Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kali ni saya nak bawa pembaca blog MohdZarin.com ke utara tanahair iaitu di Kuala Kangsar, Perak. Rasanya semua orang dah kenal dengan makanan yang paling terkenal di Kuala Kangsar ni iaitu Laksa Kuala Kangsar. Tapi kali ni saya taknak bercakap mengenai makanan, tetapi nak berkongsi mengenai keindahan Masjid Diraja Kuala Kangsar iaitu Masjid Diraja Ubudiah.

Terletak di Bukit Chandan, Masjid ni sangat indah dan cantik. Kubah emas dan menara masjidnya merupakan diantara rekaan senibina masjid yang tercantik saya pernah lihat. Walaupun nampak begitu cantik, tak sangka rupanya Masjid ni telahpun berusia hampir 100 tahun dan telah dirasmikan pada tahun 1917.

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Pandangan luar dari bahagian sisi

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Kubah Emas

Sebelum ni Masjid Ubudiah merupakan Masjid Negeri Perak sebelum Masjid Sultan Idris Shah II dibina di Ipoh pada tahun 1968. Masjid Ubudiah sekarang dikenali sebagai Masjid Diraja dan ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Tadbir Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Paduka Seri Sultan.

Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang di bawa khas dari Itali dan London.

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Info di luar Masjid

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Ruang solat di dalam Masjid

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Rekaan pada pintu masuk

Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Rekaan lampu antik berwarna emas

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Ruang solat di luar

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Makam Diraja

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Kubah menara juga berwarna emas

Bersebelahan dengan Masjid Diraja Ubudiah ini terletaknya Makam Diraja khusus untuk persemadian kerabat Diraja.

Selain itu, berhampiran dengan Masjid ni juga ada sebuah rumah lama yang masih cantik. Saya dimaklumkan rumah ini dikenali sebagai Rumah Baitul Rahmah yang dibina pada tahun 1911. Pemilik asal rumah ini adalah Anakanda Sultan Idris-1 dan sekarang ni rasanya tiada penghuni. Namun begitu, rumah tersebut dan kawasan sekitar masih dijaga dengan baik dan rapi.

Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar

Rumah lama di tepi masjid

Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah

Tidak jauh dari Masjid Diraja Ubudiah ni juga terdapat Galeri Sultan Azlan Shah yang merupakan muzium barangan serta koleksi Sultan Azlan Shah. Terdapat bayaran minimum untuk masuk ke dalam galeri ni tetapi ianya sangat berbaloi sebab semua barang-barang dan koleksi yang dipamerkan di sini adalah barang yang asli. Semuanya disimpan dan dipamerkan dengan baik.

Galeri Sultan Azlan Shah

Pameran koleksi Diraja

Sebenarnya dalam galeri ni gambar tak dibenarkan ambil, tapi saya dapat juga ambil beberapa gambar sebagai bahan rujukan.

Galeri Sultan Azlan Shah

Labu Sayong

Galeri Sultan Azlan Shah

Diantara koleksi kenderaan Sultan Azlan Shah

Begitulah serba sedikit mengenai Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar yang indah dan cantik. Kalau berkesempatan ke Kuala Kangsar, bolehlah singgah ke sini untuk menunaikan solat dan menikmati keindahan di kawasan sekitar.

1,757 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to Ikhwan Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge