MohdZarin.com. Pastikan dah login Facebook sebelum menekan butang VOTE. Satu akaun Facebook hanya boleh mengundi sekali sahaja. Tarikh tutup untuk VOTE adalah pada 5 April 2015. Jangan lupa VOTE ye.

Pemenang Malaysia Social Media Week 2014

Berikut adalah beberapa pemenang-pemenang pada tahun 2014. Semua nama pemenang ni nampak sangat familiar dan memang hebat dalam kategori masing-masing. DenaiHati pun ada menang tu.
smw2015_01

Selain dari awards, Malaysia Social Media Week juga menawarkan seminar yang sangat unik dan berguna. Kebanyakkan tajuk seminarnya jarang-jarang diadakan ditempat-tempat lain dan hanya diperbincangkan di acara ini saja. Terdapat juga beberapa speakernya yang dijemput khas dari luar negara. Berikut adalah beberapa speaker untuk tahun ini.

smw2015_02

Diantara topik yang bakal diperbincangkan adalah “Damage Control Dalam Social Media”, “Digital Marketing”, “Perbezaan di antara Micro Blog & Blog” serta banyak lagi topik-topik menarik.  Terdapat sedikit yuran yang dikenakan bagi sesi seminar ni. Kalau nak tahu boleh layari laman web Malaysia Social Media Week.

Sebelum saya mengakhiri entri kali ni, saya nak kongsi beberapa gambar dari Malaysia Social Media Week 2014.

Malaysia Social Media Week 2015

Group DenaiHati pun ada (Gambar dari Facebook Malaysia Social Media Week )

Malaysia Social Media Week 2015

Gambar dari Facebook Malaysia Social Media Week 2014

Malaysia Social Media Week 2015

Miss Malini dari India (Gambar dari Facebook Malaysia Social Media Week)

1,123 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge