Assalamualaikum semua~
Dalam sedar tak sedar dah dekat 5 bulan saya tak update apa-apa pada blog mediahorizon ni. Alamak, bukannya taknak update cuma banyak sangat benda yang saya kena uruskan sampai blog ni pun tak sempat nak update. Anyway, Semasa saya menulis entry kali ni genal lagi 24 hari untuk kepada hari akad nikah saya dan Zarith iaitu pada 5 Januari 2013. Haih.. berdebor-debor rasanya.
InsyaAllah setakat ini semuanya berjalan dengan lancar dan tersusun. Hanya beberapa benda yang kecik-kecik yang kena setelkan dan macam tak habis2 lagi ni. Pada masa yang sama juga, Karnival Upin & Ipin pun akan melabuhkan tirainya buat tahun ni dan lokasi terakhir adalah di Johor pada hujung bulan ni. Bertambah sibuklah nanti jawabnya. Terpaksa saya curi masa sikit-sikit untuk buat persiapan.
Tapi apa-apapun terima kasih kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang dah banyak membantu, kawan-kawan rapat yang bagi support. Doakan semuanya berjalan lancar nanti …Amin~!

 

357 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge