Saya ni memang suka makan segala jenis Mee, baik Mee Goreng, Mee Hailam mahupun Mee Bandung. Bercakap pasal Mee Bandung, favorite nombor satu saya adalah Mee Bandung Batu Pahat yang dijual di Batu Pahat, Johor. Bagi sesiapa yang tak tahu, perbezaan Mee Bandung Batu Pahat dengan Mee Bandung biasa adalah cara masakannya yang mengunakan ramuan berbeza. Mee Bandung Batu Pahat akan menggunakan udang kering dan kacang tanah manakala Mee Bandung biasa lebih kepada menggunakan sos tomato dan cili sahaja.

Mee Bandung Batu Pahat

Lokasi Mee Bandung Batu Pahat

Mee Bandung Batu Pahat

Timun berserta sos tomato

Mee Bandung Batu Pahat

Kuah Mee Bandung Batu Pahat yang pekat dan mewah dengan rencah

Di Batu Pahat terdapat sebuah gerai yang telah berpuluh-puluh tahun menjual Mee Bandung Batu Pahat asli. Saya sendiri makan Mee Bandung kat sini sejak kecil lagi dan sekarang setiap kali saya balik kampung memang wajib pekena Mee Bandung Batu Pahat ni. Oleh kerana lokasi gerai ini yang terletak di tepi Panggung Wayang Odeon, Mee Bandung kat sini juga dikenali sebagai Mee Bandung Odeon. 

Kalau tak silap saya, dulu Mee Bandung Batu Pahat ni disediakan dengan kuah yang berwarna putih. Maknanya tiada langsung cili digunakan dan hanya menggunakan beberapa ramuan utama udang kering dan kacang saja. Oleh kerana kuahnya yang berwarna putih, Mee Bandung Batu Pahat dulu juga dihidangkan bersama hirisan timun beserta sos tomato. Walaupun nampak simple, tapi rasanya memang sangat sedap bila dicampurkan sekali bersama kuah Mee Bandung.

Mee Bandung Batu Pahat

Mee Bandung Batu Pahat

Sekarang ni, kuah Mee Bandung Batu Pahat ni telah diubahsuai menjadi warna merah namun rasanya masih kekal dan sedap. Masih dihidangkan bersama timun beserta sos tomato gabungan kedua makanan ini memang sangat sempurna. Rasa kuah Mee Bandung ni tidaklah pedas tetapi sangat pekat hasil dari kuah kacang tadi dan masin-masin dari udang kering. Sos Tomato tadi melengkapkan rasa kuah Mee Bandung ni dan memberikan sedikit rasa masam-masam manis. Walaupun Mee Bandung ni tak pedas dan namun rasanya sangat memuaskan.

Walaupun di zaman moden ni sudah terdapat perencah Mee Bandung Batu Pahat segera yang dijual, namun rasanya tak sama. Mungkin bukan semua akan menyukai Mee Bandung Batu Pahat ni kerana rasanya yang tak pedas dan berkacang, tapi ini adalah makanan kegemaran nombor satu saya.

1,689 total views, 17 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge