Sebenarnya untuk sekian lamanya saya hanya menggunakan minyak rambut biasa dan kemudiannya upgrade kepada Wax dan Clay. Sedar tak sedar sekarang ni orang dah bertukar kepada pomade yang sangat banyak dijual di pasaran. Untuk mengikuti perubahan arus fesyen terkini saya juga mencuba dan nak tahu apa yang best sangat pakai pomade ni. Saya diperkenalkan dengan pomade jenama MENSIVE yang kebetulan dijual di sebuah kedai gunting di Shah Alam.

Dalam banyak-banyak jenama tu, saya tak tau kenapa saya tertarik dengan Mensive Pomade. Design luarannya yang simple, cantik dan nampak sangat maskulin. Tidak seperti jenama pomade yang lain-lain yang menggunakan imej tengkorak ataupun yang ganas-ganas. Dengan harga RM45 dan design yang nampak professional, saya yakin jenama MENSIVE ni sudah tentulah jenama antarabangsa. Itulah yang saya fikirkan ketika itu.

Mensive Pomade

Mensive Pomade

Mensive Pomade

Mensive Pomade Strong Hold

Mahal jugak pomade ni fikir dalam hati saya. Dulu time pakai Wax yang harga RM25 nak beli sebulan sekalipun berkira-kira, inikan pula pomade yang tak tau bagus ke tidak. Dengan fesyen rambut baru saya yang ala-ala sikat tepi (hipster katanya), saya rasa saya memang perlukan pomade dan jenama Mensivelah yang menjadi pilihan saya ketika itu.

Advertisements

Review Mensive Pomade

First impression saya bila mencalitkan pomade Mensive ni adalah pada thickness pomadenya. Walaupun saya baru calitkan sikit pada hujung jari, saya dapat rasanya kepekatan pomadenya yang mampat dan tidak cair. Walaupun ianya adalah waterbase, tapi dengan sikit calit saja saya rasa dah cukup untuk mengayakan rambut hipster saya ni.  Saya hanya pakai beberapa calit saja ke rambut saya dan ianya dah cukup untuk disikat dan nampak kemas. Bau Pomade Mensive ni juga sangat unik dan wangi.

Saya tak suka pomade yang terlalu wangi dan bau seperti gula-gula getah. Yelah, bayangkan bau chewing gum kat rambut kita. Saya suka dengan bau pomade Mensive sebab baunya wangi tapi tidak keterlaluan. Baunya boleh memberi rasa kesegaran bila kita guna dan ada elemen “maskulin” pada baunya. Tidak seperti pomade yang lain, Mensive hanya terdapat satu jenis bau saja.

Mensive Pomade

Designnya yang simple tapi kemas

Mensive Pomade

Rupa dan warna Mensive Pomade

Oleh kerana saya hanya perlu menggunakan sikit saja pomade ni sekiranya dibandingkan dengan Wax, saya rasa sekotak pomade Mensive ni boleh tahan sehingga 2 bulan. Jadi walaupun harga Mensive Pomade ni RM45, tapi bila fikir-fikir balik ianya lebih jimat sebab boleh dipakai lama. Setiap kali saya menggunakan pomade Mensive ni, gaya rambut saya boleh kekal sehingga 7-8 jam. Ianya akan menjadi lebih singkat sekiranya saya berpeluh ataupun terkena air dan sebagainya. Walaupun Mensive Pomade ni dia tulis “Strong Hold”, tapi pomade ni takdelah mengeraskan rambut seperti gel.

Tak sangka best juga guna pomade sebab ianya bukan saja buat rambut saya nampak kemas, tapi juga mengurangkan kelemumur. Kalau dulu saya gunakan wax, bila ianya mengeraskan rambut lama-lama akan ada tompok putih yang tertinggal dan lama-lama jadi kelemumur. Berbeza dengan Mensive Pomade, ianya adalah waterbase. Jadi takde apa-apa kesan yang teruk pada rambut saya. Yay!

Mensive Pomade

Sebelum dan selepas menggunakan Mensive Pomade

Mensive Pomade

Lebih yakin dan bergaya selepas menggunakan Mensive Pomade

Tak sangka tapi sekarang saya betul-betul tak boleh mulakan hari saya tanpa Mensive Pomade. Saya sendiri ada 2 kotak, iaitu satu di rumah dan satu lagi standby di kereta. Yelah, kita tak tau bila masa kita perlukan pomade. Sejak pakai pomade ni saya rasa lebih yakin sebab rambut saya sentiasa nampak kemas.

Mensive International Sdn Bhd

Bila saya dah suka sesuatu produk tu saya akan research betul-betul. Tak sangka rupanya MENSIVE ni adalah keluaran tempatan dan bukannya import. Mensive International Sdn Bhd ni ditubuhkan oleh 2 adik beradik pada tahun 2014 dulu dan selain Pomade rupanya ada macam-macam lagi produk untuk lelaki. Lepas ni saya akan review produk-produk lain dari Mensive pula.

Kalau nak beli Mensive Pomade ni bolehlah beli di sini :

Harga Mensive Pomade

Harga Asal : RM60
Harga Promo di MohdZarin.com : RM45
Whatsapp : +0187775085
COD : Shah Alam, Subang Jaya, Denai Alam
Penghantaran Nationwide
Follow Instagram : Mensive

 4,545 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.