Pasti ramai yang dah pergi ke Mitsui Outlet Park yang terletak berhampiran dengan airport di KLIA. Mitsui ni bukan saja berhampiran dengan KLIA, tapi ianya merupakan diantara tarikan terbaru apabila berkunjung ke Sepang. Peluang untuk shopping dengan harga murah ini juga amat sesuai bagi sesiapa yang akan menaiki flight di KLIA2 kerana lokasinya yang begitu hampir. Tak perlu takut terlepas flight kerana pelbagai kemudahan disediakan di sini.
Selepas ni dah tak perlu pergi ke JPO lagi untuk dapatkan barangan season lepas dengan harga murah. Perjalanan dari Shah Alam ke Mitsui Outlet Park tak lebih dari 1 jam saja.
Mitsui Outlet Park sebenarnya berasal dari Jepun. Mitsui merupakan rangkaian premium outlet yang terkemuka di Jepun. Bagi sesiapa yang pernah melancong ke Jepun, pasti pernah singgah ke Mitsui Outlet Park kerana di Jepun mereka mempunyai 12 cawangan di bandar-bandar utama. Saya sendiri pernah berkesempatan mencuci mata di Mitsui Outlet Park Makuhari. Tak sangka sekarang Mitsui dah berada di Malaysia.
Bagi yang pernah datang ke Johor Premium Outlet, suasana di Mitsui tidak banyak bezanya. Di sini semua outlet adalah di dalam 1 bangunan tertutup. Suasananya mirip seperti shopping mall dan yang pasti ianya lebih selesa dan luas. Jenama-jenama terkenal seperti Nike, Puma, Timberland, Clarks dan banyak lagi setidak-tidaknya menjual barangan mereka dengan potongan minimum sebanyak 30%. Tapi pada masa tertentu, kebanyakkan barangan di sini dijual dengan harga yang lebih murah.
Oleh kerana Mitsui adalah berasal dari Jepun, jadi kebanyakkan aktiviti di ruang legar Mitsui adalah berasaskan dengan budaya dan masyarakat Jepun. Kalau bernasib baik, pengunjung boleh bergambar dengan memakai kimuno ataupun menonton persembahan tradisional Jepun. Dah tak payah pergi Jepun lagi.
Bagi saya, Mitsui Outlet Park memang sangat selesa dan tak rugi kalau berkunjung ke sini. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang tak jauh dari pusat bandar, Mitsui mungkin agak ramai orang pada masa-masa cuti umum ataupun ketika persiapan perayaan. Suasana mungkin agak sedikit sesak kerana kebanyakkan orang berpusu-pusu berebut promosi dan tawaran luar biasa.
Contohnya, NIKE pernah memberi diskaun sebanyak 60% dan penambahan sebanyak 20% sekiranya pengunjung mempunyai voucher khas. Ini bermakna kasut NIKE ada yang dijual adalah harga rendah dari harga kos. Jadi tak hairanlah, NIKE selalu dikerumuni pengunjung.
Selain itu, Mitsui Outlet Park ini juga memberi kemudahan kepada mereka yang akan menaiki penerbangan di KLIA2. Terdapat beberapa skrin informasi flight yang berkaitan serta perkhidmatan feeder bus ke KLIA2.
Walau bagaimanapun, kedai makan dan restoran di Mitsui masih kurang dan tak banyak lagi. Mungkin pada masa akan datang lebih banyak restoran dapat dibuka bagi menampung jumpa pengunjung yang datang.
17,891 total views, 1 views today
mumu… dia ada bus or transport from klia 2 tak?
http://jeihanalkatiri.blogspot.com/
Sakit hati dan rambang mata kalau pi sini. Adal datang ja mesti terbeli timberland sepasang. La ni ada outlet oakley pulak. Dan tengah diskaun 50%. Haishhhh…
[…] sesiapa yang pernah sampai dan membeli belah di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, ada sesuatu yang anda patut tahu mengenai Mitsui Outlet Park. Sebenarnya Mitsui Outlet Park […]
[…] Melaka dikatakan lokasi terbaru bagi peminat barangan berjenama sama seperti di JPO ataupun di Mitsui Outlet Park Sepang. Kemunculan lokasi shopping terbaru ini menjadikan lebih banyak sebab kenapa harus datang ke […]
bulan January 2016 timberland ada sales tak
Gud info, memang teringin nk pi sana, slps pi jpo agak pns sikit sbb suasana outdoor sikit.