Bagi sesiapa yang pernah sampai dan membeli belah di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, ada sesuatu yang anda patut tahu mengenai Mitsui Outlet Park. Sebenarnya Mitsui Outlet Park merupakan rangkaian premium outlet terkemuka yang berasal dari Jepun. Di Jepun sahaja ada sekurang-kurangnya 12 cawangan Mitsui Outlet Park.

Saya berpeluang melawat cawangan Mitsui Outlet Park Makuhari. Jom kita tengok apa yang berbeza dengan di Sepang.

Mitsui Outlet Park Makuhari

Cawangan Mitsui Outlet Park di Jepun

Mitsui Outlet Park Makuhari

Sangat berhampiran dengan station

Mitsui Outlet Park Makuhari boleh dikatakan yang paling mudah dikunjungi kerana ianya sangat hampir dengan train station iaitu Kaihin-Makuhari Station. Tak sampai 5 minit berjalan kaki saja dah boleh sampai. Selain itu juga, Mitsui Outlet Park Makuhari ini terkenal kerana paling hampir dengan Disneyland Tokyo. Sememangnya salah satu lokasi wajib sekiranya merancang untuk bercuti ke Disneyland.

Apa yang saya boleh nampak di sini adalah kawasannya yang  sangat luas dan tenang. Setiap kedai amat mudah dicari walaupun pada kawasan yang luas. Diantara jenama terkenal yang dijual di sini adalah seperti New Balance, Adidas, Casio, Coach dan banyak lagi.

Mitsui Outlet Park Makuhari

SALE

Mitsui Outlet Park Makuhari

Beberapa kedai

Mitsui Outlet Park Makuhari

Jualan murah di mana-mana

Mitsui Outlet Park Makuhari

The North Face

Mitsui Outlet Park Makuhari

Kasut Adidas

Mitsui Outlet Park Makuhari

Nike pulak

Bagi peminat pakaian ataupun peralatan sukan pasti suka membeli belah di Jepun kerana terdapat pelbagai peralatan sukan seperti kasut, bot ataupun beg yang sangat unik. Kebanyakkannya boleh dikatakan saya tak pernah tengok di Malaysia. Contohnya seperti kasut Adidas yang berbentuk highheel. Memang susah untuk tidak membeli sekiranya datang ke sini. Pasal harga pula jangan risau, sebab kat sini memang pasti murah dari outlet di luar.

Mitsui Outlet Park Makuhari

Pilihan baju sukan

Ketika saya masuk ke kedai Nike, saya nampak beberapa kasut yang sangat unik. Tak sangka ada yang sampai 50% diskaun. Kalau bernasib baik, boleh dapatkan kasut season lama dengan harga yang lebih murah.

Mitsui Outlet Park Makuhari

Sebelum beli kasut boleh cuba dulu

Mitsui Outlet Park Makuhari

Aksesori

Mitsui Outlet Park Makuhari

Keadaan yang tenang

Mitsui Outlet Park Makuhari

Keadaan di bahagian dalam pula

Bergantung kepada keadaan semasa, Mitsui Outlet Park Makuhari akan sentiasa mengadakan promosi mengikut musim-musim tertentu. Kan di Jepun ada sampai 4 musim, jadi pilihan pakaian mereka sentiasa bertukar. Saya memang tak menyesal datang ke Mitsui Outlet Park Makuhari. Cuma saya menyesal sebab saya tak bawak banyak duit masa tu.

Mitsui Outlet Park Makuhari

Coach Factory pun ada

Tapi apa-apapun sekarang anda dah tahu macam mana rupa Mitsui Outlet Park Makuhari. 

Mitsui Outlet Park Makuhari

Seronok berada di Mitsui Outlet Park Makuhari

—————————————

Bagi yang ingin bercuti ke Jepun dengan pakej Muslim dan dengan harga yang berpatutan, silalah layari laman web http://japanbudgettrip.com/ kerana mereka sedang mengadakan beberapa promosi percutian ke Jepun. Jangan lupa untuk isi daftar segera tempat anda ke Jepun.

Baca entri saya yang lain mengenai Jepun :

Disneyland Tokyo (Part 2) : The Parade
http://mohdzarin.com/blog/disneyland-tokyo-part-2-the-parade/

Disneyland Tokyo (Part 1) : The Park
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-disneyland-tokyo-part-1/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-part-3/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 2)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-part-2/

Jom Jalan Jalan Jepun : Tokyo (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-bahagian-1/

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama
http://mohdzarin.com/blog/jepun-sebagai-destinasi-pelancongan-utama/

Jom Jalan Jalan Jepun : Odaiba
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-odaiba/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 3)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-harujuku-part-3/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 2)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-part-2/

Jom Jalan Jalan Jepun : Makuhari (Part 1)
http://mohdzarin.com/blog/jom-jalan-jalan-jepun-makuhari-part-1/

3,683 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge