Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nampaknya ramai pembaca blog setia saya lebih gemarkan blog post mengenai makanan. Siapa yang tak suka makankan? Kali ni saya nak bagi anda semua rasa lapar dengan menonton gambar-gambar terbaru dari masakan padang yang sangat istimewa. Baru-baru ni saya berpeluang ke Jakarta atas urusan kerja yang saya akan kongsikan pada post yang berbeza nanti. Saya berkesempatan menjamu selera di salah sebuah cawagan masakan Padang yang terkenal iaitu Restoran Sederhana. Walaupun namanya Sederhana, tapi makanan di sini semuanya sedap-sedap belaka.

sederhana01

Restoran Sederhana Masakan Padang

sederhana06

Pelbagai lauk masakan padang

sederhana11

Kesemua pilihan lauk dihidang tanpa perlu membuat pesanan

Siapa yang tak pernah makan di restoran makanan padang pasti akan berasa pelik dengan cara di sini. Setiap pelanggan yang duduk di meja makan, akan dihidangkan dengan semua pilihan makanan yang ada tanpa perlu membuat pesanan makanan. Semua makanan ini dihidangkan di dalam piring-piring yang ditindih di antara satu sama lain. Kadang-kadang tu, belum start makan lagi dah rasa banyak betul pilihan lauk yang diberi. Jangan risau kerana mereka hanya akan kira piring makan yang telah dijamah sahaja. 

sederhana07

Pelbagai pilihan lauk

sederhana10

Gulai Tunjang

sederhana09

Ikan Patin

Setiap kali saya ke Jakarta, saya pasti akan cari masakan Padang. Diantara makanan pilihan saya adalah daging dendeng, gulai tunjang, ayam pop, sambal ijo(hijau), otak lembu dan banyak lagi. Kebanyakkan masakan di sini amat berbeza dengan masakan di Malaysia. Hampir kesemuanya mempunyai rasa dan keunikkan masing-masing. Gulai Tunjang misalnya adalah dari bahagian otot lembu yang dimasak ala-ala kari. Walaupun nampak simple, tetapi ianya boleh membuatkan kita menambah lagi nasi.

Advertisements
sederhana08

Daging Dendeng

sederhana02

Masakan Ayam

sederhana05

Telur ikan dan masakan ikan

sederhana13

Ayam Pop

sederhana14

Sambal Ijo (Hijau)

Apa yang saya suka mengenai Restoran Sederhana adalah dengan servisnya. Ianya bukan sahaja cepat malahan kebanyakkan masakannya sangat sedap. Kebanyakkan orang yang datang makan di restoran ini adalah orang yang bekerja di kawasan sekitar dan pelancong. Bagi saya harganya pula tidaklah terlalu mahal. Saya kurang pasti berapakah harga untuk sepiring lauk tersebut, tetapi harga yang saya perlu bayar untuk hidangan 4 orang makan (level kenyang gila) adalah sekitar RM140++.

p/s : Kalau di Malaysia di mana restoran masakan padang yang sedap? Siapa boleh bagi cadangan?

 7,164 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

  • […] pun boleh jadi salah satu makanan unik di Bandung. Di Indonesia secara amnya, selain Nasi Padang, Tahu juga menjadi diantara makanan utama. Tahu ni dijual ditepi-tepi jalan dan kalau di Malaysia […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.