Saya adalah pengemar Mee Rebus dan telah mencuba pelbagai jenis Mee Rebus tak kira di Kuala Lumpur ataupun di luar Kuala Lumpur. Bagi saya Mee Rebus yang sedap haruslah mempunyai rasa rempah ratus yang cukup dan sempurna. Kuahnya pula tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Ianya harus cukup untuk sebati dengan bilangan Mee serta disajikan dengan taugeh yang segar. Saya suka kalau kuahnya ada rasa sedikit manis dan pedasnya datang pada cili hijau yang digigit rangup.

mi04

Masjid Sultan di Arab Street

mi03

Proses mengorder makanan

Macam mana? Terliur tak? Saya dah jumpa Mee Rebus paling sedap saya pernah makan iaitu di Arab Street, Singapura. Nama restoran yang menjual Mee Rebus terbaik ini adalah Kampung Glam Cafe. Rasanya Restoran ni dah cukup terkenal bagi sesiapa yang pernah datang ke Singapura. Kampung Glam Cafe sini berhampiran dengan Masjid Sultan dan Arab Street yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong.Selain dari Mee Rebus, restoran ini juga amat terkenal dengan makanan nasi padang dan nasi lemak.

mi02

Mee Rebus

mi01

Mee Rebus

Tiada ayat yang mampu saya tulis untuk describe kesedapan Mee Rebus ni. Yang pasti saya akan datang lagi ke sini untuk menikmati Mee Rebus ni sekali lagi.

……………….

Facebook Fanpage : http://facebook.com/mohdzarindotcom
Instagram : http://Instagram.com/mohdzarin
Email : z@mohdzarin.com

9,191 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge