Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dangdut yang sedang popular dengan lagu “Sakitnya Tuh Di Sini”. Cita Citata penyanyi dari Bandung, Indonesia bukan sahaja terkenal di Indonesia malahan mempunyai ramai peminat di Malaysia. Mini Konsert Cita Citata telahpun diadakan di tempat letak kereta Plaza Angsana, Johor Bahru bersempena dengan promosi album terbarunya. Saya berpeluang menonton konsert ini di Johor walaupun konsert ini turut diadakan di Menara KL.

Saya bukan sahaja meminati lagu “Sakitnya Tuh Di Sini”, malahan saya dan wife juga merupakan peminat setia BestFM. Kebetulan, BestFM adalah radio rasmi bagi mini konsert Cita Citata. Jadi peluang untuk melihat dari dekat penyampai BestFM memang saya tak lepaskan.

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Tiket Konsert Cita Citata

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Azhar dan Ieqa dari BestFM

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Gandingan mereka sangat sepadan

Tiket mini Konsert Cita Citata ini tidaklah begitu mahal. Ianya djual dalam dua pilihan harga iaitu RM40 untuk menonton secara berdiri ataupun RM100 untuk kerusi VIP. Saya memilih untuk berdiri saja memandangkan konsert ini diadakan ditempat letak kereta dan saya telah bersedia dengan telephoto lens (200m) untuk mengambil moment yang menarik.

Konsert ini bermula 30 minit lewat dari perancangan awal. Dua penyampai radio BestFM iaitu Azhar dan Ieqa memulakan aturcara konsert dengan ucapan pembuka dan senda gurau mereka. Walaupun pada awalnya terdapat segelintir penonton mula bising kerana telah “rugi” 30 minit, namun mereka menggunakan pengalaman mereka sebagai penyampai radio untuk mengawal keadaan amat.

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Azhar dan Ieqa juga turun ke bawah untuk berinteraksi dengan penonton

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Persembahan pembukaan dari Areef

Persembahan pertama adalah pendatang baru iaitu Areef. Sebenarnya saya agak kurang kenal siapakah Areef. Namun begitu, Areef menyampaikan 3 buah lagu sebelum menyerahkan pentas kepada Haiza. Kalau sesiapa yang tak tau, Haiza adalah salah seorang penyampai radio BestFM selain Haiza juga dulu pernah famous dengan lagu Dag Dig Dug.

Saya selalu dengan suara Haiza pada waktu pagi di BestFM bersama gandingan Zairi dalam segment “Best Pagi bersama Aizairi”. Inilah pertama kali saya melihat Haiza membuat persembahan di atas pentas setelah beberapa tahun dulu. Haiza masih mempunyai aura dangdutnya dan berjaya menghiburkan penonton. Persembahan lagu “Dag Dig Dug”nya amat mengimbau nostalgia dan masih bertenaga. Haiza juga berduet bersama Daly iaitu bekas rapper dari kumpulan Ahli Fiqir. Secara keseluruhannya gandingan mereka sangat serasi dan persembahan mereka juga amat menghiburkan.

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Haiza ketika diperkenalkan oleh pengacara

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Persembahan bertenaga Haiza

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Gelek yuk

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Haiza dan Dali

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Sebahagian penonton dikerusi VIP

Setelah menunggu lebih dari 1 jam, akhirnya tibalah giliran artis utama iaitu Cita Citata menggegarkan pentas. Sorakan dan jeritan kedengaran dari penonton yang rata-ratanya adalah dari penonton Indonesia yang bekerja di Malaysia. Ada juga penonton yang datang dari Singapore, Penang dan Kuala Lumpur.

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Penampilan Cita Citata

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Cita Citata tampil dengan gayanya tersendiri dan amat bijak berbual dengan penonton. Cita Citata mengayakan baju tanpa lengan bersama skirt pendek. Dia berinteraksi dengan penonton dengan gaya yang manja dan menggoda. Setiap aksinya dipentas mendapat tepukan dan sorakan yang kuat.

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Cita Citata bijak berbual dengan penonton

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Cita Citata menunjukkan gaya goyang

Cita Citata mendendangkan beberapa buah lagu dandungnya termasuklah lagu “Goyang Dumang” , “Jangan Ganggu Pacarku”, “Perawan atau Janda”, Aku Mahu Apa Tuh” dan lagu utama iaitu “Sakitnya Tuh Di Sini”. Lagunya sangat rancak dan membuatkan kebanyakkan penonton tak boleh duduk diam.  Walaupun konsert ini adalah berdurasi selama 2 jam, namun penampilan Cita Citata adalah lebih kurang 45 minit sahaja.

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Cita Citata ajak bergoyang

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Cita Citata menyanyikan secara live

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Kain labuh dijadikan sebahagian props ketika menari

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Ketika sedang menyanyi “Sakitnya Tuh Di Sini”

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Lagu “Jangan Ganggu Pacarku”

Pada permulaan setiap lagu, Cita Citata akan berinteraksi dengan penonton seperti menjemput ke pentas ataupun dia sendiri yang turun ke bawah. Walaupun secara kasarnya kebanyakkan penonton adalah lelaki, namun ada juga kelompok penonton yang terdiri dari kaum ibu, kanak-kanak dan pasangan suami isteri.

Ada satu part tu, Cita Citata bertanya kepada semua penonton sama ada  “Suka Perawan atau Janda” sebagai intro untuk lagunya yang mempunyai tajuk yang sama. Hampir semua penonton lelaki menjerit JANDA sambil menuding jari ke arah Cita Citata yang juga berstatus Janda.

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Ketika sedang berinteraksi dengan penonton

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Cita Citata diserbu peminat ketika turun ke bawah pentas

Mini Konsert Cita Citata di Johor Bahru ini memang sangat menghiburkan. Apatah lagi artis Indonesia yang sedang meletup ni membuat persembahan yang tidak mengecewakan. Tahniah dan terima kasih kepada Cita Citata kerana telah datang ke Malaysia.

Selain itu pujian juga harus diberikan kepada BestFM kerana telah menjalankan tanggung jawab sebagai Radio Rasmi dengan baik.

Disebalik kejayaan persembahan Cita Citata di Johor Bahru,  saya rasa terdapat beberapa perkara lain pula yang menjadi kekurangan bagi acara ini.

Penganjuran Yang Mengecewakan

Tak perlu tanya saya mengenai kelemahan pihak penganjur kerana ianya sangat jelas dan nyata. Sesiapa yang hadir pasti boleh menyenaraikan kesilapan pihak penganjur. Bagi saya, pada awal lagi saya dah tak berapa selesa dengan pihak penganjur yang bersiap acuh tak acuh melayan panggilan telefon saya apabila saya memaklumkan saya mahu datang sebagai seorang blogger. Dari seorang kepada orang lain panggilan saya disambungkan dan sehingga akhirnya tiada kataputus.

Saya bukanlah mahu menonton secara percuma, tapi setidak-tidaknya saya mahukan jawapan. Akhirnya saya sendiri membeli tiket yang berharga RM40 melalui talian “Hotline” mereka. Talian “Hotline” mereka itu sebenarnya tidak mempunyai sistem pembelian. Saya harus memasukkan duit ke dalam akaun bank dan memaklumkan semula status pembayaran melalui whatsapp. Ye, seperti kita membuat pembelian melalui instagram.  Saya bayangkan untuk penganjuran sesebuah mini konsert, sekurang-kurangnya ada sistem yang lebih baik.

Tiada banner langsung pada kawasan sekitar dan pada keliling kawasan tempat letak kereta Plaza Angsana. Kalau orang yang datang dari jauh, pasti tak jumpa kerana tiada langsung tanda pandu arah.

Ingin saya selit juga masalah pada pihak pengawal keselamatan yang terlalu ramai dan tiada fungsi. Jumlah mereka betul-betul ramai tapi tiada pun yang mengawal keadaan di tepi pentas dan sebagainya. Sempat pula tu di antara mereka mengintai apa yang sedang berlaku di dalam khemah persalinan. Mereka mula “bertugas” apabila bermulanya persembahan “Cita Citata”. Saya faham ramai penonton terdiri dari rakyat Indonesia, tapi saya rasa pegawai keselamatan tak perlu menjerit-jerit meminta beratur untuk masuk ke dalam.

Selain tu, saya rasa lokasi dan setup event ini seperti ada yang tidak kena. Pihak penganjur menjanjikan terdapatnya penjualan tshirt dan merchandise di dalam kawasan konsert namun saya tak nampak satu pun. Dah la air tak boleh di bawah ke dalam. Kerusi RM100 VIP setidak-tidaknya sepatutnya bersarung dan bukannya kerusi plastik kosong. Isteri saya pula tidak dibenarkan untuk membawa payung walaupun kami terpaksa berdiri selama 2 jam di bawah cahaya matahari.

Bagi pendapat saya, penonton sanggup bayar lebih sekiranya lokasi dan keadaan konsert lebih tersusun dan kemas. Pihak penganjur seolah-olah ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan soal logistik yang lain.

copyright

6,266 total views, 3 views today

            

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to Kemuncak Jelajah Pentas BestFM Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge