Kalau hangpa semua pi Penang janganlah lupa pi makan Mee Sotong Hameed Pata. Mee Sotong ni adalah di antara makanan special yang hanya terdapat di Penang. Kalau biasanya kita asyik pekena Nasi Kandar je, sekali-sekala bila sampai Penang bolehlah cuba Mee Sotong Special ni. Baru-baru ni saya ke Penang semata-mata untuk mencuba sendiri kesedapan Mee Sotong yang diperkatakan ramai ni. Nak tahu macam mana rupa Mee Sotong ni? Teruskan membaca…

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Sotong Hameed Pata

Coconut Shake Special

Lokasi Mee Sotong Hameed Pata ni terletak di Kota Selera Padang Kota iaitu memang lokasi yang mudah untuk dicari. Gerai Mee Sotong ni mula beroperasi pada jam 12 tengahari sehingga jam 8 malam setiap hari kecuali hari Ahad. Semasa pertama kali saya sampai di gerai Mee Sotong ni saya nampak dah ramai yang mula beratur dan menunggu. Walaupun jam saya baru menunjukkan pukul 11.30 pagi, tapi ramai orang dah mula ambil tempat duduk masing-masing.

Sebelum saya bercerita mengenai Mee Sotongnya yang sedap tu, saya nak cerita mengenai Coconut Shake yang juga dijual bersebelahan dengan kedai Mee Sotong ni. Coconut Shakenya walaupun simple, tapi rasanya sangat sedap. Memang sesuai dijadikan sebagai minuman menunggu Mee Goreng siap. Ianya adalah pakej sempurna untuk hidangan Mee Sotong.

Mee Sotong Hameed Pata

Coconut Shake yang sedap

Di sini terdapat 2 pilihan yang boleh diorder iaitu Mee Rebus Sotong ataupun Mee Goreng Sotong. Percayalah, kedua-duanya memang sedap!. Mee Goreng Sotong ni digoreng di dalam kuali besar untuk beberapa order sekali gus. Mereka menggunakan kuah special dengan sukatan yang telah diselaraskan. Sama juga seperti Mee Rebus yang disiapkan sekali banyak. Selepas Mee tadi masak, barulah sambal sotong diletakkan di atas mee tadi sebagai pelengkap menu istimewa kali ini.

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Sotong dihiasi dengan Sambal Sotong terlebih dahulu sebelum dihidang

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Rebus Sotong

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Rebus Sotong

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Rebus Sotong

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya adalah penggemar Mee Rebus. Walaupun Mee Rebus Sotong yang dihidangkan rasanya sangat berbeza jika dibandingkan dengan Mee Rebus Singapore ataupun Mee Rebus Tulang ZZ namun rasanya sangat luar biasa. Ada sedikit elemen rasa Mee Rebus Mamak bercampur dengan Melayu kerana gabungan sambal sotong tadi. Keseluruhan Mee Rebus Sotong ni mempunyai satu rasa yang unik yang membuatkan saya terus melabelkannya sebagai SANGAT SEDAP walaupun baru menghirup kuahnya saja. Kuahnya pula berwarna kemerah-merahan dan sangat membangkitkan selera apabila sambal sotong kering dimakan bersama-sama kuahnya.

Mee Goreng Sotongnya juga tidak kurang sedapnya. Ianya kelihatan kemerah-merahan dan mempunyai rasa rempah yang sedap. Rasanya sangat berbeza dari Mee Goreng Singapore walaupun ianya nampak seakan-akan sama. Rasa Mee Goreng Sotong ni ada sedikit persamaan dengan Mee Rebus Sotong yang berkemungkinan menggunakan kuah dan rencah yang sama. Dengan kesedapan yang tak terhingga ni, tak hairanlah ramai yang datang dari jauh turut membeli Mee Goreng untuk bungkus dan makan pada masa yang sama. Mee Sotong ini dijual dengan harga RM4 dan RM6 untuk bersaiz besar.

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Goreng Sotong

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Goreng Sotong

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Sotong Hameed Pata

Mee Sotong Hameed Pata memang sedap

Macam mana ? Terliur tak? Apa kata kalau datang ke Penang nanti jangan lupa singgah ke Mee Sotong Hameed Pata untuk merasai sendiri kesedapan makanan kat sini.

Alamat :

Hameed ‘Pata’ Mee Sotong 
6, Kota Selera Padang Kota Lama
(Fort Cornwallis Food Court),
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200,
Georgetown, Penang
Tel: + 6013 4319384
11:30am – 8:00pm (Monday – Saturday) Closed on Sunday

copyright

9,148 total views, 5 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge