Assalamualaikum semua. Oklah, sekali lagi dan rasanya kali terakhir saya akan update berkaitan trip saya ke Los Angeles bulan lepas. Part ini adalah bahagian yang saya paling suka. Percaya atau tidak, disepanjang 2 hari saya berada di Disneyland Park ni saya dah menyaksikan 3 kali Disney Parade. Setiap hari dorang akan buat parade ni 2 kali je iaitu pada jam 4 petang dan 6.30 petang. Kalau weekdays parade hanya sekali sahaja iaitu sekitar 4 petang.

Parade yang saya tengok ini dipanggil “Mickey’s Sounsational Parade”. Sebenarnya ada banyak parade yang pernah dibuat oleh Disneyland dan setiap paradenya adalah berbeza-beza mengikut musim dan tempat. Macam “Mickey’s Sounsational Parade” ni sebenarnya baru diperkenalkan bulan Mei tahun lepas. Parade-parade yang lain tu kadang-kadang dorang pindahkan ke Disneyland yang lain untuk beri kelainan.

Marching Band sebagai pembuka parade

 Minnie Mouse comel menari di atas float

Mickey & Minnie berada di dalam kumpulan float yang pertama

Aksi Mickey bermain drum secara live

Parade ni mengambil masa lebih kurang 30 minit dan dorang akan mula keluar dari bahagian utara Disneyland Park dan berarak turun ke selatan Disneyland Park. Kalau belah malam pula, check pointnya akan bermula secara terbalik. Dorang akan bermula dari selatan dan berakhir di utara Disneyland Park. Khabarnya, flow parade ni berbeza-beza mengikut rekaan dalam Disneyland di negara-negara lain.

Mickey’s Soundsational Parade mengandungi lebih kurang 9 kumpulan float yang mengikut konsep watak serta cerita masing-masing. Setiap float ataupun kereta berhias ni direka dengan begitu cantik sekali dan unik. Dengar kata Disney mempunyai lebih 90 floats yang berbeza dalam simpanan mereka. Float ini biasanya akan dinaiki oleh beberapa watak dan ada juga beberapa watak yang kena berjalan dihadapan float. Watak yang berjalan ni disusun sebagai pelengkap bagi setiap gaps di antara float tu. Jadi kita sebagai penonton tak terasa bosan sebab ada sahaja benda yang boleh dilihat.

Pluto yang kena berjalan ketika parade

Aksi menarik Goofy

 Chip & Dale

Penari untuk kumpulan “Aladdin”

Juga penari bagi kumpulan “Aladdin”

Selain itu, persembahan ketika lagu latar ketika parade ini sangat cerdik. Disepanjang laluan parade ini mereka sudah menyediakan beberapa outdoor speaker di lokasi yang strategik. Setiap float atau kumpulan yang melalui kawasan set speaker yang hampir dengan mereka akan menari mengikut lagu yang mereka sedang dengar ketika itu. Pada masa yang sama kumpulan yang lain sedang dengar lagu latar yang lain mengikut set speaker yang hampir dengan mereka. Ianya direka begitu cantik sehingga kita sebagai penonton tak perasan dengan perubahan dari satu lagu ke satu lagu yang lain. Sekiranya kita merupakan salah seorang peserta parade, kita akan menari lebih dari 2 lagu disepanjang parade tu. Wow, nampaknya kena menari selama 30 minit tanpa henti. Mesti dorang ni dah lama practice.

Watak The Genie yang menyakinkan

 Aladdin

  Penari untuk Lion King

Penari untuk Lion King

Ketika menyaksikan parade ni kita dah takyah fikir nak cover-cover lagi dah. Tade orang nak marah sebab berperangai kebudak-budakan. Semua nolstagia zaman kecik dulu tiba-tiba datang balik bila tengok costume dorang yang cantik-cantik ni. Mungkin cuaca dorang yang sejuk dan nyaman membuatkan kita rasa tenang je ketika tengok parade ni. Kesemua watak tak kira yang sedang naik float ataupun sedang berjalan kaki ni pasti akan toleh ke kiri dan kanan seterusnya melemparkan senyuman lebar kat kita. Kalau kita bernasib baik dapatlah senyuman dari Little Mermaid ni.

Personaliti maskot juga tak bosan sebab kesemua maskot sangat in character. Donald Duck misalnya, kelihatan sangat hidup dengan menggelek-gelekkan ekornya sambil menari. Saiz serta shape maskotnya juga tak lari jauh dari versi kartun.

Ariel The Little Mermaid

Ariel The Little Mermaid 

 Dari watak  “The Three Caballeros”

 Dari watak  “The Three Caballeros”

 Donand Duck yang pandai menari

Selain dari watak-watak cartoon, watak-watak puteri juga amat mencuri tumpuan. Bukan sebab dorang cantik ke apa tapi sebab hampir kesemua puteri-puteri Disney dikumpulkan di dalam satu float. Ha, sapalah yang taknak tengok cam mana rupa Snow Whitekan? Macam mana pula rupa Rapunzel dan puteri-puteri yang lain. Puteri-puteri yang femes macam dorang ni pun agak susah untuk dapat peluang bergambar bersama sebab dorang dah tak available selepas jam 2petang sebab dah kena prepare untuk parade.

Penari untuk kumpulan puteri

 Snow White

Rapunzel dari Tangled

 Belle dari Beauty & The Beast

Gaya penuh ekspressi 

 Salah seorang penari

Penari dari “Princess & The Frog”

Loius juga dari Princess & The Frog

 Mary Poppin

Tinkel Bell

Peter Pan

Captain Hook

Secara keseluruhannya pengalaman ketika di parade ni memang sangat berharga. Selain enjoy betul dengan show ni, nampaknya saya kena cuba implementkan apa yang boleh untuk Animation Parade ketika di Karnival Upin & Ipin. Tak dapat 100% dapat 50% pun kira oklah. InsyaAllah, nanti kita tengok macam mana hasilnya. Tapi sebelum tu, bagi sesiapa yang nak tengok video parade ni boleh tengok kat bawah ni.

p/s : Dengar kata ahli parade ni ambil masa 2 tahun setengah untuk practice

972 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge