Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog saya.

Mungkin agak terlambat beberapa hari nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua. Saya ambil sikit masa untuk tulis post ni sebab sibuk godek rupa blog saya ni. Alhamdullilah, nampaklah berbeza sikit sempena tahun baru ni.

Banyak perkara yang saya sendiri dah lalui sepanjang tahun 2014. Yang pasti saya rasa tahun 2014 berlalu begitu cepat dan meninggalkan kita dengan begitu pantas. Saya harapkan tahun 2015 akan lebib baik dan saya dapat memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan saya yang lalu. InsyaAllah.

Jom kita tengok apa yang menarik telah berlaku pada diri saya sepanjang tahun 2014.

1. Domain MohdZarin.Com

Diantara perkara paling penting yang telah berlaku pada tahun 2014 adalah pembelian domain MohdZarin.com. Walaupun saya dah mula menulis blog pada tahun 2007 dengan nama pena MediaHorizon di platform Blogspot tapi pada tahun 2014 baru saya betul-betul setkan target untuk adakan domain sendiri. Saya buat domain dengan nama sendiri ni bukannya sebab nak glamor ataupun apa. Tapi saya rasa setelah saya dapatkan hala tuju dan konsep blog yang saya inginkan saya rasa domain dengan jenama sendiri tu sangat perlu.

Kalau dulu saya menulis untuk diri sendiri, tapi kini saya perlahan-perlahan menulis untuk pembaca.

2. Rakaman Warisan

Hampir separuh dari tahun 2014 saya dihabiskan dengan perancangan dan pelaksanaan rakaman program gameshow Upin & Ipin. Rancangan ni belum keluar kat TV lagi memandangkan masih dalam proses editing. Buat masa sekarang ni pun saya belum pasti bilakah tayangannya dan di siaran apakah ianya dimainkan. Kita tunggu saja nanti.

Rakaman Warisan ni telah dibuat di beberapa buat negeri seperti Melaka, Terengganu, Selangor dan Perak disamping beberapa artis jemputan seperti Iqram Dinzly, Elizabeth Tan, Kenchana Dewi dan ramai lagi.

3. Tahun Travel

Saya rasa tahun 2014 adalah tahun paling banyak saya travel ke luar negara. Ada diantaranya adalah kerana urusan kerja dan ada pula sebab jalan-jalan makan angin. Diantara tempat-tempat yang saya dah pergi pada tahun 2014 adalah seperti Brunei, Singapura, Tokyo, Bandung dan Jakarta. Saya ke Brunei semata-mata untuk makan Sushi halal yang sedap. Manakala Singapura pula adalah untuk urusan event Upin & Ipin bersama Les’ Copaque. Saya rasa bertuah sebab dapat menjejakkan kaki di Tokyo sebanyak 2 kali pada tahun 2014. Kali pertama adalah pergi bersama kawan-kawan untuk berjalan-jalan manakala kali ke 2 adalah untuk urusan kerja.

japanhalal_19
Jakarta pula saya rasa sudah 3 kali ke sana dalam tahun 2014 dan semuanya adalah atas urusan kerja. Saya juga berpeluang bersama-sama keluarga Zarith bercuti di Bandung.

4. Flying High with Kids

Saya tak tahu kenapa saya perlu masukkan ini dalam senarai saya, tapi saya rasa pengalaman bersama “Flying High with Kids” adalah diantara pengalaman berharga saya. Ini adalah kerana walaupun eventnya telahpun selesai, tetapi program amal terbang bersama Hot Air Balloon mengelilingi dunia ini memakan masa selama 4 tahun.

IMG_6016

Maksudnya, ketika anda sedang membaca ayat ini, mereka masih sedang terbang ke negara-negara lain sehinggalah kembali ke checkpoint asal iaitu di New Zealand. Bayangkan, saya merupakan salah satu check point mereka ketika di Malaysia dan kini saya menjadi sebahagian dari sejarah mereka.

 5. Sambutan Hari Kemerdekaan 2014

Fuh, saya masih ingat lagi suasana ketika sambutan Hari Kemerdekaan tahun lepas. Bukan selalu kita dapat berada di belakang tabir sambutan hari besar bagi rakyat Malaysia. Dengan kerjasama dan penampilan khas Upin & Ipin di sambutan Hari Kemerdekaan saya menjadi diantara orang sibuk dibelakang tirai yang orang tak nampak.IMG_7825

Walaupun hampir 3 minggu berhempas pulas, saya rasa ianya sangat berbaloi dengan kepenatan yang diterima. Rasa nak menitiskan air mata bila teringat kembali saat-saat persembahan lagu terakhir Upin & Ipin di Dataran Merdeka dan bila mengenangkan macam-macam dugaan yang telah berjaya diharungi. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang bekerja bersama saya lebih-lebih lagi team New Media.

6. Dunia Blogger

Percaya atau tidak, tahun 2014 saya memang bersungguh-sungguh menulis blog. Hari-hari saya belek blog-blog famous seperti DenaiHati.com, Shakiddo.com, MelastikBintang.com dan banyak lagi untuk mencari resepi kejayaan mereka semua. Rupanya dunia blogger ni macam ada satu lagi dunia yang kita kena explore. Ada blogger yang menulis untuk berkongsi ilmu, ada yang untuk bisnes, ada pula yang menulis untuk menjadi kaya. Walau apa pun tujuan mereka semua, saya memang sedang cuba mengenali mereka.
masterclass_denaihati05

Saya juga berkesempatan untuk join Master Class WordPress dan Seminar Buat Duit dengan Affiliate bersama DenaiHati pada tahun 2014. Walaupun pada awalnya saya rasa macam segan nak join, tapi saya beranikan diri untuk explore Dunia Blogger. Alhamdullilah, dapatlah belajar sikit-sikti dan saya akan cuba implement pada tahun 2015 ni.

7. Ultraman

Betul! Semua pasal Ultraman pada tahun 2014 merupakan pengalaman paling berharga yang saya dapat. Dari episodnya hinggalah kepada event Karnival Upin & Ipin di PICC yang melibatkan Ultraman sangat-sangat memberi tamparan hebat pada saya. Bukanlah Ultraman tu tampar saya, cuma bila kita bekerjasama dengan syarikat Jepun sedikit sebanyak kita haruslah ikut tempo mereka. Tekanan yang diberikan ketika menguruskan mereka sukar untuk saya gambarkan.
ultraman

Orang Jepun sangat-sangat sistematik dan menepati masa. Mereka mahukan semuanya mengikut perancangan sebab itulah apa yang mereka lakukan. Mereka tidak complain tetapi mencari solution terhadap sebarang masalah. Saya tahu ada ramai orang complain mengenai kena jalan kaki dari jambatan ke PICC ketika Karnival Upin & Ipin. Tapi ramai tak tau yang orang Jepun memakai Ultraman juga terpaksa berjalan kaki dari jambatan ke PICC kerana terlalu jem.

Saya juga pernah dimarah oleh orang Jepun di dalam bahasa Jepun ketika gagal menguruskan acara dibelakang pentas. Walaupun rasa tertekan tapi itulah pengalaman berharga saya.

8. Blog O’ Rama

Alhamdullillah, pada penghujung tahun 2014 saya berpeluang men”jual” blog saya kepada Majalah Libur untuk segmen terbaru mereka iaitu Blog O’ Rama. Walaupun ni mungkin pencapaian yang sangat kecik kalau dibandingkan dengan blogger travel yang lain seperti Mr Jocko dan BroFrameStone, tapi saya percaya ini adalah permulaan untuk sesuatu yang lebih besar.blogorama01

Saya dimaklumkan blog saya akan difeaturekan di Majalah Libur keluaran tahun 2015. Kita sama-sama tunggu dan doakan untuk saya.

9. Pencapaian New Media

Selain dari blog saya sendiri, pada tahun 2014 ini juga saya sangat bangga dengan pencapaian luar biasa team New Media Les’ Copaque di dalam membawa nama Upin & Ipin lebih gah di dalam dunia social media. Sebagai penutup tahun 2014, Facebook Upin & Ipin telah mencecah 11 Juta LIKE yang merupakan Facebook Fanpage terbanyak di Malaysia.
LC2_9925

Selain itu juga, LINE Upin & Ipin sudah pun mencecah 1 Juta pengikut manakala YouTube Channel Les’ Copaque sudahpun hampir mencecah 300 ribu subscriber dan berjaya menjana keuntungan lebih dari sasaran.

Saya harapkan tahun 2015 ini blog saya ini akan lebih dikenali dan berjaya menghasilkan beberapa kerjasama dengan syarikat lain. Semua yang baik datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya. Mari kita doakan agar negara kita lebih makmur dan dijauhkan dari macam bencana.

1,592 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge