Kali ni saya masih nak bercerita tentang makanan yang berasal dari Jepun yang kini dah berada di Malaysia. Ianya bukanlah Sushi ataupun Ramen tetapi ianya adalah Mister Donut dari Jepun.  Mister Donut mula ditubuhkan pada tahun 1956 di Amerika dan kini berpusat di Jepun dan mempunyai 1,300 cawangan di seluruh dunia. Jenama Mister Donut ni sebenarnya dah setanding dengan Dunkin’ Donuts dan menjadi salah satu makanan wajib kalau melancong ke Jepun.

Di Malaysia sebenarnya dah ada beberapa cawangan Mister Donut, tapi baru-baru ni saya berkesempatan untuk mencuba cawangan Mister Donut di AEON Mall Shah Alam.

Mister Donut from Japan

Mister Donut di AEON Mall Shah Alam

Mister Donut from Japan

MugMister Donut

Mister Donut ni terletak di Japan Street dan berdekatan dengan Sushi King. Apa yang menarik dan uniknya di Mister Donut ni adalah mereka mempunyai macam-macam jenis dan rupa donut. Diantara yang famous kat sini adalah donut jenis Pon De Ring yang berbentuk macam kuih gelang sikit. Pon De Ring ni ada macam-macam perasa seperti Coklat, Green Tea dan macam-macam lagi. Pertama kali saya makan Pon De Ring ni ada perasaan yang berbeza sikit, sebab rasanya tak macam donut biasa. Ianya mempunyai rasa kenyal-kenyal tapi sangat lembut.

Harga untuk sebiji donut Pon De Ring ni adalah RM2.50 tetapi lebih murah sekiranya membeli secara set.

Mister Donut from Japan

Diantara pilihan Mister Donut

Mister Donut from Japan

Nampak sedap

Mister Donut from Japan

Pilihan saya

Banyak sungguh pilihan donut kat sini sampai tak tahu nak pilih yang mana. Semua donut kat sini sangat details dan dibuat secara terperinci. Satu lagi yang menjadi pilihan saya kerana keunikannya adalah donut curry chicken yang mempunyai rasa kari jepun yang sedap dan sedikit manis.

Selain “Take Away”, kita juga boleh memilih untuk makan di sini sambil minum pilihan kopi atau mocha panas yang sedap. Buat masa ni, macam-macam promosi yang dianjurkan oleh Mister Donut seperti diskaun 20% sempena Hari Wanita dan RM8 untuk 6 ketul donut selepas jam 8.30malam.

Mister Donut from Japan

Ni Donut Perisa Manggo

Mister Donut from Japan

Rupa di dalam Pon De Ring

Mister Donut from Japan

Boleh makan di situ ataupun take away

Jadi bagi peminat donut jangan lupa tau untuk rasa sendiri Mister Donut dari Jepun ni. Lepas ni tak perlu dah pergi ke Jepun sebab semuanya dah ada di Malaysia.

Laman Web : http://www.aeonretail.com.my/misterdonut/
Facebook : https://www.facebook.com/MisterDonutMalaysia/

2,268 total views, 3 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to Wooclip @Watch movie online Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge